Wednesday, 11 March 2020

Hotel Hard Rock Desaru Coast, Johor


Arrived! 

Ni lah staycation untuk company trip tahun ni selama 3 hari 2 malam. Dari dalam bas lagi dah nampak kecantikan Hard Rock Hotel Desaru Coast ni. 


Sampai je dekat entrance Hard Rock Hotel, staff dekat situ suruh kitorang line up untuk check body temperature nak elakkan dari covid-19. Mine was 35.5. Cuak jugak lah sebab dekat kawasan office dah ada suspek covid-19 but alhamdulillah we're fine for now. 




Settle health check, berkumpul dekat lobby untuk ambil access card bilik masing-masing sementara tunggu yang berkenaan unload luggage dari bas. 


Kawasan lobby Hard Rock Hotel quite stylish and cozy lah sebab banyak trendy seats dengan deco yang agak unik. Sepatutnya ada live band tapi tak ada pun sepanjang 3 hari dekat sini. Mungkin cancel show sebab covid-19 kot. 



View waterpark dari lobby Hard Rock Hotel




Dah dapat access card, pergi ke bilik masing-masing untuk rehat sebelum outdoor games start. Each room dapat dua access card. 


Since berkongsi bilik 3 orang, the name wasn't registered under my name so dekat monitor tak dapat la greeting wish dari pihak Hard Rock Hotel :(


So this is our room for 3 days and 2 nights dekat sini. Rasanya bilik ni untuk 2 orang tapi tambah lagi satu katil dekat tepi sliding door. Agak sempit lah tapi okay je sebab Pana sorang je yang gemuk :') 



Bilik kitorang menghadap ke arah pantai buatan di waterpark Hard Rock Hotel so setiap masa akan dengar bunyi ombak buatan. Kalau nak usha view dekat waterpark, lepak dekat sofa ni then tolak je tingkap kayu tu.


Yang tak bestnya bila lepak luar, bila buka sliding door, automatik air-cond mati. Berkuap la hang duduk dekat luaq. Mana nak tampaq nyamuk lagi. Air-cond antara punca tak best dekat sini sebab dah set temperature level tapi dia akan berubah ikut figure dia nak. Eh eh sangat kan? Kitorang set 24 degree tapi dia berubah ke 28 degree. So cara terbaik just biarkan aircond terpasang even kitorang takde dalam bilik supaya tak panas sangat.


Tilam, bantal, selimut super duper cozy and soft ya ampunnnn bahagia sangat kalau tidur dengan angin malam fuhh tak nak bangun wei. Dekat hujung bantal hotel semua ada sulaman gitar hitam. Cantik!


Bilik air dia agak bahaya bila stay ramai-ramai dalam satu bilik. Sebelum pergi tandas, afdhal lah kalau buat announcement dulu sebab almari bersambung dengan bilik air. Kalau bukak pintu almari belah belakang, free show lah cerita dia. 




Shower dengan toilet dia tak ada lock, pintu pulak transparent baq hanggg. Alhamdulillah sepanjang 3 hari tak ada adegan terkejut dan menjerit. Tak banyak hook untuk sangkut towel dekat dalam tandas. Maybe lepas guna terus order room service minta towel yang baru. 


For expensive price per room, I'm expecting bath tub but nahhhh.... Even cistern cannot hold huge amount of water. Have to flush twice after using this. 


Dekat sini kalau tertinggal shower gel, shampoo ataupun berus gigi memang tak risau sebab pihak hotel dah sediakan dah. Datang melenggang je guys tapi kalau lupa bawak deodorant memang tak dapat nak tolong lah. Sama lah dengan towel dan slipper. 


