Movie Review | Indigo: What Do You See? (2023)

Sunday 10 March 2024


Pengarah: Rocky Soraya 
Penulis Skrip: Riheam Junianti, Rocky Soraya  
Pelakon:  Amanda Manopo, Sara Wijayanto, Nicole Rossi, Aliando Syarief, Ryuken Lie, Khadijah Aruma
Syarikat Produksi: Hitmaker Studios, Legacy Pictures
Pengedar: Suraya Filem, GSC Movies, Cathay Cineplex, Netflix
Genre: Seram / Thriller
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2023 (Indonesia), 26 Februari 2024 (Netflix)
Trailer:


Indigo ialah manusia yang mempunyai deria keenam di mana dia boleh melihat atau mendengar suara makhluk halus. Tak semestinya Indigo boleh melihat masa sekarang, ada juga yang mendapat bayangan apa yang berlaku pada masa akan datangnya dan ada pula yang boleh mengetahui masa silam. 

Naskhah Indigo arahan dan penulisan Rocky Soraya menyingkap kisah dua beradik – Zora (Amanda Manopo) dan Ninda (Nicole Rossi) yang diganggu oleh hantu perempuan yang kuat dan sering mencederakan mereka berdua sejak kecil. 


Awalnya Sekar (Sara Wijayanto) dipanggil oleh pasangan suami isteri jutawan untuk datang ke rumah mereka supaya merawat anak mereka, Zora (Amna Hasanah Shahab). Sekar memaklumkan Zora adalah Indigo dan cara untuk dia menghalang gangguan tersebut adalah dengan membataskan kuasa Zora dengan menutup mata batin. Sangka mereka gangguan tersebut akan berhenti di situ namun hal yang sama berlaku kepada Ninda. Semakin teruk gangguan tersebut bila dia menginjak remaja. 

Filem seram terbitan Hitmaker Studios dan Legacy Pictures mempunyai plot utama yang lebih kurang sama dengan karya-karya Rocky Soraya sebelum ini tapi dengan penceritaan yang lebih bagus dan mendalam. Semua watak dikembangkan dengan baik walaupun menggunakan latar masa yang lebih lama tempohnya. Penceritaan bersilih ganti antara flashbacks dan penceritaan beberapa watak tapi transition berlaku dengan cemerlang tanpa mengganggu mood penceritaan. 


Kalau selalu layan sutradara Rocky Soraya mesti tahu siapa Sara Wijayanti sebab dia berlakon dalam franchise The Doll (2016) jadi bukan sesuatu yang baru lah tengok lakonan dia dalam Indigo: What Do You See?. Dalam babak flashback, Sekar ceritakan tentang pengalaman dia dengan suaminya, Anwar tu macam lebih kurang sama dengan The Conjuring. Bukan tiru tapi vibe tu sama sebab pasangan suami isteri ada kebolehan yang sama membantu orang lain yang diganggu makhluk halus. Dalam dunia sebenar, Sara seorang saja yang ada kebolehan tu sementara suami dia jadi produser. 

Tak pasti kenapa Rocky Soraya masukkan elemen drama dari angle Sekar dan keluarga dia. Mungkin dalam sekuel nanti keluarga dia pun akan terlibat juga. Filem ni pun berpotensi untuk jadi universe sendiri and I hope it will be a lengthy universe compared to The Doll sebab seronok tengok kebolehan Indigo terutamanya Ninda yang boleh nampak masa depan. 


Lakonan Amanda dan Nicole antara yang cemerlang dalam naskhah Indigo sebagai barisan utama selain Sara Wijayanti. Bonding sebagai adik-beradik pun nampak natural onscreen. Lakonan Ryuken Lie juga menyerlah di separuh masa kedua. Sayang juga lah bila Aliando Syarief tak mampu nak catch up tempo pelakon-pelakon lain sedangkan watak dia ada banyak screentime juga dari awal filem. Mungkin juga sebab terbatas dengan ruang yang diberikan oleh penulis tapi ada masanya nampak sangat canggung bila berkongsi screen dengan Amanda. 

Bab sinematografi untuk naskhah seram terbaru ni, I personally suka dengan khidmat CGI yang dimasukkan untuk mengukuhkan lagi suasana seram dalam beberapa babak. Sama juga untuk babak time travel yang dialami oleh Zora. Walaupun ada juga babak seram yang dibuat-buat macam babak Ninda nampak Widuri (Rina Ritonga) di ampaian. Annoyed dengan format tipikal yang pengarah guna sebab keluarga jutawan tapi tak ada dryer. Lepastu kalau guna cadar mesti warna putih. Boleh je letak cadar warna merah sebagai simbolik kemarahan Widuri. 


Selain bertemakan manusia Indigo, filem ni juga mengetengahkan amalan syirik yang dilakukan oleh manusia di mana berlandaskan sifat tamak. Nampak macam ekstrem tapi tak mustahil sebab ritual pemujaan bukan sesuatu yang janggal pun berlaku di mana-mana negara. 

Indigo: What Do You See? mungkin bukan selera semua orang lah sebab franchise The Doll pun tak lah popular sangat sampai jadi sebutan tapi I memang suka dengan vibe filem seram dari Rocky Soraya sejak The Doll dan Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur (2018), so it’s a yes to me. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.1/10

1 comment

  1. Ok saya masukkan list. Ntah kenapa kalo ada sara wijayanto, saya suka, Krn memang di real life dia termasuk indigo. Apalah ya rasanya menjadi indigo ini.

    Soalnya dulu salah satu asisten saya ada yg indigo. Dan dia suka cerita Bbrp makhluk yg dia lihat dalam rumah saya kak 🤣🤣. Bayangkan, saya yg tadinya tak tahu soal itu, setelah diksh tahu jadi seram hahahahha.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.