Friday, 10 April 2020

Sesi Hilangkan Stress Dengan Mewarna

Dari tahun lepas lagi nak beli pensil warna sebab stress dengan kerja. Bila penat atau rasa sakit hati je bukak la video colouring art. Rasa lega sikit tengok kreativiti orang lain mewarna ataupun melukis. 

Since then mula rasa bertebiat nak beli pensil warna tapi tahu dah sepesen hangat-hangat tahi ayam so pergi Mr DIY beli pensil warna pendek je dulu dengan buku mewarna yang murah RM2 macam tu. 

At first adik kata ye ye je nak mewarna tapi dah boleh agak dah dia akan terjebak jugak. Senyap-senyap je dia order pensil warna dekat Shopee - set warna 72 batang brand Joywish. 

Over wei! 


Harga dia murah je katanya. Not bad la pensil warna dekat Shopee ni sebab warna dia pekat, tak mudah patah. Walaupun murah tapi berkualiti. Rating dari customer lain pun tinggi diorang bagi. 


Ni la hasil tak semenggah guna 50 batang warna untuk warna satu lukisan ni. Warna dia lebih kurang je and to be honest I rasa macam tak cukup je 72 warna sebab ada warna yang takde hahahaha! Rasa puas bila dapat siapkan mewarna satu lukisan ni. Ralit jugak la dari pagi sampai ke malam. 

Oh drawing book tu pun beli dekat Shopee jugak. 4 set drawing book berbeza edition kalau tak silap lah. 

Untuk pensil warna tu boleh beli dekat SINI

7 comments:

  1. hehehe akak yang tua ni pun truja diknon oi benda2 colourful ni.. memang ada beli adult colouring book and pencil warna. ada jugala da settle few pages.

    terapi sesekali apa salahnya. btw kaler pencils tu kaler dia cantik..
    terang tu penting untuk kepuasan.

    ReplyDelete
  2. Betul, Jovie pun suka mewarna...sampai beli banyak sangat alat mewarna, orang sangka saya beli untuk anak...padahal untuk kepuasan sendiri, hahaa...

    ReplyDelete
  3. wahh terapi yg baik punya... >_<

    ReplyDelete
  4. ohh..lamanya tak mewarnaaa... rumah ramai orang ni tak seronok nak mewarna, tak dapat nak fefeeling hehe

    ReplyDelete
  5. Ini memang terbukit terapi yang baik untuk menghilangkan stress. Dulu saya juga selalu berasa stress dan saya mengambil keputusan untuk ubah suai ruang tamu saya dengan menukar warna dinding, perabot dan meletakkan wallpaper. Ini membantu saya menjadi lebih tenang dan gembira.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!