Cooking Frenzy

Wednesday 8 April 2020

Masa kuarantin ni memang stress jadinya sebab tak boleh nak keluar. Nak order teh ais tarik pun kedai tutup. Malas nak buat sebab nak kena beli sendiri bahan semua. 

Sebab bosan yang amat sangat, Plato pun ayik penuh je semua bilik. Imagine tahun lepas Plato tu ada 3 bilik je tapi sejak kuarantin dah jadi 10 bilik itupun semua full. Sekali dengan international punya full. 

Sudahnya bukak Playstore lepastu ternampak game Cooking Frenzy ni. Tengok visual dia cantik dan colourful so try la download. Kalau tak best, uninstall je la kan? 


Level awal memang senang lah nak main game ni. Satu hari melekat dengan game ni je. 




Makin lama makin susah lah, mula la banyak guna boost yang ada. Tapi takde la sampai tahap nak beli boost package. Heyy jangan cari pasal. 


Disebabkan game free, so dia banyak la iklan tapi lepas beberapa saat tu boleh dah skip atau close. Kalau nak nyawa je la kena tengok iklan sampai 14 saat. Tapi okay je sebab boleh buat kerja lain haha


Comel kan game ni? Sekarang ni tengah ada Easter challenge sempena Easter Day. Comel sangat sampai geram tengok props dia. Siapa la yang create game ni. Cantik and colourful sangat. Kreatif! Game ni tak berat sangat macam Plato, tapi tak pasti la bila dah upgrade level dan pergi ke benua lain nanti. Yang bestnya game ni boleh main masa offline. Tak payah terganggu dengan notification dah. Yeay! 

6 comments

  1. makin comel game ni, dulu rajin juga melayan tapi bila dah bosan main terus uninstall je..hehe

    ReplyDelete
  2. comel laa. baru semalam nampak kat playstore. x install lagi.
    fea follow ya. jemput ke blog
    https://www.salinasafea.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. sama la, layan game gak kalu boring2...

    ReplyDelete
  4. Samalah, saya pun dah start cari game di Playstore.

    ReplyDelete
  5. Hahahaha adeiii kok sama ek kita hahahaha...tapi Sis suka Dinner Dash, sebab tu lagi mencabar wooo

    ReplyDelete
  6. alamak.. macam nak cuba je.. Hahaha.. comel pula tengok.. main masak-masak kan game nie.. lepas tu serve.. makin lama makin mencabar,,

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.