Friday, 10 April 2020

RRM Gala Dinner, Hard Rock Desaru Hotel


The highlights of this trip, Gala Dinner di malam terakhir kami di Hard Rock Hotel Desaru yang bertemakan Rock & Roll. Sebelum dinner event, masing-masing dah dapat tentatif dengan lucky draw number dekat sudut bawah tu. 


Sebelum masuk dewan ada registration counter dijaga oleh Fai dan distribute tote bag comel RRM untuk semua warga RRM. 


Walaupun hall ni kecil tapi muat je nak muatkan 50 orang yang join trip ke Desaru ni. Thanks to staff Hotel Hard Rock untuk table setting, makanan, props dan service untuk pastikan event berjalan dengan lancar selama 2 jam lebih. 


Guest arrival starts dari jam 7.50 tapi kitorang pergi awal around 7.30 macam tu sebab nak practice untuk newcomer performance. Adat resam RRM untuk staff yang baru join wajib buat performance. Sepatutnya masa annual meeting tapi sebab memasing tengah cuak lagi, so dianjakkan masa Annual Dinner. 


Tapi okay la anjak pergi dinner sebab kena perform ramai-ramai walaupun lagi ramai yang menonton at least tak la cuak sangat compared to perform sorang-sorang. Plan asal nak nyanyi lagu Ella sebab kena dengan tema tapi taknak nyanyi punya pasal, I come up with idea supaya ambil lagu Temberang - Ayda Jebat. 

Sebabnya semua pun tahu lagu tu lepastu semua boleh menari sama-sama. Kalau silap step ke hancur ke tak kisah sangat sebab ramai-ramai perform so orang tak focus sangat. Lagipun lagu ni rancak, fun la sikit sebagai persembahan pembukaan. Steps pun senang. 



My outfit of the night
Malam tu memang kitorang tak dress beria sebab nak kena menari bagai. Since tukar plan last minute, Effa terpaksa tukar pakai heels biasa instead of high boots. Sorryyyy idea selalunya datang lambat :(




Our MCs for Gala Dinner - En Hazieq & Ms Fisa
 Acara wajib - ucapan pembukaan dari Managing Partner, En. Hisham


Lepas ucapan perasmian, ada sesi memotong kek Ram Reza & Muhammad bersempena event Gala Dinner. Kek ni sedap tapi sayang betul kecil je hahaha


Selesai agihkan kek ke semua meja dan bacaan doa makan, semua dijemput menjamu selera. Menu kami malam tu disediakan oleh chef Hard Rock Hotel - Tomyam udang, Kari Ikan Sri Mutiara, Lala Masak Cili Merah, Ayam Masak Merah, Udang Goreng Berlada, Sayur Goreng Campuran dan Cendawan


Lauk dia agak limited lah untuk kitorang satu meja tapi tak makan banyak sangat malam tu sebab nak perform. Aje gila tengah menari kang nak termuntah sebab perut penuh. Lala masak berlada dia sedap tapi nak menangis perut makan sebab pedas kemain. 


Nervous tak nervous lah nak perform sebab tak expect laluan tengah sempit dari yang kitorang agak. Dekat stage pun satu hal, ada slide besar so tak boleh nak beria sangat dekat atas stage. Banyak yang kitorang plan tak menjadi sangat sebab sempit.






Lagi satu nak kena jaga step jugak sebab dua budak comel ni nak join menari sekali haha


Walaupun hujung tu hancur tapi bila pose kena cantik lahhh. Nasib baik ramai-ramai perform, walaupun banyak steps lari tapi orang tak nampak sangat. Yang penting aduh aduh tu on point haha lega sangat dah lepas satu benda yang buat kitorang nervous. 


Bila jadi first performer ni yang bestnya boleh enjoy performance lain lepastu without worries dah. Even jadi first performer pun, baru je lepas practice then makan, dah ada dah member lupa step haha. Second performance dari team RRM Penang perform lagu Westlife. Sebab lagu Westlife, lagu zaman 90s memang senang sangat la nak sing along. 


Performance ketiga dari RRM HQ - sesi lakonan and mostly diorang deliver pickup line which kinda funny. Semua tu baru plan last minute jugak, lepas habis main Indoor Game. Performance last dari RRM PJ which is my department cuma kitorang hantar wakil - Asis perform lagu Pawana. Since ramai tak tahu lagu ni maka tak ramai la join nyanyi tapi posing tetap terbaikkkk


Sebelum event Gala Dinner ni, pihak committee dah buat indoor dengan outdoor games kan so malam ni sesi penyampaian hadiah la untuk semua team. Yang bestnya semua orang dapat hadiah tapi setiap team berbeza lah hadiahnya. Tempat last, Team Merah menang pendrive sorang satu.


Team I, team Gold dapat tempat kedua. Happy sangat dapat menang hadiah powerbank sebab powerbank yang sedia ada ni dah nazak. Nak beli baru memang malas lah cerita dia. Yeayyy! 


Team Biru the champ for this trip. Sakan dapat hadiah fitness tracker. Yang bestnya family Head Account dapat hadiah sama. Berbaloi ikut mak pergi trip. Memasing dah happy dapat hadiah, beranjak ke sesi Best Dress for the night. 


AJ won Best Dress Female


En Fendy won Best Dress Male. Tak sia-sia dia beria order rambut palsu tu haaa, even sebelum pergi trip dia dah tunjuk dia nak pakai apa malam tu. Sebelum ambik hadiah siap headbanging dulu haha


Sebagai penghargaan En Hamza dapat pengiktirafan Staf Terbaik ikut penilaian dari semua partners. Well deserved.


Meanwhile En Hazieq dapat pengiktirafan Lawyer Terbaik RRM. Tak sia-sia I vote masa HR personal whatsapp nak undi siapa. Hahaha tahniahhh!


Sesi pemberian hadiah saguhati kepada semua lawyer RRM - HQ, PJ, Penang dan Indonesia. 


Tak lupa juga hadiah buat si comel-comel yang datag malam tu. 


Last session haruslah ambil gambar berjemaah. 

 

Thanks to committee members sebab dengan usaha dan kreativiti diorang, trip RRM jadi meriah dan havoc. Even Gala Dinner succeed! Personal thanks to Farid sebab ambil gambar cantik-cantik even yang candid pun cantik. What a talent! 

Department Conveyancing - PJ branch
Corporate Department - PJ branch [Poyo kan, tengok boss lah]

Last sekali bergambar penuh dengan semua warga RRM branch Petaling Jaya [Ain, dalam ingatan hahaha]. Kalau perasan dari awal gambar membawak sampai gambar last memasing buat hand sign yang sama je sebab tema Rock & Roll haha fun night! 

Habis event lepak sampai tengah malam sembang sementara tunggu Farid habis makan. Berat kerja photographer ni, time semua tengah enjoy makan itu ini layan performance, dia dari awal sampai habis ambik gambar sampai tak sempat nak makan. But hey, thankssss for all pictures for that night. 

1 comment:

  1. wahhh, bestnya. tapi mata lbh tertumpu pd makanan 😋

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!