Banyak jugak lah pihak hotel sediakan, tak cukup dalam shower, dekat dalam laci sebelah sinki dengan atas katil dia bagi. Pihak hotel sediakan hair dryer dalam drawer but my complaint is hmmm hair dryer tu ambil masa yang lama jugak lah nak keringkan rambut. Dah la shower area tu panas. Lepas mandi boleh berpeluh balik tunggu rambut kering. Whyyyy


Boleh tulis lagu fav dekat sini sepanjang stay dekat Hard Rock Hotel but I'm quite disappointed tak ada lagu yang I tahu lol. I'm not sure pilihan lagu dekat hotel ni macam mana. Is it rock genre or pop and what decades? I dengar lagu Queen je sekali tapi sekali je lah sepanjang dekat sana. Mungkin tak perasan kot lagu Aerosmith, Gun N Roses, Led Zeppelin or Bon Jovi keluar lol


Bahagian pantry ada heater dan free tumbler. Dekat lif ada sediakan water cooler free untuk isi air. Lepas guna letak balik lah tumbler ni  Klaau hilang kena denda la kot. Jajan dengan drinks tu semua untuk cuci mata je. Kalau ambik kena bayar ikut harga hotel and you don't wanna spend your money for such price. Mahal wei. 



Disebabkan lapar sangat, terpaksa jugak lah capai Kit Kat dekat dalam fridge ni walaupun 6 hengget. Orange juice 12 hengget, mineral water sparkling soda 12 hengget. Tapi tu lah, semuanya tak sedap. Kuajaq. 



Speaker + alarm ni cun kalau nak layan lagu dalam bilik. Sound dia sedap, kalau boleh rembat, memang dah bawak balik Subang. Tapi tu lah....

Setiap bilik ada sejadah dalam drawer so dah tak perlu bawa dari rumah. Semua dah lengkap tersedia except telekung lah. Kalau attire dah tutup aurat, dah boleh solaat dah. No problem pun khen

Roommates for 3 days dekat Hard Rock Desaru Coast....


Dekat bahagian kiri hotel ada pool menghadap Pantai Desaru. Cantik hijau air laut dekat situ. Boleh nampak la kapal dekat laut sana. Ni sunrise view sebelum jam 7 pagi. Not bad lah. Ikutkan plan nak pergi tengok sunrise dekat pantai tapi jauh pulak nak menapak.



Dekat dengan pool ni ada jakuzi tapi kecil je lah. Cantik nak bergambar sebab background pokok disusun cantik. Pool dekat sini kedalaman di 1.2 meter, bila menyelam tu boleh dengar muzik. 




There's a bar attached with this pool so sambil mandi sambil lepak have drinks or snacks. Nak guna pool ni register dekat kaunter no bilik so you will get free towels. 


Belah sana ada hall kecil untuk organize events. Kitorang book untuk indoor games dengan gala dinner sebab kitorang pun tak ramai. 



Tingkat bawah ada 24 hours gym tapi nak masuk kena ada access card then register number bilik. Tak banyak pun machine dekat sini, ruang dia pun kecil je.


Tapi okay lah orang pergi bercuti bukannya nak main gym sangat. Even kitorang yang datang sampai 50 orang ni pun 10 orang je la yang pergi gym itupun sekali je itupun setengah jam je sebab menu breakfast dah memanggil dekat sebelah tu haha


Ruang makan Hard Rock Desaru Coast ni agak besar lah, boleh pilih duduk dekat luar ataupun makan dekat dalam. Dua hari breakfast dekat sini, dua kali maskot dia datang tapi berbeza la. 


Hari first Hard Rock Girl yang datang, second day Hard Rock tong bir yang datang. Sepaatutnya untuk kids je tapi kitoraang yaang beria nak bergambar. 


Belah petang untuk hari pertama ada indoor games dekat pantai. Tapi disebabkan kitorang tertinggal bas sebab masalah miscommunication, staff hotel bawa kitorang berjalan ke pantai tembus dari hotel Westin sebab Hard Rock dengan Westin sama owner. So tak ada masalah untuk customer pergi pantai Westin. Yang mana nak naik hotel buggy, boleh naik pergi Westin. 





Antara Hard Rock dengan Westin, view Westin lagi cantik lah sebab nampak pantai original, dengar ombak pun original. Dekat Westin ni satu malam RM900 compared to Hard Rock, RM700. Tapi try la check mana tahu harga dah jatuh sebab Covid-19. Hard Rock Penang pun dah jatuh harga sampai RM200. 


Dah sampai pantai! 



Air tengah pasang belah petang, ombak tinggi so memang tak dapat la nak main air dekat sini. Main games pun dah nak cecah pukul 7 dah. Malam ada games lagi so terpaksa la balik. 


