Monday, 9 March 2020

Lunch Feast Di D'laksamana Seafood, Bandar Penawar, Johor

Remember I said in my previous post, siapa yang lambat kena belanja makan? Haaaa cuak tak cuak lah sebab bukan makan biasa tapi makan besar. Aje gila lah nak belanja 8 meja, 49 perut lapar makan seafood. Tapi worst case scenario pun I hulur resit dekat boss kecik lah sebab dia paling lambat sekali datang hshshshshs
 

D'Laksamana Seafood ni terletak di Bandar Penawar, sejam perjalanan dari Senai Airport, dekat je dengan laut. Memang memasing lapar sangat lah cerita dia. Rasanya dah book untuk company kitorang je masa tu sebab takde orang lain yang datang. 



Sampai je terus orang kedai hidangkan lauk atas meja. Menu makan tengahari masa tu salted egg crab, butter prawn, siakap 3 rasa (kalau menu ni betul lah), ikan merah stim, tomyam putih seafood, sotong celup tepung, kangkung goreng dengan kailan ikan masin. Drinks - jus tembikai dengan air oren. 


Seafood dekat sini semua mampat dengan isi dan segar. Puas hati makan ikan masak 3 rasa dengan masak stim. 





Sotong goreng dia bukan sotong cekodok macam selalu makan tu. Isi sotong dia liat, tepung setakat nak hadirkan rasa crunchy. Most fav! Sayangnya satu meja dapat satu pinggan je. Yang ni habis paling awal sebab sedap.



Tengok ketam besar macam ni pun dah tahu banyak isi kan? Puas la makan even ambil sebelah je. Masak salted egg dekat restoran ni sedap. Even kuah tak banyak pun tetap berasa bila makan dengan nasi sebab kuah dia pekat.


Kuah salted egg ni kalau makan dengan man tao goreng haaaa boleh menangis sebab padu gabungan rasa dua bahan ni. 



At first I thought ni sup kupang rupanya tak, ni tomyam okay. Kuah tomyam dia sedap, tapi sebab perut dah penuh memang tak mampu nak hirup banyak kuah dia. Kupang pun tak berpasir. Sedap. 



Dua jam jugak lah makan dekat sini. Dah habis makan be like......


Tak hilang lagi kenyang, ada pulak deserts  buah tembikai merah dengan kuning. Teh panas dia pun kaw. Haihhh kenapa kedai ni tak wujud dekat Subang?


Nampak tak akuarium diorang kosong? Sebab kitorang lah tu kasi licin ikan diorang hshshs



K tak tipu je, akuarium diorang memang kosong kering kontang. Anyway, bye AJ.

The eating champ of Ram Reza I bet ;)
I tak tahu harga berapa sebab bukan I yang bayar haha tapi makanan dia not bad lah cuma kena hati-hati makan dekat sini sebab dekat dengan kawasan Felda so lalat banyak. Boleh jadi lalat bunuh diri dalam lauk depan mata. Great lunch for that day. 

10 comments:

  1. Wow! Makanan dia sangat menyelerakan :D

    ReplyDelete
  2. Wow wow wow. Sedapnya semua menu dia. Berapa hengget la agaknya total. Tapi banyak lalat ek, memang kena monitor je la lauk kita tu kan

    ReplyDelete
  3. kat belah sana memang mudah nk jumpa kupang yang segar bugar, aduhla geram nengok semua menu seafood farhana nih, lapar terus perut akak tau..

    ReplyDelete
  4. okey, awak telah Berjaya mengecurkan ailio sy pagi2, hihi.

    ReplyDelete
  5. apaaaaaaa?? datang johor tak habaq nohhhh..hahahahah

    lapor nengok makanan...belum bekfes lagi ni

    ReplyDelete
  6. Ya ampun. Banyaknya fav kak ana atas ni. Terliur tgkkkk.

    ReplyDelete
  7. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  8. Adoi.. semua menu sedap-sedap.. Puas hati ini kalau dapat singgah makan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.