Monday, 9 March 2020

First Time Experience With Malindo Air

Tiga hari hilang tak update apa langsung dekat blog ataupun blogwalking gara-gara pergi company trip minggu lepas di Desaru, Johor Bahru. 

Since domestic trip my company book ticket dengan Malindo Air di Subang Skypark. Dekat sangat dengan rumah tapi silap besar nak book grab waktu tu sebab waktu orang pergi kerja. Siapa je nak layan pergi ke Skypark. 


Dari pukul 7 cari driver pun tak dapat. Nasib baik lah lawyer office duduk dekat sangat dengan rumah. Mencicit lah kitorang berlari ke departure hall sebab big boss dah cari kitorang. Nama je rumah dekat tapi yang jauh boleh sampai dulu. T.T


Look at my silly face trying my very best to explain the reason why I am soooooo late. My big boss didn't buy that silly reason. Punishment kitorang yang lambat kena belanja makan tengahari dekat Desaru nanti. Aaaaa mampossss. 



Thanks to chambees yang manage urusan beli tiket supaya semuanya smooth je. Thanks to Hilmi yang check semua orang sempat sampai sebelum final call jam 9.10 pagi. Thanks to En. Hamza & Abang Edi sebab manage luggage tanpa pecah. 


Baru awal entri tapi dah buat ucapan terima kasih hshshshs

Muka sebelum naik Malindo


Pagi tu disebabkan sampai lambat, banyak barang tertinggal, kepala otak tak lah berapa function sangat sampai tertinggal pouch ada IC, kad bank semua dekat kaunter kastam.

'Akak ada nampak tak pouch saya warna hitam merah, ada gambar gajah?'
'Ye ke gambar gajah? Sini ada gambar kucing je'

Hshshshshs sempat kak sempatttt. Nasib perasan awal sebelum naik flight. Kalau tak, memang kena tinggal lah, apa lagi. 


Dah settle part boarding pass, bergerak lah naik flight. Kapal terbang saiz kecil je sebab domestik. Sebelum ni naik Air Asia je pergi Sabah, so this is my first time experience naik dengan Malindo dan kapal bersaiz kecil. And it's not fun. At all. 


Jadi lama nak dapat seat sebab seating number terlindung dengan cover tempat letak bag. Stewardess pun tak membantu. Tapi masa balik stewardess dia bagus. Kabin dia rendah, yang tinggi tu redho lah kalau terhantuk. Kalau orang depan turunkan seat haaa redho la kau sempit. Bas lagi luas dan selesa sebab seat tak sedap. Sakit leher dibuatnya. Nak tidur pun tak best.


Thank God I bring along a novel with me. Walaupun flight sejam je tapi sempat lah habis 5 bab. Tangan sebelah pegang novel, sebelah lagi kipas tangan. Hangat baq hangggg duduk dalam flight ni. Ada ja aircond dia tapi angin tu slow gila macam angin orang nak tiup lilin. Angin orang tiup lilin pun lagi kuat gamaknya. 


Lepas sejam, dah sampai dah dekat Senai Airport lepas pilot mendarat dengan loqlaq. Dah la dekat atas ada bergegaq sikit sebab cuaca tak berapa elok. Kecut jugak lah takut terbabas. Time balik pun guna Malindo jugak. Mengucap panjang sebab bergegar teruk dekat atas. Seram sejuk bila dia buat lencongan tajam. 

Dah le duduk sebelah bilah kipas kapal. Kau ghase? Berpeluh teruk dekat seat. Boleh bertenang lagi sebab stewardess macam mannequin dekat seat dia. Kalau dia datang bagi kata semangat haaaa tu dah faham lah apa benda. Kau tinggal berdoa je. Tapi dia landing okay lah. Sejuk jugak lah hati bila tengok pilot dia. Segak! 


Sampai je dekat Senai terus keluar untuk ambil luggage dan rush keluar dari airport sebab bas nak ke Desaru dah sampai.


Dah sampai dekat Johor, big boss hantar link article yang Malindo cut 50% expenses gara-gara tourist cancel flight sebab Covid-19. Sebab tu lah aircond rasa macam angin tiup lilin andddddd pilot landing tak cun, mogok gamaknya kena cut payment. Bad experience, bad timing. 

6 comments:

  1. Tak pernah lagi naik Malindo so rasa macam interesting baca pengalaman orang naik Malindo

    ReplyDelete
  2. Kesiannya air flight punya kaki tangan. Semoga ada harapan baru for them. Syaza suka naik Malindo dari AA hihi. Tapi sejak crisis ni takde pulak la naik flight. btw, laju giler baca novel terus 5 bab sekali perjalanan. Farhana baca laju atau Syaza yang selalu baca lambat ni? ekekekeke xx

    ReplyDelete
  3. tu la, baca gak news pasal tu..kesian kat diorang, terpaksa tanggung 50% cut gaji untuk beberapa bulan akan datang...

    ReplyDelete
  4. Setakat ni pernah naik MAS dan Air Asia je. Jadi, x tahulah macam mana servis Malindo ni.

    ReplyDelete
  5. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  6. Tak pernah naik kapal terbang lagi.. Jadi Malindo ini memang reject lah kalau sempit.. Mau pengsan sebab lemas.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!