Saturday, 21 March 2020

Day 3 Quarantine : Who Needs Petrol Anyway

Hari last untuk minggu pertama sesi work from home berjalan. Seksa jugak lah nak capai ke penghujung minggu sebab belum pernah work from home. Time macam ni baru rasa best rupanya pergi office walaupun stress. Dia punya pressure tu lain macam...

Since banyak negara dah lockdown dan Malaysia dengan Kawalan Pergerakan, demand untuk minyak turun mendadak so harga pun turun mendadak sampai RM1.44 seliter tapi itu lah, siapa je nak pergi berebut isi minyak dah waktu sekarang ni. Yang I refill minggu lepas full tank pun baru turun 2 bar sebab awal minggu pergi office. 
Image
Memandangkan harga petrol dah turun mendadak, harga barang taknak turun ke? Delivery charge? Like come onnnnn...

On the other hand, resipi Dagolna Coffee dah mula viral. Tak hairan lah kalau habis kuarantin nanti memasing bertambah berat. Dekat rumah takde mixer so kita tunggu je lah habis kuarantin nanti mesti ada yang jual. Beli je la nanti kalau rasa nak try. 

Image
credit to : @nshadilaz twitter

Kes covid-19 officially dah mencecah 1030 kes semalam dengan 3 kematian [Berita kematian keluar lambat sikit dari official update]. Sejak polis dah mula nak buat roadblock dan makin ramai kena serbu, dah mula ada yang mula nak pukul polis. How selfish people can be? Ada sakit taknak bagitahu, tak nak buat checkup, taknak pulak kuarantin. In times like this pun ada yang nak melepak dan travel dekat luar. 

Image

Menyusahkan orang lain je. Ada ilmu agama tinggi tu dah bagus dah tapi tak bertanggungjawab langsung. Kesian polis sampai nak kena seret dari rumah bawa suspek pergi ke hospital. Ada yang kena merayu dengan polis. Tak tahu la ajaran pintu mana yang diorang belajar sampai jadi selfish macam ni. 

Lagi geleng kepala bila baca status patient tabligh yang pergi katil ke katil berdakwah like seriously? Tak terkata bila baca status tu, belum lagi baca komen yang defend. Haihhh why? 

3 comments:

  1. Hadoh hadoh hadoh.. Parah dah dorang tabligh ni menyusahkan orang lain gamaknya.

    ReplyDelete
  2. nak keluar pun tak berani apatah ke petrol station. they said that the virus spread even faster dekat patrol station. نعوذ بالله من ذلك

    ReplyDelete
  3. setiap hari baca berita... baca betapa degil, pentingkan diri dan nak tunjuk pandai tak bertempat segelintir rakyat Malaysia ni... geram sangat.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!