Thursday, 26 March 2020

Movie Review : Viceroy’s House


Director : Gurinder Chadha
Writer : Paul Mayeda Berges, Moira Buffini, Gurinder Chadha
Cast : Hugh Bonneville, Gillian Anderson, Manish Dayal, Huma Qureshi, David Hayman, Michael Gambon, Denzil Smith, Neeraj Kabi, Tanveer Ghani, Lily Travers, Om Puri, Arunoday Singh
Production Company : Pathé, BBC Films, Bend It Films
Distributor : 20th Century Fox (United Kingdom), Reliance Entertainment (India)
Genre : Romance / Drama / History
Running Time : 1hour 46 minutes
Release Date : 12 February 2017 (67th Berlin International Film Festival), 3 March 2017 (United Kingdom), 18 August 2017 (India)
Trailer :


Movie Viceroy’s House diadaptasikan dari kisah benar dari sejarah keluarga pengarah dan penulis skrip, Gurinder Chadha sendiri yang melalui zaman perpisahan antara India dan Pakistan pada tahun 1947. Diadaptasikan juga dari novel Freedom at Midnight karya Larry Collins dan Dominique Lapierre serta novel The Shadow of the Great Game: The Untold Story of Partition karya nukilan Narendra Singh Sarila.


Lord Mountbatten (Hugh Bonneville) dan isterinya, Lady Edwina (Gillian Anderson) merupakan pegawai British yang terakhir memerintah India sebelum dianugerahkan kemerdekaan. Tapi kemelut melanda bila rakyat bergaduh sesama sendiri  akibat perbezaan agama hingga terjadinya pemberontakan.


Lord Mountbatten perlu mencari kata sepakat bila ketua aktivis, Jawaharlal Nehru (Tanveer Ghani) nak India kekal sebagaimana sekarang sebagai satu negara manakala Muhammad Ali Jinnah (Denzil Smith) tegaskan yang Muslim di India selalu dibunuh sebab itu dia nak pisahkan India kepada dua dan wujudkan negara Pakistan. Mahatma Gandhi (Neeraj Kabi) pula cadangkan supaya India diperintah oleh Jinnah untuk elakkan perpecahan.

'We must rekindle the lamp of neighborliness between Hindus, Muslims and Sikhs. What we need is not reason. We need a greater force. A force that politicians seldom care to mention. Love.' - Mahatma Gandhi


Makin stress dibuatnya bila dia dapat tahu ada batu api yang menghasut beberapa pihak untuk berpecah. Untuk jangka masa pendek, perpecahan India akan bawa kebaikan tapi jangka masa panjang, banyak masalah akan timbul sekaligus memburukkan nama dia dan menggagalkan tugas dia sebagai Viceroy terakhir.


Dalam masa yang sama, di Viceroy’s House timbulnya bibit percintaan antara valet Lord Mountbatten, Jeet Kumar (Manish Dayal) dan Aalia (Huma Qureshi) yang bekerja sebagai tutor kepada anak Lord Mountbatten, Pamela (Lily Travers). Jeet kenal Alia sejak dia bekerja di penjara bila ramai tokoh terkenal dikurung akibat memberontak.

Sama juga dengan ayah Aalia, Ali Rahim Noor (Om Puri). Jeet yang bantu Aalia dan ayah dia daripada kebakaran sebab tu keluarga Aalia terhutang budi dengan Jeet.


Sayangnya cinta mereka berdua terhalang dek perbezaan agama. Aalia pula telah pun ditunangkan dengan Asif (Arunoday Singh). Lagi malang bila seluruh keluarga Jeet dibunuh di Punjab dan Aalia memilih untuk pindah ke Pakistan gara-gara takut dibunuh tapi keretapi yang dinaikinya dibom.


Walaupun movie Viceroy’s House genre sejarah dan pace yang agak perlahan tapi jalan cerita yang digarap cantik bersama beberapa konflik politik tiga negara – British, India dan Pakistan antara penguat cerita yang menarik untuk ditonton. Lakonan semua pelakon quite okayish cuma kurang emosi antara watak-watak pemimpin yang digambarkan sebagai berjiwa rakyat. Wardrobe team did their job great dengan keindahan costumes setiap watak.


Ikut movie Lord Mountbatten nampak baik ditambah pula lepas perpecahan India-Pakistan, diorang stay untuk bantu sampai keadaan reda. Ikut pakar sejarawan dan keluarga Churchill yang memerintah sebelum Mountbatten, novel yang dikarang disifatkan sebagai berat sebelah bila meletakkan sepenuhnya kesalahan pada keluarga Churchill dengan permainan politik mereka. Tapi semua pun sedia maklum dengan kekejaman keluarga Churchill masa pemerintahan di India. Novel tu pula dikarang oleh staff Lord Mountbatten that's why it's a hidden fact.


Untuk someone yang memang dah biasa dengan sejarah Partition 1947 ni, tak ada yang baru pun sebab jalan cerita lebih kurang je. Pergolakan dan kesan perpecahan negara dah memang sedia maklum dah cuma tertarik dengan kisah percintaan Jeet dengan Aalia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

1 comment:

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!