Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor Bahru

Saturday 21 March 2020

Hari kedua untuk company trip tak banyak pack macam hari pertama sebab lepas breakfast dah boleh buat aktiviti bebas. Since Hard Rock Hotel ni attached dengan waterpark, ramai yang pilih untuk have fun dekat sini lah sebab nak keluar ke tempat lain agak jauh. 

credit to China Post

Nak pergi tempat lain kena guna service Grab sebab kitorang datang dengan flight & bas. Cerita dia nak keluar duit sendiri memang tak lah. Jam 10 pagi kitorang dah berkumpul untuk beli tiket. 


Walaupun dekat board tu kena pakai proper swimwear tapi okay je pakai shirt and track. Kitorang yang masuk ramai tu pun pakai biasa je.


So this is us lining up tunggu dapat wristband dan check in. Sepatutnya ada gambar berjemaah dekat entrance tapi entah tak ada pulak yang share dekat whatsapp group haha

got mine!


Yang luas tu beach buatan like I've mentioned in earlier post. Yang boleh dengar dari bilik. 



Lepas semua dah masuk, kitorang pergi cari peta Adventure Waterpark Desaru ni sebab nak main yang ringan-ringan dulu. Mind you guys, waterpark ni antara yang terbesar di dunia so untuk mengelakkan dari penat berpusing dan bazir duit beli air, kita baca peta elok-elok. 


Dekat dengan peta tu boleh nampak zon kawasan permainan kanak-kanak. Deco cantik lah sebab combination warna fuschia pink dan hijau mint. Design dia lebih kurang dekat waterpark Melaka Wonderland. Ada bucket besar tuang air dari atas. Looks fun. 




Dekat Hard Rock ni agak mementingkan konsep reuse dan recycle so this tower mengumpulkan botol-botol yang berjaya dikutip dan dibersihkan untuk buat deco macam ni. Kalau dah siap boleh jadi cantik ni. 



Nothing much at Penawar Falls sebab attraction dia tutup untuk diselenggara. What a disappointment. 


So kitorang pergi Penawar River untuk main vevezuela. Itu je la pun yang ada and looks thrill dekat sini.


Nak naik dekat sini tak perlu usung pelampung dari bawah sebab diorang dah ada escalator khas untuk pelampung. Lepas guna just letak tepi je. Untuk main vevezuela ni kena naik 4 orang. 


Nasib baik la 4 orang sebab air dia laju dah la curam gila. Awal pagi kitorang dah menjerit habis satu Desaru dengar. Masa naik atas tak boleh bawak handphone untuk record sebab tangan memang kena pegang kuat-kuat pelampung supaya tak jatuh dan injured. Boleh letak je handphone dekat locker biar lifeguard jaga. One thing yang best dekat sini lifeguard dia the best! 


Habis dekat situ pergi bersantai dekat river pulak. River dia terpanjang lah antara semua waterpark yang I pernah pergi. Boleh pilih nak naik single ataupun berdua. Pelampung dah disediakan di bahagian tepi.


Banyak decoration cantik tapi bila dah terlampau panjang ni bosan la pulak sebab tak macam dekat Wet World Shah Alam, ada wave yang tolong tolak. Yang ni kena mendayung sendiri. Lenguh jugak lah sebab panjang. Selain decoration, ada waterfall dengan kabus tebal. Ermm no fun. 


Next, kitorang main dekat zon Kraken si sotong kurita. Yang ni extreme sikit lah sebab naik roller coaster. Obviously I didn't want to ride this sebab sejenis yang penakut. Imagine naik yang kanak-kanak punya pun dah nangis apatah lagi yang dewasa. 

But hey, sekali cuba tak cukup ye naik roller coaster Kraken ni sebab tak extreme sangat cuma kecut perut je masa dia buat belok tajam tu. Menjerit sampai hilang suara dekat sini. Naik dekat bahagian atas memang cantik sebab boleh nampak view Laut Desaru. Habis je main Kraken terus dapat aiskrim free En Usaid belanja! 

Takde gambar ye sebab handphone dekat orang lain. Dah tahu nak main waterpark boleh pulak lupa nak bawak handphone cover waterproof tu padahal dalam dashboard kereta je. Dekat sini banyak je jual tapi mahal lah sampai puluh lebih padahal benda tu 6 hengget je dekat MR DIY. Memang tak lah nak beli. 

Dekat sini tak susah pun nak cari toilet sebab kawasan dia luas. Toilet dia pun cantik. 


Bab surau tu tak pasti ada ke tak dekat dalam sebab kitorang stay dekat hotel so nak solat memang balik bilik je lah cerita dia. 


Makanan dekat sini tak la mahal sangat compared dekat waterpark lain. Maybe sebab entrance dah mahal kot. Tapi kitorang dah ada lunch so tak perlu pun nak membeli dekat sini. Lagipun bukannya lama pun main dekat waterpark ni. 

Dekat dengan beach ada cabana untuk rest tapi disebabkan attraction dekat dalam waterpark ni tak banyak pun siap ada yang tutup pulak tu, so tak ada perlunya nak rent cabana. 



Cabana dia sama macam dekat Wet World Shah Alam, ada fridge dengan bantal. Design pun lebih kurang sebab theme waterpark pun lebih kurang sama ja.


Shower dia tersorok dengan pokok so kena pandai cari lah


Dekat beach ni ada sediakan surfing jam 2 petang tapi tak join lah sebab tak pandai surf. Nak surf ni pun kena bayar RM90 per session. Ada je yang free dekat bahagian tepi waterpark. Tapi board dia half je lah, tak full board macam dekat sini. Wave dekat beach buatan ni tak best ye. Berjanggut menunggu wave keluar. Bila keluar tak best pulak tu. Sia-sia je terbakar dekat beach ni tapi tak best. 

Pendek kata waterpark sini tak best! Entrance dah la mahal sampai RM94 tapi berapa game je dapat main. Nak ulang main pun tak boleh sebab mostly nak kena berjemaah. Masuk pukul 10 lebih, dalam jam 12 dah keluar dah itupun lama sebab kitorang lepak sembang-sembang dekat pantai tu. Compared to all waterpark I've went to, this is the worst haha. Lifeguard lagi ramai dari game sampai diorang banyak kali buat training dekat pantai ni. 

Waterpark ni agak kosong la sebab tak ramai yang datang gara-gara covid-19 sebab Hard Rock Desaru ni mostly pengunjung dia dari Singapore dan China. Even kitorang stay dekat hotel sampai 3 hari pun tak dapat free entrance hmmm nasib tak datang dah lepasni. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.