Friday, 3 April 2020

Day 16 Quarantine : Reached 3,000!

First of all, Selamat Hari Autism Sedunia!

Okay, sebelum ni kerajaan PH pernah derma 2 juta face mask kepada negara China. Sekarang China balas balik hadiah kepada kita dengan sumbangkan 350,000 surgical face mask dengan 40,000 face mask N95.

KKM dah berjaya rawat 767 orang pesakit covid-19 and that's so great sebab angka makin bertambah dengan banyak walaupun angka kematian meningkat dengan tinggi seramai 6 orang gara-gara pernah ada sejarah sakit kronik.

Image

Total semua kes dah mencecah 3,116 orang dengan 50 kematian. Sebelum ni negara Korea Selatan pernah menyumbang test kit covid-19 kepada KKM tapi malangnya kadar ketepatan cuma 56%. KKM tengah mencari test kit dengan kadar ketepatan 80%. 

Image

Pretty sure KKM did their best to cope with this deadly virus terutama kepada golongan yang imun rendah dan golongan warga emas. As for now dah 45,0000 orang dah buat saringan. Tengok video Umi Nazira buat covid test, nampak sakit sebab dia jolok masuk dalam hidung lepas ambil sampel air liur. Dia buat drive-thru test dekat hospital swasta harga RM500 tapi result cepat dapat lah, 10 minit je. Scary dengan test dan harga sekali T.T

5 comments:

  1. Dua minggu ni jaga diri..dan untuk waktu seterusnya juga teruskan jaga diri.

    ReplyDelete
  2. Kes baru masih tinggi
    melepasi 200

    ReplyDelete
  3. sedihnya macam makin meningkat pulak ni.. T^T

    ReplyDelete
  4. risau dgn gelombang ke 3 ni...moga kita sentiasa dilindungiNya

    ReplyDelete
  5. Allah.. makin meningkat..
    Semoga Malaysia kembali pulih dari covid19 ini.. aamiin..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!