Movie Review : Ashfall

Friday 17 April 2020


Director : Lee Hae-jun, Kim Byung-seo
Writer : Lee Hae-jun, Kim Byung-seo
Cast : Lee Byung-hun, Ha Jung-woo, Ma Dong-seok, Bae Suzy, Jeon Hye-jin
Production Company : Dexter Studios, CJ E&M
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Action / Comedy
Running Time : 128 minutes
Release Date : December 19, 2019 (South Korea)
Trailer :


Satu gempa bumi berlaku di kawasan Korea Selatan dan Korea Utara disebabkan letusan gunung berapi di Gunung Baekdu, gunung tertinggi  di semenanjung Korea yang berada di sempadan China-Korea Utara. Jeon Yoo-kyung (Jeon Hye-jin)  guna teori Professor Kang Bong-rae (Ma Dong-seok), pakar geologi yang dah lama mengkaji keadaan Gunung Baekdu dan minta dia jelaskan kepada semua pegawai atasan negara.


Awalnya Prof Kang nak lari balik ke US sebab Pandemonium taknak dengar teori dia sebelum perkara ni berlaku. Tapi setelah dipujuk, dia pun akur untuk jelaskan sebelum keadaan bertambah lebih parah. Mereka perlu letupkan bahagian bawah Gunung Baekdu supaya lava tak meletup tapi keluar dari lubang yang dibuat di bahagian bawah. Masalahnya letupan tu perlu menggunakan bom nuklear. 


Jo In-chang (Ha Jung-woo) ditugaskan sebagai kapten dalam misi khas operasi untuk mencuri bom nuklear dan perlu menjejak Lee Joon-pyeong (Lee Byung-hun) di penjara Korea Utara selepas kantoi sebagai spy Korea Selatan. Kapten Jo nak bersara tapi terpaksa batalkan permohonan dia dan hantar isteri dia, Choi Ji-young (Bae Suzy) yang tengah sarat mengandung under protection askar semasa bencana. 


Sepatutnya team Kapten Jo cuma hantar nuclear ke Gunung Baekdu tapi disebabkan special force Alpha yang sepatutnya activate dan letupkan gunung tu terkorban, team Kapten Jo terpaksa buat semua kerja dari awal sampai habis tanpa kepakaran seperti special force Alpha. Masalah timbul bila Lee Joon-pyeong dalam diam buat deal dengan pihak China untuk curi nuklear dan letusan gunung berapi lebih awal dari jangkaan Professor Kang Bong-rae.


Berkonsepkan bencana alam, movie macam ni kena pakai bajet yang agak besar untuk visual and they did a pretty good job dengan CGI dan visual effects. Production house movie Ashfall ni sama team dengan movie Along With The Gods, Dexter House so of course lah hasilnya sama bagus. 

Namun jalan cerita agak klise dan mungkin juga dicedok dari movie yang berkisarkan bencana alam sebab ada scene di awal cerita bila Kapten Jo terperangkap dalam traffic jam kemudian rush balik rumah. Scene ni sama sangat dengan scene dalam movie 2012. So it’s nothing new even the thrills pun tak mampu untuk nampak real and convincing onscreen. 


Antara kekuatan movie Ashfall bila lakonan pelakon-pelakon utama dengan chemistry nampak bagus onscreen. Perbezaan karakter antara Kapten Jo yang pendiam, family man dan ketua bidan terjun digandingkan bersama Joon-pyeong yang licik dan kejam. 

Both excellently delivered their characters dan selamatkan movie Ashfall jadi hambar. Action stunt masing-masing pun cantik dan kemas. Berbeza dengan movie bencana yang lain bila cerita berkisarkan watak utama selamatkan family tapi dalam movie ni jalan cerita lebih kepada gandingan watak mereka berdua. 


Pelakon sampingan mostly tak meninggalkan impak atau menyerlah dalam screentime masing-masing walaupun ada Ma Dong-seok dan Bae Suzy. Scene emotional masa Ji-young  dapat bercakap dengan Kapten Jo tak mampu nak hidupkan suasana sedih. Sama juga pelakon sampingan yang ada dalam special force team Kapten Jo. Mungkin sebab garapan watak masing-masing yang lemah. 


All in all, movie berkisarkan manusia versus bencana alam ni ada kekuatan tersendiri sebagai tatapan peminat movie bencana dan naskhah berbeza dari pengarah-penulis Lee Hae-jun dan Kim Byung-seo. For Ha Jung-woo fans, Ashfall definitely a must watch. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8/10

3 comments

  1. hari tu beriya nak tgk lepastu lupa pulak

    ReplyDelete
  2. mula-mula keluar trailer memang excited gila, tapi sampai sekarang belum tengok hehe

    ReplyDelete
  3. Ala.. Musim macam nie macam tak boleh je nak tengok movie macam nie tapi ada Ma Dong-seok.. huhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.