Friday, 24 April 2020

Movie Review : Goodachari


Director : Sashi Kiran Tikka
Writer : Adivi Sesh, Abburi Ravi (dialogue)
Cast : Adivi Sesh, Sobhita Dhulipala, Madhu Shalini, Prakash Raj, Jagapathi Babu, Vennela Kishore, Supriya Yarlagadda, Madhu Shalini
Production Company : Abhishek Pictures, People Media Factory, Vista Dream Merchants
Distributor : AK Entertainments
Genre : Action / Thriller
Running Time : 147 minutes
Release Date : 3 August 2018
Trailer :


Mengisahkan tentang Arjun Kumar atau nama sebenarnya Gopi yang tinggal dengan ayah angkat dia, Satya (Prakash Raj), bekas ejen lepas kematian ayah kandung dalam kes encounter RAW dan Al-Mujahideen. Satya pindah ke Rajahmundry dan tukar identity Gopi untuk elakkan dari bahaya. 


Everything went well tapi bila besar Gopi (Adivi Sesh) nak join semua ejen perisik di India untuk ikut jejak langkah ayah kandung dia walaupun ditegah oleh Satya. Dia tipu macam mana pun Satya tetap tahu niat Arjun sebab dia ada kenalan dalam Trinetra. Sudahnya Satya biar Gopi join Trinetra dan Gopi lulus ujian kelayakan dengan number ejen 116. 


Dalam masa yang sama Gopi bercinta dengan Dr. Sameera Rao (Sobhita Dhulipala) dan nak berkahwin tapi malangnya lepas majlis perlantikan, Sameera ditembak oleh sniper dan Gopi diserang oleh askar Al-Mujahideen. Menteri Archarya pula dibunuh di tempat awam sebelum sempat bercakap dengan Gopi tentang kod rahsia. 


Satya dapat agak Arjun diperangkap oleh Al-Mujahideen tapi dia tak sangka secepat itu tambah pula bila laluan menteri dan event cuma diketahui oleh pihak Trinetra sahaja. Nadiya Qureshi (Supriya Yarlagadda) ambil alih kes dan buru Gopi bila senapang dan motor Gopi ada di tempat kejadian. Siapa dalang kejadian yang nak perangkap Gopi ni, kena la tengok movie Goodachari. 


Jalan cerita Goodachari mungkin lebih kurang sama dengan jalan cerita spy yang lain but it still engaging to watch sebab pace movie ni agak laju dengan banyak plot twist menarik. Tambah pula bila lakonan Adivi Sesh mantap dengan action stunt yang kemas dan sharp. 


Bak kata Shyam (Vennela Kishore), jangan expect movie ni macam James Bond 007 sebab budget diorang rendah je haha. But it’s true sebab sepanjang movie ni Gopi tak guna hi-tech weapon ataupun hack sana sini macam kita biasa tengok. Dia cuma guna action stunt and some clues yang ada di sekeliling dia. Tambah pula bila plot tempat semuanya di kawasan luar bandar atau kawasan terpencil. Brilliant! 


I think ni movie pertama dari industry Telugu and quite surprised dengan movie ni sebab lakonan bagus. No wonder lah movie ni blockbuster. Shobita looks pretty and did justice for her character. Adivi Sesh memang berbakat dalam lakonan especially bila dia deliver watak dia sebagai seorang anak yang rindu dengan ayah dia. Bila dia buat kelakar pun menjadi sebab body and facial gestures dia kena dengan situasi. 


Same goes to supporting character except for Madhu Shalini sebagai Leena. Watak dia ada crush dengan Gopi masa dalam tempoh training and second half pun dia muncul untuk tolong Gopi di Bangladesh cuma sayang lah watak dia tak dikembangkan lagi sebab Adivi nak watak hero sahaja yang menyerlah. It would be great kalau Leena pun perform action stunt masa lawan Khan dekat salah satu safe house Al-Mujahideen.  Leena pun lulus ujian sama dengan Gopi so why not bagi dia ruang kan? 


Since movie Goodchari blockbuster, tak salah kalau berharap untuk franchise Goodchari kan? Plus dekat hujung movie Gopi ditugaskan ke tempat lain untuk misi baru. Plus he looks damn hot in that suit. 


Kalau Bollywood nak remake movie ni please ambil Sid Malhotra berlakon sebab dalam movie A Gentleman Sid jadi spy handsome jugak. Action stunt dah sah lah mantap sebab dalam movie Brothers pun dia dah trained untuk martial arts scene. All in all, this movie is a must watch! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9.4/10

4 comments:

  1. Nak tengoklah.. Suka pelakon ini lepas tengok ada satu filem lakonan dia.. TQ Farhana.. Masuk list ini..

    ReplyDelete
  2. Suka tengok filem ala2 detektif ni kan tak kira la bajet murah ke mahal. Sebab sepanjang filem tu buat kita tak sabar dan suspen je nak tahu. Otak pun bergerak memikir best woo

    ReplyDelete
  3. Tgk poster mcm.jamea bind jln cite punmpasal perisik

    ReplyDelete
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!