Tuesday, 7 April 2020

Movie Review : Vivarium


Director : Lorcan Finnegan
Writer : Garret Shanley, Lorcan Finnegan
Cast : Imogen Poots, Jesse Eisenberg
Production Company : XYZ Films, Fantastic Films, Frakas Productions, PingPong Film, VOO, BeTV
Distributor : Vertigo Releasing
Genre : Science Fiction / Thriller / Mystery
Running Time : 97 minutes
Release Date : 18 May 2019 (Cannes), 27 March 2020 (Ireland)
Trailer :


Gemma (Imogen Poots), guru tadika dan boyfriend dia, Tom (Jesse Eisenberg) bercadang untuk membeli rumah and end up di galeri Yonder. Martin ajak mereka berdua melawat kawasan perumahan Yonder. Kalau I yang pergi memang I tak masuk because the house design looks tacky.  From the first glance you already know something is wrong with this place. 


Tapi nak dijadikan cerita dan both of them dah lama sangat cari rumah so both of them follow je Martin untuk tengok keadaan rumah. Of course lah cantik, spacious for two people. Masa Tom dengan Gemma belek laman belakang, Martin dah pun hilang. 


So Tom dengan Gemma ambil keputusan untuk keluar dari situ tapi lepas pusing sana sini, mereka berdua tetap balik ke rumah yang sama – No. 9. Minyak pun dah habis so nak tak nak both of them terpaksa stay dekat rumah tu. 


Esoknya Tom try tengok dari bumbung mana tahu boleh nampak jalan keluar. Dia suggest untuk jalan ikut arah matahari. So they did tapi sama jugak, tetap kembali ke rumah yang sama. Bila tengok di bahagian hadapan, ada satu box besar penuh dengan makanan kering dan keperluan asas seperti berus gigi, ubat gigi, sabun sebagainya. 


Tengok gaya kotak dan peruntukan yang diberi, lama lagi diorang kena stay. Bak kata Martin – forever. Disebabkan geram dan penat, Tom bakar rumah tu untuk hantar signal kepada sesiapa dekat luar untuk selamatkan diorang. Sambil tengok rumah tu terbakar dan tunggu apa yang akan jadi, mereka berdua tertidur sampai esok pagi. 

Bukan je rumah tu ada seperti biasa walaupun badan Tom dan Gemma dah berdebu tapi ada lagi satu kotak besar sampai. Dalam kotak tu ada bayi lelaki dengan tulisan di tepi kotak - "Raise the child and be released." So jalan keluar ialah dengan jaga budak tu sampai besar. 


Tapi nak jaga tak semudah yang disangka sebab budak tu akan sentiasa ikut mereka berdua dan menjerit nyaring setiap kali tak dapat apa yang dia nak. Tom tahu budak tu bukan manusia sebab dalam masa 98 hari baby tu dah membesar. 

Konsep cerita Vivarium ni bertemakan terperangkap dalam ruang masa cuma kita tak tahu apa motif alien ni bersusah payah sampai perlu wujudkan kawasan perumahan untuk besarkan spesies mereka. End up kerja dekat galeri rumah Yonder jugak. Besarkanlah sendiri! 


Tak pasti apa alien ni nak, sama ada untuk adapt cara manusia ataupun nak hapuskan populasi manusia. Kalau nak hapuskan, bunuh je. Tak perlu tunggu sampai manusia hilang harapan dan putus asa untuk hidup dalam rumah yang lebih kepada sel penjara. Tak ada TV, Internet, radio, komunikasi luar, setiap hari dengan rutin yang sama, makanan yang sama. Mungkin hiburan untuk diorang kot. Pfftt


Visual is great dengan transition and tone warna yang melambangkan tahap psikologi manusia walaupun apa entah function kalau dah stuck dalam kawasan macam tu. Tunggu masa je lah untuk mati. Duduk pulak dengan alien suara nyaring. Hari ni ajar esok tanya lagi benda sama. Memang mintak lempang lah cerita dia. Kita tengok iklan burung murai pun bapak dia dah annoying nak layan kan, bayangkan nak kena layan setiap hari. 


Tak perlu la tengok movie ni walau bosan macam mana pun. Buang masa je. Of course artsy untuk kita relate dengan kehidupan seharian tapi ada banyak cara lagi dari spend 97 minit tengok benda yang menyakitkan hati. Plus ada yang komen movie ni tak boleh nak relate sebab young generation mana mampu beli rumah :’)

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 5/10

4 comments:

  1. aida da tgk! minggu lepas.
    aduhai. ending nyer buat kita geram kan. anak dia tu sungguh la menyakitkan hati.
    nak tau gak ler - alien ke, antu ke, asal usul taman ijau tu.
    lepas ni kalau nak tgk rumah, kena cek nama developer kat SSM ekk :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete
  2. Haha jujur betul review Pana. Mesti stress nak habiskan 97 minit tu..

    ReplyDelete
  3. mujurlah tak terjebak tengok.. Dah nak tertengok dah aritu.. sebab poster dia cam menarik..
    Tq Farhana untuk review nie.. mau lagi murung perasaan lepas tengok filem ini..

    ReplyDelete
  4. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!