Friday, 27 March 2020

Movie Review : Exam


Director : Stuart Hazeldine
Writer : Stuart Hazeldine, Simon Garrity
Cast : Adar Beck, Gemma Chan, Nathalie Cox, John Lloyd Fillingham, Chuk Iwuji, Pollyanna McIntosh, Luke Mably, Jimi Mistry, Colin Salmon, Chris Carey
Production Company : Bedlam Productions, Hazeldine Films
Distributor : Indipendent
Genre : Psychological / Thriller
Running Time : 101 minutes
Release Date : June 2009 (EIFF), 8 January 2010 (United Kingdom)
Trailer :


8 orang rakyat warganegara British yang berbeza latar belakang, bangsa dan kaum terpilih untuk menduduki satu ujian kelayakan yang terakhir sebelum diambil bekerja oleh syarikat Biorg dalam sebuah bilik.


The Invigilator (Colin Salmon) menerangkan mengenai exam tersebut dan hanya satu soalan dan akan ada satu jawapan sahaja tanpa merosakkan kertas soalan yang diberikan selepas 80 minit berakhir. Sesiapa yang cuba berkomunikasi dengan pengawal (Chris Carey) ataupun The Invigilator, secara automatic akan dihalau keluar dan disqualified.


Sebaik sahaja timer start bergerak, seorang perempuan China (Gemma Chan) dihalau keluar bila dia melanggar peraturan dengan merosakkan kertas soalan untuk menulis jawapan. Tak lama kemudian, lelaki British yang melabel dirinya White (Luke Mably) bercakap dengan semua calon untuk bekerjasama mencari soalan dan jawapan sebelum 80 minit berakhir.


Dia melabelkan Brown (Jimi Mistry), Blonde (Nathalie Cox), Brunette (Pollyanna McIntosh), Dark (Adar Beck), Black (Chukwudi Iwuji) dan Deaf (John Lloyd Fillingham) sebagai nickname sepanjang peperiksaan berlangsung. Mereka cuba menggunakan teori soalan yang disembunyikan dan akan timbul menggunakan cahaya, cahaya infra ataupun cahaya tapi semuanya gagal.


Sementara semuanya bekerjasama mencari jawapan, Deaf masih kekal di tempat duduk dan seakan takut dengan hint yang dia jumpa. Deaf tak mampu bercakap dalam English dan converse sepenuhnya dalam bahasa French. Brunette terjemahkan ayat Deaf untuk bantu yang lain faham apa yang Deaf cuba sampaikan. 

Masa makin berjalan dan White makin menyakitkan hati dengan perangai superior dan guna helah supaya calon yang lain terkeluar dari exam tersebut. Black yang menyampah mula guna kekerasan terhadap White dan biarkan dia tanpa ubat sampai mula sawan.


Brown pula ugut Dark supaya reveal siapa sebenarnya dia bila Dark tahu banyak tentang CEO dan company. Brown syak dia shareholders members yang sengaja menyamar untuk tegangkan keadaan antara semua calon. Siapa yang akan lulus ujian kelayakan dan terpilih bekerja di company terkenal ni kena la tengok sendiri.


Filem yang memenangi Independent Feature Award di Santa Barbara Film Fest dan Bronze Hitchcock di Dinard British Film Festival ni mempunyai jalan cerita yang cukup ringkas dengan plot dan tema yang menarik. Bagaimana 6 orang cuba cari jalan dengan hint yang sangat minimum dalam masa yang singkat. Masa tu baru nampak perangai dan kebijaksanaan masing-masing. Suka tengok Brown, sejenis yang cool dan penuh dengan teori psikologi.


Cuma untuk diklafikasikan dalam genre psychological thriller, movie ni agak ringan bagi penggemar genre ni. Dan ending dia agak tak memuaskan bila kita tahu apa sebenarnya soalan tu. Kalau soalan tu dijawab pada waktu ianya disuarakan, apa agaknya keputusan CEO dan The Invigilator? Disqualify terus yang menjawab sebab langgar rules?


Tak puas hati jugak bila yang ada kebolehan sebenarnya White and he carry himself throughout the whole exam tapi itulah namanya nasib. Kalau I jadi CEO memang ambil White bekerja. Skills and qualities dia bagus kot walaupun dia cunning and shady. Sama je lah dengan company tu pun.  

Tapi betul la orang kata, soalan tu senang je tapi manusia suka buat teruk overthink yang penggubal soalan memang nak otak kita pecah fikir jawapan. Movie ni nampak hidup dengan lakonan Luke Mably dan Jimi Mistry. Did justice for their role, delivered with nuance. A good movie to watch. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8/10

5 comments:

  1. menarik ni...
    mau tau ni siapa yang terpilih.

    ReplyDelete
  2. intense betul citernya.. siapalah agaknya yang lulus tu..

    ReplyDelete
  3. Macam best je. nak tengookkkkkkk

    ReplyDelete
  4. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.i

    ReplyDelete

  5. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!