Saturday, 14 March 2020

Drama Review : Romantic Doctor, Teacher Kim 2


Director : Yoo In-shik
Writer : Kang Eun-kyung
Cast :  Han Suk-kyu, Ahn Hyo-Seop, Lee Sung-Kyung, So Ju-Yeon, Kim Joo-Hun, Shin Dong-Wook, Yoon Na-Moo,  Jin Kyung, Byun Woo-min, Kim Min-jae, Choi Jin-ho, Joo Hyun, Im Won-hee, Kim Hong-pa, Ko Sang-Ho, Park Hyo-Joo, Park Jong-Hwan, Lee Kyu-Ho
Genre : Medical/Drama/Romance
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : January 6 – February 25, 2020
Production Company : Samhwa Networks
Distributor : SBS
Trailer :


Gara-gara rating tinggi dan ramai fans drama Doctor Romantic, Teacher Kim request season 2, team DRTK come up dengan sequel tapi berbeza pelakon utama. Kalau season 1 ada Dr. Kang Dong-joo, Seo-jeong dengan In-beom, season  ni Doldam Hospital ada 4 junior doctor baru. But fret not, kebanyakan watak sampingan masih lagi sama – Head Nurse Mrs Oh (Jin Kyung), Dr. Nam (Byeon Woo-Min), Dr. Jung, Mr Park (Kim Min-Jae), Mr. Koo (Lee Kyu-Ho), Manager Jang.


Even villain pun masih sama, Chairman Do (Choi Jin-Ho) walaupun plot masa lepas 3 tahun dari plot masa season 1. Dibantu oleh President Park Min-gook (Kim Joo-hun) dan team dia – Dr. Yang (Ko Sang-Ho) dengan Dr. Shim (Park Hyo-Joo) untuk jatuhkan Master Kim.


Masih dengan konflik politik yang sama dengan season lepas bila Do Yoon-wan (Choi Jin-ho) tak puas hati dengan Master Kim even lepas 3 tahun kejahatan dibongkar pun tetap dapat peluang datang balik untuk kerja di Geosan University Medical Centre. Bila jadi chairman, makin senang impian dia untuk tutup Doldam Hospital untuk gantikan dengan hospital yang lebih mewah dan rawat pesakit VIP dengan shoplot dan mall. 


Tapi penghalang utama dia haruslah Master Kim dan team dia yang akan berkeras untuk pertahankan Doldam Hospital supaya dapat rawat pesakit di kawasan tu terutamanya pesakit yang injured akibat kasino. 


Seo Woo-Jin (Ahn Hyo-Seop) yang diboikot dengan rakan doktor yang lain akibat tindakan dia dedahkan perbuatan senior dia, Dr. Hyun-joon (Park Jong-Hwan) sampai ditarik lesen perubatan dan bercerai terpaksa berpindah ke Doldam Hospital untuk dapat duit supaya dapat bayar hutang dengan ah long.


Sama dengan Dong-joo dulu, Woo-jin pun meragui tindakan Master Kim bila masuk bab selamatkan patient tanpa hiraukan protokol tapi lama-kelamaan dia jadi tunggak kuat Master Kim di Doldam. Emosi tengok dia menangis bagitau Master Kim dia nak pindah ke hospital di Seoul padahal terpaksa sebab nak jaga keselamatan Master Kim.


Cha Eun-Jae (Lee Sung-Kyung) pula dipindahkan ke Doldam bila selalu pengsan ataupun muntah bila masuk ke Operation Room sebab mual tengok organ pesakit dan darah. Dia terpaksa ambil kos medik gara-gara keluarga dia semuanya ambil profession doktor sebagai kerjaya. 


Awalnya Eun-jae menyesal pergi ke Doldam Hospital tapi bila terserempak dengan crush masa kolej dulu, Dr. Bae Moon-Jung (Shin Dong-Wook) yang pakar dalam bahagian tulang, Eun-jae batalkan hasrat untuk balik ke Seoul. Even masalah mual dalam OR pun dah hilang lepas Master Kim bagi ubat. Terhutang budi dengan Master Kim, Eun-jae improve skills sebagai cardiac specialist dan makin berani buat keputusan untuk diri dan hidup dia. 



One's life is not about comparing yours with the others, it's about the choice you make - Master Kim
Disebabkan konflik politik makin teruk, watak Manager Jang (Lim Won-Hee) makin menyerlah bila banyak screentime tapi tak lah sampai tenggelamkan scenes medical. Walaupun lebih pendek dari season 1 tapi emosi sangat season 2 ni sebab ada beberapa watak dan kejadian yang menyedihkan melibatkan keluarga dan orang rapat. 


Lagi stress bila Master Kim tak mampu nak perform banyak surgery sebab tangan dia cedera lepas terlibat dalam beberapa accident di Doldam. Jalan cerita masih lagi menarik dengan dialog yang padu dari Master Kim. Watak Dr. Bae, Dr. Jung (Yoon Na-Moo), Mr. Park dengan Dr. Yun (So Ju-Yeon) pun ada perkembangan watak dengan garapan yang menarik. 


Wardrobe team did a great job walaupun most of the time semua watak pakai uniform kerja je tapi dari perbezaan watak, boleh nampak perbezaan tona baju. Visual team did their best just like previous season dan team music score pun best sebab season 2 ada single track dari Punch!


Hopefully ada season 3 sebab dekat hujung episod banyak kali director selit hint yang Kang Dong-joo dengan Yoon Seo-jeong akan datang balik ke Doldam. 


Even In-beom yang buat cameo pun ada mention dia akan datang balik ke Doldam. Mungkin team DRTK akan focus dengan Oddball Project dalam season 3 nanti. Tak sabar nak tengok! Hopefully director tak buang watak Dr. Bae sebab dia handsome + comel!



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

5 comments:

  1. Yes memang harap ada season 3 😍

    ReplyDelete
  2. My friend recommended me to watch it, but, I never had time for it. Now, I think, that I need to correct this situation and watch it.

    ReplyDelete
  3. wowww da habis tengok ek? kita nak ulang balik hadam season 1 dulu..haha

    ReplyDelete
  4. Baru cadang nak tengok malam nie.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!