Movie Review : Suzanna : Bernapas Dalam Kubur

Sunday 30 June 2019


Pengarah : Rocky Soraya, Anggy Umbara
Penulis Skrip : Bene Dion
Pelakon : Luna Maya, Herjunot Ali, Clift Sangra, Teuku Rifnu Wikana, Alex Abbad, Verdi Solaiman, Kiki Narendra, Asri Pramawati, Opie Kumis, Ence Bagus
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 120 minit
Tarikh Tayangan : 15 November 2018
Syarikat Produksi : Soraya Intercine Films
Pengedar : Netflix
Trailer :

Tahun lepas ramai yang suggest layan movie ni sebab best but little did I know movie ni merupakan tribute kepada Ratu Horror Indonesia, Suzanna yang meninggal pada tahun 2008. In case you guys didn’t know who, Suzanna ni famous dengan movie Sundel Bolong. 


Movie Suzanna Bernapas Dalam Kubur ni sama macam siri sundel bolong yang lain, mati ketika mengandung. Kejamnya kisah pembunuhan Suzanna (Luna Maya) ni bila sekumpulan pekerja kilang Satria (Herjunot Ali) – Umar (Teuku Rifnu Wikana), Jonal (Verdi Solaiman), Gino (Kiki Narendra) dan Dudun (Alex Abbad) datang untuk mencuri barang perhiasan dan kereta Satria bila geram gaji tak dinaikkan walhal baru naik 3 bulan lepas.


Plan yang dirancang rapi tu gagal bila Dudun bersungguh nak curi piano besar dan secara kebetulan Suzanna balik ke rumah seorang diri lepas mual tengok scene perut berulat. Jonal yang berdendam dengan keluarga Satria nak serang Suzanna. 

Tapi dihalang oleh Umar yang obsess dengan kecantikan Suzanna. Selepas beberapa kali bergelut, Dudun secara tak sengaja tertikam perut Suzanna dengan buluh. Umar ajak yang lain gali lubang untuk tanam Suzanna. Tak mungkin lah nak hantar ke hospital walaupun Suzanna masih hidup lagi. 


Sakit hati dengan 4 watak ni sebab Satria dan Suzanna tak kacau hidup diorang pun. Ye betul Satria taknak naikkan gaji tapi muka yang sama je minta naik gaji padahal kerja malas. Suzanna pun tak nampak muka diorang masa ceroboh masuk tu. Boleh je kalau dorang lari. 


Masa tengok movie ni teringat dengan movie Sundel Bolong tahun 90-an dulu sebab watak sundel bolong pun dibunuh dengan kejam tapi tak mampu nak berpisah dengan suami tercinta lepas dendam dia habis. Thank God movie ni happy ending. Thanks team Suzanna!

Movie SBDK masih lagi mengekalkan konsep sundel bolong terjadi bila ada dendam yang belum terlunas di dunia bila dia dan anak yang dalam kandungan dibunuh. Cuma bezanya, pengarah nak sundel bolong baru ni fokus dengan dendam dia je dan tak ganggu manusia lain which is good. 


Pengarah memang sengaja letak scene kelakar dalam movie and yes it was such a delight entertainment. Watak Suzanna tak seram mana, lebih kurang Hantu Kak Limah je. Ada masa dia seram, dia seram lah. Ada part yang kelakar memang kelakar cuma kalau lemah semangat jangan tengok la movie ni sebab cara dia bunuh tu agak kejam. Dah serupa Final Destination/Saw dah.


Though its gory tapi I puas hati diorang kena bunuh kejam macam tu. Memang itu la yang selayaknya kan? Darah dibalas dengan darah. 

Lakonan Luna Maya dalam movie ni agak awkward bila dia berlakon sebagai Suzanna sebab makeup protestik banyak sangat. Dia nak gerakkan mulut pun susah so banyak scene you guys akan tergelak tengok dia je. But like I said earlier, you guys akan teringat dekat arwah Suzanna sebab fizikal, intonasi, dan body language memang sama. Luna practice lama untuk hidupkan watak Suzanna. Terbaik!


Yang banyak menghiburkan pula datang dari tiga watak pembantu rumah Suzanna dan Satria - (Asri Welas), Tohir (Ence Bagus), dan Rojali (Opie Kumis). Paling ngakak bila tiga watak ni cuba merungkai betul ke Suzanna dah jadi sundel bolong. 


Just like Pengabdi Setan, team wardrobe dan setup untuk team tahun 80-an menjadi ya dengan gaya rambut, wardrobe of course, peralatan, susun atur dan deco semuanya nampak real onscreen. Visual pun cantik cuma scene Suzanna nak bunuh Jonal tu terlampau gelap. Walaupun movie ni movie hantu tapi congrats to the team tak bergantung dengan scene gelap yang cliché untuk hadirkan rasa seram cuma scene Jonal tu dan beberapa scene je. 


Dekat hujung movie ada lagu Satria-Suzanna bertajuk Selamat Malam tapi sayangnya director tak letak dari awal cerita setiap kali scene diorang berdua keluar. Untuk movie ni Luna Maya yang nyanyikan kembali soundtrack famous Vina Panduwinata, release tahun 1987 yang juga dibikin khas untuk franchise Sundel Bolong. 


Chemistry Luna Maya dengan Herjunot Ali pun cantik onscreen cuma tu lah, bila close up dia bikin ngakak. Dalam movie ni suami Suzanna ada buat cameo sebagai bos Satria. Bos dia la yang hantar Satria pergi Jepun. Kalau dia bawak sekali, kita tak perlu sedih tengok scene Suzanna dengan Satria terpaksa berpisah di dunia nyata. 


All in all, I have fun watching this movie especially scene Suzanna panggil Dudunnnn....

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.7 = 8.3/10

2 comments

  1. Teringat zaman filem sundel bolong ni femes dedulu. Kak ana one of the fan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.