Saturday, 18 April 2020

Movie Review : Rasuk


Pengarah : Ubay Fox
Penulis Skrip :  Alim Sudio
Pelakon :   Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta, Josephine Firmstone, Ninok Wiryono, Weni Panca
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 28 Jun 2018
Syarikat Produksi :  MD Pictures, Dee Company
Pengedar : MD Pictures
Trailer :


Diadaptasikan dari novel best seller dengan tajuk yang sama, Rasuk karya Risa Saraswati yang diterbitkan pada tahun 2015. Penulis Risa Saraswati ni agak terkenal dengan kebolehan bercakap dengan makhluk halus. Ada juga lagu dia ditulis dari pengalaman dia di alam mistik. Tak pasti kalau Rasuk ni antara salah satu dari pengalaman sebenar dia juga.

Namaku Langgir. Langgir Janaka lengkapnya. Nama yang aneh, seaneh jalan hidupku. Sial, seperti nasibku.

Langgir Janaka (Shandy Aulia) benci dengan hidup dia yang dia anggap sebagai sial lepas kematian ayah kesayangan dia masa sekolah rendah bila dilanggar dengan bas. Kejadian tu berlaku di depan mata Langgir sendiri. Ibu dia salahkan Langgir atas kematian suaminya dan berkahwin lain. sakit hati Langgir bila ibu dia ambil keputusan untuk jual rumah supaya dapat duit beli barang keperluan adik tiri dia, Borneo Bakula.


Langgir tak suka sangat melepak dengan geng Putri Sejagat - Lintang Kasih (Josephine Firmstone), Sekar Tanjung (Gabriella Desta), dan Francisca Inggrid (Denira Wiraguna) sebab dia rasa hidup diorang bertiga bertuah dan mempunyai keluarga bahagia. Dia suka keluar dengan Abimanyu (Miller Khan) dan dalam diam Langgir suka dengan Abimanyu.


Sebelum Lintang pergi ke Singapura, mereka berempat vacation di Vila Karma Rinjani. Abi Manyu buat surprise datang last minute tapi Langgir dapat tahu yang Abimanyu bercinta dengan Inggrid. Dia mengamuk dan lari keluar ke hutan untuk balik rumah.


Dalam masa yang sama Lintang dirasuk oleh roh jahat Kumalasari (Weni Panca) yang nak badan untuk dia hidup kembali dengan bantuan ilmu sihir hitam ayah dia, Rudi. Abimanyu yang keluar mencari Langgir diganggu roh Kumalasari lalu cedera. Nasib dia baik bila terjumpa dengan sekumpulan orang masjid lantas minta pertolongan dengan Ustaz.


Sudahlah jalan cerita movie ni klise, sakit hati pula dengan beberapa plot yang mengarut. Tak pasti umur Langgir dan geng dia ni berapa sebenarnya. Mungkin baya budak kolej tapi kepala otak Langgir ni sewel agaknya. Dengan baby pun dia nak berdendam. Bakula huh pun dikatanya mengejek. Ayah tiri dia pun tak sudah cuba pujuk dia tapi tetap dianggapnya jahat. Tak ada scene yang nampak hidup Langgir tu malang. Elok je kekdahnya.


Kalau dia rasa keluarga dia menyakitkan hati, kenapa dia tak pindah keluar je duduk asrama? Kalau dia rasa geng Putri Sejagat tak bagus di mata dia, kenapa tak kawan dengan orang lain je? Semua ni bukan masalah pun tapi mengada dia je rasa dunia ni berputar berpaksikan kehidupan dia. Susah nak simpati dengan watak utama. Rasa menyampah ada lah. Cuba jugak nak faham tapi eh tak boleh lah!
kok salah guwe???
Sakit hati bila dia marah dengan Abimanyu dan Inggrid sebab bercinta padahal tak ada seorang pun yang tahu dia suka Abimanyu. Eh Abimanyu pun tak tahu masalahnya. Dia ingat semua orang ada sixth sense gamaknya. Dah la keluar pergi hutan tengah malam padahal nak sampai ke vila tu pun dari pagi membawak ke malam baru sampai sebab sesat. Kawan-kawan dia makan pun belum lagi tapi dia dah buat drama dia menyusahkan semua orang.


Awal cerita Lintang bagitahu yang Vila Kamar Rinjani tu projek resort pakcik dia sampai beli tanah 10 hektar dekat situ tapi dia tak buat homework dulu ke sebelum pergi? Takkan lah pakcik dia tak tahu kenapa vila dia tak ramai yang nak book walaupun cantik. Merepek. Jambatan runtuh pun pakcik dia tak ambik port eh.


Plot masa dia agak tak logik lah sebab vila tu dalam hutan tapi boleh pulak Langgir balik rumah masa kena rasuk dengan Kumalasari. Tapi yang tak logiknya bila Sekar dengan ibu Kumalasari, Rosita (Ninok Wiryono) yang lemah dan berpapah tu pun boleh sampai ke rumah Langgir, tak lama pun lepas Langgir dan kawan-kawan yang lain. Apo?


Visual movie keren tanpa visual effect dan music score merepek even sinomatografi dia cantik. Part seram memang menjerit lah sebab dah serupa thriller dah gaya dia nak membunuh sana sini. Sayang lah sebab penulis skrip ni bukan kaleng-kaleng orang. Kalau bosan pun tak perlu lah tengok movie ni. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.1, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 2.8/10

5 comments:

  1. Alamak.. Watak utama yang tak boleh blah namanya nie.. hehehe

    ReplyDelete
  2. cerita indo genre ni mmg byk yang tak masuk dek akal, especially bab masuk hutan, rmh vila dlm hutan. dh tau berhantu watpa nak tunggu. dulu suka tengok lelama rasa tertipu. malas dah nak layan. merajuk arr..

    ReplyDelete
  3. alaa,baru ingat nak tengok sebab ada miller khan ni!

    ReplyDelete
  4. cerita seram lagi ni..hahahahha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!