Mengecewakan....

Tuesday 3 March 2020

Tahun 2017 pernah join satu contest dekat blog myr_amyra, bersempena 1st anniversarry butik IG dia bila dia offer hadiah sehelai tudung. 


And good news is, I terpilih sebagai pemenang. Siapa je tak happy kan bila join contest lepastu dapat menang tudung? Tak ingat dah tudung tu macam mana design dia ataupun warna apa. 

 

But that's not the issue lah sebab I tak kisah pun. Kebetulan tarikh umumkan pemenang tu dekat dengan tarikh birthday my mom so I was sooooooo excited bila menang sebab nak bagi dekat my mom. Tapi sayangnya I tak dapat on the said date sebab kekurangan stok. Memang dah terlepas birthday my mom tapi nak celebrate on next weekend.

Disebabkan new order 20hb je, takpe lah I tunggu raya haji je. Benda free kan, tak boleh lah nak push sangat. I faham la condition dia walaupun I rasa macam merepek la sebab patutnya hadiah asingkan la awal-awal sebelum umum pemenang. 

Tapi lepas 20hb tak ada apa-apa update, I mesej la kot lah dia terlupa. 


Tapi muncul pula alasan kedua bila supplier dia outstation. Alasan ketiga masuk sekali sebab lady boss dia tengah busy dengan wedding preparation. Yet again, I terpaksa lah faham keadaan dia. Panjang dia karang boleh nampak la kot yang dia betul-betul tak sengaja. Benda free kan, tak boleh push sangat. 



Dari 2017 membawa ke 2018 tapi senyap sunyi. Lama benar supplier dia pergi outstation sampai tak balik. Bila tengok post giveaway pun dah padam. Post dekat IG pun sampai tahun 2018 je. Hantar mesej pun seen je.


Bila dah seen tu kita faham lah yang dia taknak bagi pun hadiah tu. Apa la guna lagi meminta macam peminta sedekah kan? Sedih sebab kena tipu satu hal, tak dapat nak bagi hadiah satu hal. Bila orang dah berjanji nak bagi, kita pun berharap la yang kita akan dapat. Lepas dari kes ni, kalau join contest/segmen/giveaway memang setakat join je, nak support tuan empunya. Bukan setakat blog, twitter, fb dengan IG memang tak join lah sebab dah malas dah. Kalau ada, ada lah. Takde sudah. 

12 comments

  1. Tak pernah lagi kena macam ni, and berharap takkan terkena. Part tak boleh blah tu tak reply langsung sampai masuk tahun lain. At least mintak maaf ke apa ke hmm.

    ReplyDelete
  2. Kinah pernah kena tapi dekat fb la. Katanya dah post tapi tak sampai-sampai. Dua kali tanya jawapan yang sama malas dah nak tanya. Anggap je la bukan rezeki..sejak hari tu, malas dah nak join mana-mana contest dekat fb haha

    ReplyDelete
  3. aduhaiii memang mengecewakan! dah lah tak tepati janji, lepastu hilang macam tu je. tak bertanggungjawab langsung.

    ReplyDelete
  4. alasan yang tak boleh di terima akal, dah kalau nak buat giveaway dan hadiah tudung patut dah ada tudungnya siap-siap tinggal nk bagi je... ni tak, memang kene black list lah... patut lama dah farhana up pasal benda nih...

    ReplyDelete
  5. La hai kesiannya.. pernah juga menang GA, sampai sekarang tak dpt2 hadiah. Tapi kes ni mesti lg frust sebab nak bg hadiah tu kat ur mom. Wlpn sekadar GA tapi kira menipu juga ni. Sebab bila join, kita bantu promote biz dia. Tapi dibalas sebegini. mmg tak patut. Sabar ya dear..

    ReplyDelete
  6. Ada juga terkana dua, tiga kali tapi macam Farhana cakaplah.. Malas nak mengemis.. Kalau ada-adalah.. kalau tak ada abaikan je..

    ReplyDelete
  7. cik nor tak join sgt ga mcm2 ni takut kna tipu..huhu

    ReplyDelete
  8. Kalau dah bluetick tu memang dia tak nak bagilah. Saya join GA/segmen dari rakan2 blogger yang rapat je.

    ReplyDelete
  9. memang dasar munafik pompuan tu. Semoga Allah menurunkan bala kpdnya nanti.

    ReplyDelete
  10. adeiii ada pulak macam tu ekk..mana boleh, patutnya hadiah da asing awal2 da...

    ReplyDelete
  11. Mula2 baca intro, akak nak komen tahniah. Tapi bila baca tahun 2017 tu rasa pelik. Awat yang lama sangat, rupanya hadiah tak dapat2..sabar je la. Kalau macamni better tak payah bagitau jadi pemenang. Taktau lagi bagus dari tau..hurm. Nurzarini

    ReplyDelete

  12. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.