Kawasan Hard Rock Hotel ni boleh tahan jugak luas dia. Tapi sayangnya tak banyak aktiviti boleh buat dekat sini. Cantik semata je lah, tapi kalau tak ada program memang bosan teruk. Line wifi slow, even line telco pun tak cun mana. Kalau hujan, memang menangis di bucu katil. Not much you can do here. 


Untuk harga mahal tapi pishanggg,  Iwould rather choose to stay at somewhere else cheaper. Makanan dekat sini pun tak sedap. Mahal pulak tu. Even staff service tak berapa nice bila some of them kemain kuat perli. 


'Spa dekat sini free ke?'
'Nak free pergi hotel lain lah'

K

But not all of them lah sebab some of them greet me with smile siap tanya dah makan ke belum. 


Tempat wajib bergambar, the iconic logo of Hard Rock Hotel. That's all for now. Ciao!

19 comments:

  1. antara hotel yg sy aim dah lamaaaaaa tp blom ada rezeki lg

    ReplyDelete
  2. I believe that you know a lot about this situation. I hope that you will be able to continue writing this story! Waiting for a happy end!

    ReplyDelete
  3. Hotel yang sangat selesa nampaknya.. Banyak fasiliti tu yang best

    ReplyDelete
  4. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete
  5. Waaaa bestnyaa dapat berehat dan merehatkan diri di sini, santai gile kan di sini...Sis pun suka ke sini..kalau dari rumah ada le dalam satu jam perjalanannya...

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan juga harga bilik dia ye. Tp dah nama pun hard rock kan. Fasiliti semua sure terbaik. Cuma aircond tu je lah kan..kalau kak ana pun buat yang sama. On kan je aircond tu.

    ReplyDelete
  7. Mark this place! I’m gonna make Desaru my next cuti-cuti Malaysia location. Insya’Allah selepas selesai musim Covid-19 nie. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  8. Pernah ke Desaru tapi dah lama sangat dah sebelum ada hotel ni lagi... hard Rock memang sebuah hotel yg cantik... klu ke sini lagi nak cuba la duk sini ... bilik pun nampak luas.

    ReplyDelete
  9. Wahh menarik betulllll bilik nampak luas suasana nampak membiru gitu.. lawa lawa betul gadis gadis dalam entri ni tau.. tapi tu la mampu tgk je tengah musim ni

    ReplyDelete
  10. best juga nampak hotel ni. cantik dan selesa la yang pentingnya kan. pemandangan pun camtik

    ReplyDelete
  11. Kalau dah nama hard rock memang cantik la.. tapi first time tahu ada hard rock desaru. Seronoknya dapat join company trip ke tempat yang best macam ni. Bolehnla masuk dlm travel list nanti

    ReplyDelete
  12. Hard Rock memang best. Tak kira di mana-mana. Saya suka! Hahaha. Nanti ke arah selatan bleh cuba booking hotel ni. Saya fav ke HR Penang. Hehehe.

    ReplyDelete
  13. Cantik tempat dia. Suka tengok. Kalau ada peluang nak bawa anak2 ke sini juga

    ReplyDelete
  14. Cantiknya tempat dia. Dulu pergi area sini tapi belum bukak lagi. Now dh bukak nanti nak cuba lah duduk sini

    ReplyDelete
  15. Kalu bercuti di Johor nanti bolehlh menginap di Hard Rock Desaru ni. Hotelnya nampak cantik dan beriah. Bilik pun bnayak kemudahan disediakan. Bersih dan luas. Puas hati kalau bermalam di sini.

    ReplyDelete
  16. Wahh bestnya tmpt ni..nampak menarik..tgk gambar rasa nak pergi :

    ReplyDelete
  17. cantik tempat ni. Nice review. Bolehlah stay sini kalau ada rezeki nnti.

    ReplyDelete
  18. You know , to be honest. Never masuk ke Hard rock cafe before. Thanks for sharing this amazing views in the hotel. Let me plan, I am gonna go one day!

    ReplyDelete
  19. Adoi.. Mahal tapi kurang best memang tak syoklah.. rugi owh bayar mahal tapi tak best..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.