Perpustakaan Kuala Lumpur

Wednesday 25 March 2020

Cerita jalan-jalan tahun lepas baru nak update bulan ni haha

Last stop dekat Galeri Kuala Lumpur, berjalan depan sikit dah nampak Perpustakaan Kuala Lumpur yang berbentuk unik melengkung. Bahagian depan ada fountain cantik. 


Kitorang dah penat berjalan dari pagi dekat Pasar Seni so we're heading to this library untuk rest kejap. Masuk dalam pekena air-cond sejuk sebelum lunch. Akak guard agak ramah bagitahu direction dekat library ni. Dekat sebelah tepi entrance ada disediakan mini playground untuk parents yang bawa anak-anak datang sini. 

Disebabkan kitorang first time datang library ni so kena register dulu sebagai ahli. Barang letak dekat loker then pergi ke tingkat 2 untuk access bahan bacaan. Perpustakaan ni dibina tahun 1989 dan ada 9 lagi branch - Taman Tun Dr. Ismail, Jelatek, Desa Tun Razak, Gombak Setia, Pantai Dalam, Cheras, Setapak, Bandar Tun Razak dan Sentul.


Dekat lif ada direktori untuk you guys tengok certain facilities terletak di mana. Dalam library ni tak ada tandas kecuali untuk OKU. Tapi dekat je pun dengan Galeri KL, so boleh je tumpang tandas dekat sana. 


Kalau tengok dekat bahagian tepi tu ada ruang double seat warna oren kan? Tu untuk yang nak melayari Internet. Speed dekat library ni agak laju, 90mbps. Nak tengok movie dekat sini pun boleh. Tak akan timbul isu loading pun nanti. 



Actually kitorang berjalan tengok kawasan dalam ni lah mana tahu lepas ni boleh lepak sini cari bahan rujukan sebab buku dia memang banyak dari pelbagai genre. Dekat sebelah hujung sana ada rujukan bahan digital macam cakera padat kualiti blu-ray okay. Jangan pandang sebelah mata. 


Tapiiiiii section bahan bacaan fiksyen dia sikitnya! Mungkin dah banyak kena pinjam agaknya.


Ruang dia memang luas, selesa dengan air-cond yang tak sejuk sangat tak la panas sangat. Just nice je. Kalau datang berkumpulan pun tak ada masalah nak cari tempat untuk buat revision. Bilik untuk discuss dan dewan serbaguna pun tersedia. Dan kalau duduk sebelah tingkap macam brader tu boleh la tengok view dekat Dataran Merdeka.


Dekat tingkat bawah ada banyak lagi bahan bacaan.



Dah penat nak pilih buku apa sudahnya ambil buku masakan je haaa sambil rest dekat sini sementara tunggu penat hilang.


Library ni bukan setakat selesa je tapi ada beberapa spot cantik untuk ambil gambar. Rasanya diorang memang dah plan untuk touch up untuk jadi tarikan kepada anak muda supaya datang membaca dekat sini. Lama jugak Perpustakaan Kuala Lumpur ambil masa untuk siap renovation.


Tak pasti berapa lama tempoh untuk pinjam buku atau bahan rujukan yang lain dekat library ni atau berapa banyak denda diorang charge untuk yang lambat hantar. But hopefully tak ada la yang panjang tangan buat harta dekat rumah.


Dari masuk, register, guna Internet,, sewa discussion room, hall ataupun ke cafe, semuanya percuma asalkan dah jadi ahli Perpustakaan Kuala Lumpur. Best kan? So siapa yang nak buat assignment ataupun thesis, boleh la singgah sini untuk cari bahan rujukan. 

Nak datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur ni mudah je. Dari LRT Masjid Jamek berjalan kaki ke Dataran Merdeka. Sekejap je dah sampai. Tapi kalau you guys jenis jalan cepat lah. 

Waktu beroperasi Perpustakaan Kuala Lumpur : 


  • Isnin : 2.00 petang hingga 6.45 petang
  • Selasa - Jumaat : 10.00 pagi hingga 6.45 petang
  • Sabtu & Ahad : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Perpustakaan ni akan tutup pada setiap minggu pertama dan cuti umum. Kalau dah bosan lepak dekat mall, boleh datang lepak dekat sini pulak, asalkan tak bising okay. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.