Sunday, 5 April 2020

Movie Review : Jawaani Jaaneman


Director : Nitin Kakkar
Writer : Hussain Dalal, Abbas Dalal
Cast : Saif Ali Khan, Tabu, Alaya Furniturewala, Kumud Mishra, Chunky Pandey, Kamlesh Gill
Production Company : Pooja Entertainment, Black Knight Films, Northern Lights Films
Distributor : Pen Marudhar Entertainment
Genre : Family / Comedy
Running Time : 115 minutes
Release Date : 31 January 2020
Trailer :


Jaswinder "Jazz" Singh (Saif Ali Khan) pegang prinsip flying solo, hidup tanpa isteri ataupun anak-anak dan bebas untuk berfoya-foya dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa. Mostly dia jumpa di bar kawan dia, Rocky (Chunky Pandey). Mak dia (Farida Jalal) dah risau Jazz sebenarnya gay macam anak jiran dia.

Hidup bebas tanpa komitmen tak semestinya tak ada masalah kewangan, dengan cara hidup dia memang susah untuk bayar sewa rumah atau elektrik on time. Tapi dia yakin dia cuma perlu pujuk Mrs Malika (Kamlesh Gill), tuan rumah dia untuk sign agreement dengan contractor untuk jual tanah kawasan tu. Jazz dan abang dia, Dimpy (Kumud Mishra) mempunyai company kecil sebagai broker di kota London.


Satu malam dia berjumpa dengan Tia (Alaya Furniturewala) yang dah lama perhatikan Jazz untuk mencari persamaan antara mereka berdua. Jazz ajak Tia ke rumah dia untuk bincang hal tu. Jazz sangka Tia suka dengan dia tapi Tia bagitahu yang 33.333% kemungkinan Jazz adalah ayah dia.


Jazz tak percaya langsung kenyataan dia ada anak perempuan sebesar Tia sebab dia sentiasa guna condom sebagai protection. Sudahnya dia ikut Tia pergi buat DNA test. Bila result keluar, bukan setakat dia ayah kepada Tia tapi bakal jadi datuk tak lama lagi bila doktor sahkan Tia mengandung.


Tia buat keputusan untuk jaga anak dia dan bersalin di rumah Jazz sebab dia nak kenal ayah dia lebih dalam since mak dia, Ananya (Tabu) selalu hilangkan diri join hippie camp. Tapi Jazz tak nak hidup terikat dengan tanggungjawab dan komitmen. Tia faham dengan keputusan Jazz dan keluar dari rumah dan sewa di blok hadapan sebab dia nak duduk dekat dengan ayah dia.


Jazz yang rapat dengan Rhea (Kubbra Sait) minta advice untuk masalah dia. Bagi Rhea, Tuhan dah kurniakan anugerah anak dan cucu untuk Jazz so Jazz perlu gunakan peluang ni untuk belajar hidup bekeluarga. Tapi Jazz rasa benda ni akan bawa masalah kepada dia. Dapat tak Jazz hidup dengan Tia sebagai keluarga, kena tengok movie ni.


Jalan cerita movie Jawaani Jaaneman simple je dan cliché macam jalan cerita anak yang mencari ayah atau keluarga tapi yang buat cerita ni menarik bila dialogue yang kelakar dan momentum cerita yang menghiburkan dari awal sampai habis movie. I loved every scene! 

Suka sangat bila Tia datang dalam hidup Jazz sebab watak dia buat hidup Jazz nampak balance and filled with love. Watak Tia jenis yang cool, tolerable dan loveable. Said play Jazz with ease – urban and witty. Sebelum ni pun Saif bawa watak yang sama – Salaam Namaste, Go Goa Gone, Chef, Humshakals, Happy Ending, Cocktail.


Kalau ikutkan watak heroin asal untuk Sara Ali Khan, anak Saif sendiri tapi kalau Sara yang bawa watak Tia mungkin overacting. Tabu join agak lambat dekat second half dan screentime dia tak banyak mana pun tapi dia berjaya tambahkan suasana kelakar dengan prinsip hidup hippie dia.


