Sunday, 22 March 2020

Drama Review : Bukan Kahwin Paksa


Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Pelakon : Kamal Adli, Hannah Delisha, Afiq Muiz, Alya Iman, Danial Dashuki, Oktovia Manrose, Jasper Supayah, Chiwan Chilok, Watie, Izzeandra, Shah Rezza
Genre : Cinta/Drama
Syarikat Produksi : Global Station
Pengedar : TV3 (Slot Lestary)
Jumlah Episod : 13 episod
Tarikh Tayangan : 7 Januari 2020
Trailer :


Drama BKP merupakan adaptasi novel karya Syamnureizmil yang diterbitkan pada tahun 2013 dengan tajuk yang sama. Izz Rizqin (Kamal Adli) dan Dara Safiya (Hannah Delisha) bersetuju untuk kahwin dengan syarat majlis simple dalam masa yang singkat – 2 minggu. 

Ni semua gara-gara nak mengelak daripada ex yang tak boleh move on. Dara nak lari dari Ryan (Danial Dashuki) yang kantoi tidur dan curang dengan Nita (Oktovia Manrose) tapi tak habis-habis nak propose Dara jadi isteri dia. 
 

Walaupun kena halau dengan papa (Shah Rezza) dan ibu Dara (Ziela Jalil), Ryan usaha jugak cari Dara dekat kedai bunga Veena (Jasper Supayah), kawan baik Dara ataupun guna trick supaya staff butik Dara, Manja bagitau schedule Dara. Ada saja helah dia asalkan dapat pujuk Dara supaya terima dia balik. 


Berbeza dengan Izz bila terpaksa undur diri dan berpindah dari Melaka ke KL untuk tengok abang long dia atau Azz (Afiq Muiz) bahagia lepas kematian isteri tercinta sampai depression. Abang long dari kecil lagi memang ada hati dengan ex Izz, Ariyana (Alya Iman). Hancur percintaan 3 tahun bila mummy Izz (Liza Abdullah) merisik Yana untuk abang long. 


Dara dengan Izz dah pernah berjumpa sebelum kahwin sebab Ryan dengan Izz berjiran sampai kenal secara tak sengaja tapi bila berjumpa  ada je yang tak kena. Masing-masing tak tahu pun yang masing-masing calon pilihan keluarga. Hari perkahwinan baru dapat tahu lepas dah selesai akad nikah. Sampai pengsan jadinya bila tengok muka pasangan.


Yana tahu Izz tak bahagia dengan Dara sebab Izz rush untuk kahwin lebih awal dari tarikh kahwin dia dengan Azz. Lagi kuat telahan dia bila Izz sendiri call meluah dengan dia tentang perangai Dara yang selalu kisahkan Ryan walaupun dah jadi isteri. Tak boleh nak marah dengan watak Yana sebab dia paling kesian bila kena buang macam tu dengan Izz. Walaupun Azz calon suami baik tapi siapa Izz nak tentukan hidup Yana? Tapi kalau Izz tak buat macamtu takde la episod dia dan Dara :')


Since I tak baca novel asal so tak tahu lah kalau drama ni ikut novel ataupun ada bahagian yang diolah tapi drama ni memang menghiburkan sebab karakter Izz yang funny. Dara more to annoying dan kinda stupid sebab banyak decision tak bijak dia buat sampai risikokan rumahtangga lepastu letak kesalahan tu dekat Izz. Watak Nita pun sama beria terhegeh dekat Ryan sampai nak jadikan suami walhal kaki mabuk, dadah pastu baran. Why jeopardize your life over scumbag?


Tengok drama ni sebab ada Kamal Adli lepas terhibur dengan karakter dia dalam drama Black. Rasa makin syok pulak tengok lakonan dia sekarang nak pulak kalau genre kelakar sebab body language dengan facial expressions dia win habis. Hannah Delisya pun bagus jugak untuk scene kelakar cuma watak dia lah annoying sangat especially scene dia gugur tu. 


Rasanya ni first time tengok Alya Iman berlakon, not bad lah tak nampak kaku. Comel je dia dengan Azz. Jasper Supayah pun sama. Tapi Danial Dashuki dengan Oktovia Manrose kena banyak polish lagi lah kalau serious dengan lakonan. Setakat muka je memang tak boleh pergi jauh.Sebelum ni terhibur dengan Chiwan Chilok dalam Langsuir, sekarang ni dalam drama BKP sebagai Eunos yang suka kacau Manja (Izzeandra). 


Tak tahu siapa penaja untuk wardrobe Dara, Vee dengan Yana but the team did great sebab semua outfit diorang cantik-cantik. Simple yet stylish. Visual team did their best and cinematography pun cantik. Music score pun best cuma lagu OST tu macam tak kena dengan cerita haha


Drama ni best la nak layan sebab watak Izz dengan Dara ada chemistry dan funny walaupun jalan cerita dia biasa dan certain scenes agak cliché. Cuma tak puas la tengok sebab pendek 15 episod je. Kan best kalau masuk slot Akasia, dapat 30 episod. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10

2 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!