Wednesday, 22 April 2020

Movie Review : Agneepath


Director : Karan Malhotra
Writer : Ila Dutta Bedi, Karan Malhotra
Cast : Hrithik Roshan, Sanjay Dutt, Rishi Kapoor, Priyanka Chopra, Om Puri, Arish Bhiwandiwala, Zarina Wahab, Pankaj Triptahi, Chetan Pandit, Sachin Khedekar, Rajesh Tandon
Production Company : Dharma Productions
Distributor : Eros International, AA Films
Genre : Action / Drama
Running Time : 173 minutes
Release Date : 26 January 2012
Trailer :


Reboot movie Agneepath tahun 1990 yang dibikin di bawah produksi yang sama, Dharma Productions sebagai tribute kepada original films yang dibikin dibawah produksi Yash Johar. Agneepath tahun 2012 pula under Karan Johar dengan beberapa scene dan watak yang ditambah untuk menambahbaik jalan cerita di bawah arahan Karan Malhotra dengan dialog oleh Ila Bedi.


Mengisahkan tentang Master Dinanath Chauhan (Chetan Pandit) yang dibunuh secara kejam lepas difitnah merogol dan membunuh seorang gadis remaja, Bindiya kerana Kancha Cheena (Sanjay Dutt) nak merampas tanah semua penduduk Mandhwa dan tukarkan kepada kebun popi untuk hasilkan kokain. Kemudiannya menjadi exporter utama kokain dengan harga yang lebih murah ke Mumbai.


Suhasini Chauhan (Zarina Wahab) yang tengah sarat mengandung keluar dari Mandhwa bersama anak sulung dia, Vijay Chauhan (Arish Bhiwandiwala) mula simpan dendam dan menjadi anak buah Rauf Lala (Rishi Kapoor), mafia yang berkuasa di Mumbai.


Gerak geri dia masih lagi terkawal di bawah kuasa polis Gaitonde (Om Puri). Banyak kali Insp Gaitonde buat encounter tapi yang jadi penghalang bila Home Minister Mr. Borkar (Sachin Khedekar) pun di bergabung kuasa dengan Kancha. Lepas 15 tahun, Vijay / Viju (Hrithik Roshan) membesar dengan kuasa dan pengaruh Rauf Lala dan dalam masa yang sama jadi informer kepada Insp Gaitonde.


Viju jadi orang kanan Rauf Lala dan cuma tunggu masa untuk ambil alih tampuk pemerintahan Rauf Lala dan serang Kancha di Mandhwa. Viju tahu orang macam Rauf Lala tak akan biarkan dia hidup di atas pun bila ada anak sendiri, Mazhar (Rajesh Tandon). Viju buat plan untuk lagakan Rauf Lala dan Kancha dengan bunuh orang kanan mereka berdua.


Insp Gaitonde dan ibu dia bagi amaran supaya buang dendam tu sebab serang Kancha akan pertaruhkan nyawa dia tapi Kaali (Priyanka Chopra) faham yang Viju tak akan tenang selagi dendam tak terlunas. Glad director tambah watak Kaali dalam cerita ni sebab jadi diversion bila movie ni jadi terlampau tegang dan sarat. Priyanka did her best sebagai penyeri hidup Viju. Chemistry Priyanka-Hrithik antara sebab scene mereka berdua menarik.


Movie Agneepath ni antara movie yang mendapat jumlah kutipan tertinggi di Bollywood pada tahun 2012 dengan lakonan hebat dari semua pelakon baik yang utama mahupun sampingan. Dinamik antara Vijay dengan Kancha buat jalan cerita nampak menarik bila yang seorang nak Mandhwa dan yang seorang lagi dengan impian dia untuk kuasai Mumbai. Ada banyak scene yang both actor convey emotion guna body gestures.


Kalau Agneepath asal dilakonkan oleh Amitabh Bachchan, untuk reboot movie ni Hrithik taknak dibayangi dengan lakonan Amitabh so dia recreate imej watak Viju dengan cara dia sendiri tanpa tengok filem asal. Dia berlakon ikut vision pengarah Karan Malhotra. Watak Vijay antara watak yang paling susah dalam career dia sampai banyak kali injured. But worth the pain and efforts sebab watak dia dipuji oleh critics dan tersenarai antara yang terbaik dalam karier lakonan Hrithik.



Visual and costume team make a great effort untuk hidupkan suasana slum area dan perkampungan Madhwa. Fun fact banyan tree, pokok di mana Master dibunuh dibuat dengan fiber untuk dapat bentuk pokok seperti yang pengarah nak. Supaya dapat hidupkan suasana kelam dan menakutkan.


Music score okayish lah untuk movie ni but thanks to Ajay-Atul create one of the greatest item song, movie ni akan diingati sampai bila-bila sebab item song Chikni Chameli naikkan nama Katrina Kaif dalam industri. Kelincahan Katrina dengan suara merdu Shreya Goshyal hidupkan suasana ketegangan pertemuan pertama Vijay dan Kancha di Mandhwa.


All in all I do enjoy watching this revenge drama walaupun more or less ramai yang terkorban demi untuk lunaskan dendam. Tajuk movie ni pun dah menggambarkan drama bila Agneepath bermaksud jalan yang berapi. Bak kata orang tua, jangan bermain dengan api kelak terbakar diri sendiri. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

6 comments:

  1. hmmm mcm best je. me too. i love crime, revenge punye genre and etc

    ReplyDelete
  2. Adoiii tambah lagi koleksi movie macam ni. Yang sedia ada pun velum tengok lagi

    ReplyDelete
  3. uuiishh veteran tuu Sunjay Dutt huhuhu..

    ReplyDelete
  4. mati2 kita ingat ni cerita baru tau..baru nak puji hrithik roshan tak dimamah usia, rupanya tahun 2012 punya ek...hahahahahha

    ReplyDelete
  5. Suka sangat lagu Chikni Chameli tu.. Memang ada dalam playlist youtube.. Suka gerak tari Katrina..Cerita je tak tengok.. hehehe

    ReplyDelete
  6. byk lg title yg belum ditonton... akan cuba tengok satu2.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!