Not much for visual sebab kebanyakan scene di rumah Jazz, bar ataupun salon Rhea. But I really love how they make effort on every house decoration. Paling cantik rumah family Jazz.


Since movie ni under production Jacky Bhagnani so music album memang best. Remake lagu Ole Ole dari Yeh Dillagi dengan lirik urban dan beat catchy. Suka lagu Mere Baabula sebab lirik dia tambah emosi untuk scene Jazz sedar pentingnya Tia bawa makna keluarga dalam hidup dia. 


Overall I’m in love with this movie, chemistry Saif-Alaiya, dialog yang kelakar dan plot cerita yang menghiburkan. Definitely a must watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

17 comments:

  1. Baca review ni teringat pulak dekat movie Scandal Makers, bezanya dalam movie tu anak dia tuh dah ada anak tapi yang ni anak dia tengah pregnant. Sebab Saif and Tabu, campur dengan genre komedi, kita akan tengok.

    Tengah-tengah stress dengan covid-19 ni, memang elok sangat lah layan movie yang kelakar, kalau layan movie yang ada kaitan dengan virus jugak, takut bertambah panik, ye dok.

    ReplyDelete
  2. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete
  3. Wah Farida Jalal memang sesuai watak mak2. Teringat cite Shah Rukh khan-Anjali. Btw baru juga tahun ni rease ya. Dah lama tk tonton filem hindi. Kalau betul2 boom sis akan tonton!

    ReplyDelete
  4. Ingat ke India rupanya Hindi ek...boleh gak ni layan time cuti snatai-santai ni...now tengah layan Kabhi Khushi tu hahahaha...suka bab ada lawak-lawak, so tak boreing menontonnya...

    ReplyDelete
  5. movie hindi ke telugu ke jarang menghampakan. jalan cerita, cast semua best2. menarik gak tengok reviewnya.in the list..

    ReplyDelete
  6. Dah lama mommy tak layan cerita Hindustan ni. Dekat tv3 pun dah memang-memang jarang dah. Tp mommy memang minat Saif Ali Khan. Baca dr farhana tulis pun Jalan cerita nya simple je. Mungkin blh tonton sebab masa banyak ni

    ReplyDelete
  7. Ni mesti peminat cerita Hindi ni. Dah lama dah tak tgk filem Hindi tp selalu suka tgk filem filem lakonan Shah Rulh Khan , Kajol atau yg best2 je. Filem ni blm tonton.. nampak mcm menarik gak citernya.

    ReplyDelete
  8. Wow cerita hindustan lagi hehehe lama giler kota kita tak layan cerita macam ni kat movie ker atau kat tv hehehehe entah tak tahu mungkin sebab pelakon tak sehebat pelalon dulu wakaka sekarang ni semua nak sexy2 belaka wakakaka...

    ReplyDelete
  9. waaa. panjangnya review. macam dah tak perlu kita tengok ni. haha. mesti peminta hindustan betul ni kan? ;)
    ok, save duluan. nanti kita layan :)

    ReplyDelete
  10. Wow!!!!!!!! Menarik jln citer dia. Kekdng tengok cerita hindi menarik tau. I suka tengok fashion depa.

    ReplyDelete
  11. bila guna rencah yang sama tapi penyampaian berbeza buat filem tu jadi menarik untuk ditonton..

    ReplyDelete
  12. wah,,, seronoknya cerita hindi ni. Dah lama tak layan, baca sinopsis pun dah menarik. Tengah bosan time COVID ni boleh lah layan filem ni

    ReplyDelete
  13. wah bestnya citer hindustan. lama dah tak layan citer macam ni. lama tak tgk farida berlakon

    ReplyDelete
  14. cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
    ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  15. Wah jalan cerita Jawaani Jaaneman ni pening jugak iena baca..tak sangka nak ade cucu da..huhu yakin je guna condom selamat kan haha

    ReplyDelete
  16. Wow! Hindustan, Dah lama sebenarnya tak tonton filem Hindi. Anda mesti peminat hindi ya.

    ReplyDelete
  17. Thanks for the review, memang dah lama tak layan bolloywood dah so now ada time boleh check out

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!