Wednesday, 15 April 2020

iflix Lebih Agresif Tayangkan Pelbagai Judul Filem Baharu Setiap Minggu Secara Eksklusif Dan Percuma Sepanjang PKP

iflix adalah sebuah servis hiburan terkemuka Asia Tenggara dengan pilihan siri TV, filem, produksi Originals tempatan dan siaran berita terkini dari dalam dan luar negara. Anda juga boleh muat turun rancangan kegemaran anda dan tonton secara offline.

Sepanjang April ini, iflix sukacitanya mengumumkan tayangan pelbagai judul baharu filem secara EKSKLUSIF dan PERCUMA seperti Daulat, Ghost Writer dan Pengabdi Setan di platform iflix.com. Dengan adanya beberapa judul baharu yang disajikan iflix,  penonton akan mendapat lebih banyak seleksi hiburan dan menceriakan yang boleh ditonton ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Memandangkan filem Daulat menjadi sebuah filem ‘trending’ di Malaysia, Dinesh turut menambah, 
“Menerusi kerjasama dengan produksi Lacuna Pictures, Daulat menjadi satu fenomena baharu dalam industri pembikinan filem tempatan, kerana filem ini telah ditayangkan di iflix secara percuma dan tidak memerlukan anda pergi ke pawagam atau dikenakan sebarang bayaran. 

Pendekatan sebegini adalah berkesan untuk memastikan penonton sentiasa mendapat kandungan lebih segar setiap minggu dan terhibur dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Terima kasih kepada para penonton yang sentiasa setia dan menyokong pelbagai kandungan tempatan dan global ada di platform kami”, tambah Dinesh. 


Selain itu, ramai antara penggemar filem di Malaysia juga menyimpan hasrat untuk menonton filem-filem tempatan mahupun antarabangsa secara percuma tetapi masih tidak menemui sumber untuk menontonnya. Tambahan pula, ketika tempoh PKP, mereka tidak boleh ke pawagam mahupun keluar dari rumah untuk berhibur. 

Beberapa sumber berita dari portal dan sosial media turut mengatakan bahawa masih ada yang ingkar dengan arahan pihak kerajaan untuk duduk di rumah dan masih keluar untuk melepak dan berhibur. Jesteru itu, iflix berperanan sebagai platform percuma yang menawarkan ratusan siri TV dan filem pelbagai genre, membolehkan anda berhibur dan santai bersama keluarga untuk menyaksikan pelbagai judul baharu yang boleh ditonton setiap minggu sepanjang tempoh PKP di iflix.com.

Menurut Pengurus Besar iflix, Dinesh Ratnam, “Pihak iflix turut bersimpati dengan nasib seluruh rakyat Malaysia yang sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun begitu, penonton adalah keutamaan kami, sebab itulah pelbagai judul filem baru dan terkini akan disajikan setiap minggu khas buat penonton secara percuma. 

Antara filem eksklusif dan percuma yang akan menghiburkan anda April ini adalah seperti Daulat dan Ghost Writer. Bulan Mei nanti, kami turut mempersembahkan sebuah lagi judul filem seram secara percuma iaitu Pengabdi Setan yang pastinya tidak akan mengecewakan para penonton. 


Selain Daulat, para penonton boleh menyaksikan filem bergenre seram seperti Ghost Writer (bermula 23 April) dan Pengabdi Setan (bermula 7 Mei) secara PERCUMA di platform penstriman iflix. Filem Ghost Writer arahan Bene Dion Rajagukguk dilakonkan oleh Tatjana Saphira, Ge Pamungkas, Deva Mahenra, Ernest Prakasa dan Asmara Abigail. Manakala, filem seram Pengabdi Setan arahan Joko Anwar pula, dibarisi pelakon hebat seperti Tara Basro, Dimas Aditya, Bront Palarae, Endy Arfian, Ayu Laksmi, dan Elly D. Luthan dan ramai lagi. 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai judul filem terbaharu mahupun perkembangan terkini di iflix, anda boleh ikuti laman sosial media iflix di : 

  • Facebook (@iflixMY)
  • Instagram (@iflixMY) 
  • Twitter (@iflixMY)



MENGENAI IFLIX

Saksikan siri filem dan siri TV terbaharu seperti: Daulat, secara eksklusif di platform iflix tanpa perlu log masuk dan mendaftar secara PERCUMA! Bagi peluang pengiklanan layari advertising@iflix.com 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Suzana Binti Sukaimi  | PR Manager 
suzana.sukaimi@iflix.com  | 012 9136024

4 comments:

  1. iflix dgn netflix kurang sangat nak tengok, selalu tengok justanothermuse

    ReplyDelete
  2. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  3. kak pip layan VIU.
    nak try Iflix la lepas ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!