Day 20 Quarantine : No More Pets

Tuesday 7 April 2020

Another 10 days left...

Ramai dah start bagi hint yang RMO akan lanjut sampai ke Raya Puasa. Best untuk yang duduk rumah tak buat apa lah. Yang student tak payah nak pergi kelas bagai tapi yang tak dapat kerja ni best ke? Mana nak cari duit? Takkan nak kekah duit KWSP sampai habis?

Bad news for day 20 bila KKM sarankan supaya jangan rapat sangat dengan binatang peliharaan. That's so mean....


Ni semua gara-gara kucing pun boleh terjangkit dengan covid-19. Nadia, harimau malaya berumur 4 tahun di Zoo Bronx di US dah terkena covid-19. 


Nadia dapat covid-19 ni dari penjaga zoo sebab zoo ni dah ditutup dari orang luar. Cuma penjaga zoo je yang ada sejak 16 Mac lepas. Bukan setakat Nadia je tapi ada 6 lagi haiwan lain yang berjangkit dengan virus covid-19. Tapi tak semua haiwan kena covid-19 sebab ada harimau baka Amur duduk satu cage dengan harimau lain tapi negatif walhal yang lain positif. 

Btw kes positif covid-19 di Malaysia dah cecah 3,793 dengan 62 kematian.

Image

Semalam kecoh dekat Twitter bila KKM dedahkan pesakit 1058 ialah super spreader bila dia menipu sejarah perjalanan dia ke Itali dan bekerja seperti biasa di bank. Akibatnya ada yang berjangkit kemudian balik ke kampung sebarkan dekat satu family dan saudara-mara. Ramai yang meinggal disebabkan pesakit 1058. 

Selfish macam pesakit 136 jugak. Tenang ke hidup bila tahu ramai yang meninggal sebab kebodohan diri sendiri? Yang kejamnya, pesakit 136 dan pesakit 1058 elok je sihat sekarang ni. 

7 comments

  1. Tu la kan yg spreader tu takda plak mati 😭
    Allahu. Ku pun jadi sakit hati emo 😭

    ReplyDelete
  2. sedih bila ramai yang mati sebab dorang yang selfish. Pening >.<

    ReplyDelete
  3. geram dgn 1058 ni. selfish!!!
    dia ok. yg dijangkiti abis semua keturunan.
    hingga keluarga tu dipulaukan org lain. aduhai :(
    sedih betul la ada yg selfish gini.
    tu yg buatkan kes covid19 kita semakin meningkat.
    nak je cadangkan, if selfish gini, didakwa di mahkamah.
    baru la org yg berniat utk selfish takkan jadik selfish.

    ReplyDelete
  4. Kenapalah diorang nie tak nak self quarantine kan diri.. Bukannya susah.. geram je baca..

    ReplyDelete
  5. Pentingkan diri... 2 org super spreader ni, dah sebabkan banyak nyawa tergadai... Nantikan sahaja ganjarannya di akhirat untuk kamu berdua.

    ReplyDelete
  6. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  7. Very nice article, I enjoyed reading your post, very nice share, I want to twit this to my followers. Thanks!. dog grooming scissors

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.