Friday, 10 April 2020

Day 23 Quarantine : RiRi Couple Jinnja!

Rentetan dari kejadian contest TikTok oleh Menteri Pengajian Tinggi semalam, lepas dia delete video dan poster tu, keluar la damage control berbentuk kebajikan. Untuk siapa yang rabun, boleh la jumpa dengan doktor. Banner sebesar ni kalau tak nampak jugak siapa yang menderma tak tahu la nak kata apa lagi

Image

Btw the contest have been changed to Makcik Kiah Contest so whatever la menteri. Ada eloknya fikir macam mana nak bawa balik student IPT yang terkandas dek keputusan membabi buta yang dikeluarkan supaya IPT dikosongkan lepas Perutusan Khas untuk RMO. Tapi last minute juga tarik balik suruh students stay. Haaa fikir Dato' fikir. Nak ikut pintu belakang kena buktikan lebih sikit lah dari yang diundi. 

Sejak tengok drama Crash Landing On You ni tak hilang lagi demam RiRi Couple sampai layan semua video Behind The Scenes. Bukan senang ye diorang nak berlakon supaya watak romantik nampak cantik onscreen. Actress siap termakan artificial snow lagi masa deliver dialog haha

K-Drama 'Crash Landing on You' Arrives on Netflix December 14 ...

Tapi dengar cerita Hyun Bin dengan Son Ye Jin sebenarnya dating in real life sebab pernah kantoi gambar diorang travel pergi US sama-sama then kantoi lagi beli groceries sama-sama sebelum berlakon dalam CLOY. Masa tengok video behind the scenes pun nampak masing-masing punya perangai macam mana. Boleh nampak okay boleh nampak. 

OFFICIAL] Hyun Bin ❤️ Son Ye Jin (BinJin Couple) - shippers ...

I nak ship RiRi couple jugak tapi takut nanti jadi macam SongSong couple. Dah ship, dah kahwin lepastu bercerai sebab tak ngam :(

Whatever it is, kalau berjodoh I happy. Kalau tak berjodoh pun I happy sebab Hyun Bin gerak solo haaa gittewww... 

Image

Kes positif covid-19 dah mencecah 4,228 orang dengan 1,608 recovered. Takziah kepada keluarga pelajar UNIMAS yang meninggal disebabkan covid-19. Rest in peace...

3 comments:

  1. itu la tak mau ship sangat, kang menangis. Biar deme bahagia sampai ke jinjang pelamin macam pak cik SO Ji Sub.. hehe

    ReplyDelete
  2. macam SongSong couple pun da bercinta before DOTS kan.. hehe x mustahil jugak depa dua ni. lagi2 dok sweet2 berlakon tu kot fall in love bebetul.

    tapi kite lagi suka SeungJun dan Dan..
    sedihnyaaaa depa xleh together2. x adil untuk Dan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesssss! Diorang tu sesuai sangat even time behind the scenes pun nampak comel sangat berdua. Kenapa la ending seung jun macam tu. Kesian Dan

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!