Sunday, 5 April 2020

Day 18 Quarantine : CIMB Gone Mad....AGAIN!

Hari ni kecoh dengan pengguna CIMB mengamuk dekat Twitter bila dapat transaction 'Direct Debit'. Ada yang ditolak secara berjemaah, ada yang ditolak sekali sahaja tapi dengan jumlah yang besar.

Image

Image

Beberapa hari sebelum pun dah ada yang pelik kenapa jadi macam ni tapi kemuncaknya hari ni lah bila ramai yang nampak tweet dekat atas ni dan terkejut tengok transaction history penuh dengan 'Direct Debit'. Bila call CIMB pulak tak angkat. Ramai yang dah start transfer semua duit yang ada dalam CIMB pergi ke bank lain dan bakal tutup acc dengan CIMB. 

Bila keadaan dah tak terkawal dan CIMB tak mampu nak attend semua call, CIMB keluarkan statement yang 'Direct Debit' ni legit transaction yang dibuat sendiri oleh customer cumanya sejak RMO, semua pending dalam keadaan float dan start aktif pada bulan ni. Means most likely customer pernah pergi luar negara dan buat transaksi dekat sana. 

Image

Ataupun customer yang ada subscribe mana-mana streaming channel macam Netflix, Spotify etc akan dapat kunjungan 'Direct Debit'. Tapi yang menghairankan bila pengguna CIMB yang tak pergi ke luar negara atau subscribe apa-apa pun hadap benda yang sama jugak. BNM advice supaya buat police report dan print out statement jumpa CIMB untuk dapatkan balik duit yang hilang. 

Lagi sakit hati bila tengok perenggan kedua dalam permohonan maaf tu bila CIMB ambil jalan mudah untuk labelkan 'Direct Debit' untuk mudahkan kerja diorang. Sekarang dah susahkan semua. 

Well benda ni bukan jadi semalam je, sebelum ni dah banyak kali system CIMB down dan kes duit hilang ni pun dah banyak kali terjadi pun. Ada yang pergi buat police report dan jumpa CIMB then dalam masa 14 hari dapat balik duit. Ada yang ambil tindakan yang sama tapi CIMB taknak bertanggungjawab. 

Idk what will happened to CIMB but one thing for sure, kes positif pesakit covid-19 dah meningkat ke angka 3,483 dengan 57 kematian. Stay safe people and stop using CIMB.

9 comments:

  1. la ye ke?kesiannya,hbis ke duit dalam akaun?lpas ini kena matikan semua langganan yang tidak diperlukan...

    ReplyDelete
  2. Maybank pun ada yg jadi jugak 😭

    ReplyDelete
  3. kesianny pada yang terlibat, yg tak pernah buat langganan apa-apa.. harap dapat tuntut balik duit yang hilang tiba-tiba tu...

    ReplyDelete
  4. Risau nak simpan kat bank klau macam ini....

    ReplyDelete
  5. Akak last ada kad cimb masa keje kt utm skudai tahun 2007 lepas tu bila kerja kt jupem terus tukar ke maybank dan kad cimb tu tak aktif sampai sudah. Rasanya dulu ke tahun lepas ada dh kan masalah gini ini berulang lagi... smlm pesan kt laki akak jgk suh cek akaun cimb dia nasib takde aps...selamat je dia kata

    ReplyDelete
  6. Walaupun bukan pengguna CIMB still risau, sebab adik guna CIMB tapi dia takde cakap apa pun pasal benda nii

    ReplyDelete
  7. Mujulah memang tak ada akaun dengan CIMB..

    ReplyDelete
  8. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!