Day 5 Quarantine : Games, Games, Games

Tuesday 24 March 2020

Cepat betul rasanya dah hari Ahad T.T

Nothing much pun for today. Mengadu lapar masa on call dengan mak sebab fridge makin kosong, duit pun makin habis. Time macam ni baru terasa best balik kampung dekat Baling. 

Kalau balik sana, stok beras mesti la takkan habis sebab tok kami ada bendang. Petik ulam buat kerabu. Sembelih ayam buat kari. Mesin tebu penuh satu peti ais. Haihhh duduk pekan makan asap ja la. 

Nak main game lagi satu hal, Plato dah down sebab ramai sangat yang main gamaknya. Nak tengok movie takde mood sebab movie kelakar dah tak banyak. Nampak ramai yang tengok movie selekeh makan sisa makanan dekat penjara 333 tingkat. Idk who said this tapi betul sangat apa dia kata, entah apa motif movie macam tu wujud. Banyak sangat duit engkome buat movie serupe itu.

Askar dah mula berkawal hari ni tapi keadaan masih sama. Yang degil tetap keluar entah untuk apa. Jumlah kematian meningkat 10 orang, positif covid-19 dah mencecah 1,306 orang. 

Image

Image

Petaling Jaya dah masuk zon merah. Selangor dah ada 309 kes covid-19. So far, tinggal 500 orang tabligh je lagi belum buat saringan. Buat la cepat wei, orang lain dah menangis fikir mana nak cari duit nak makan gara-gara lockdown ni. Haihhhh

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.