Telemovie Review | Derita Pia (2019)

Sunday 9 June 2019


Pengarah : Jinggo
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Pelakon : Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 80 minit
Tarikh Tayangan : 7 Jun 2019
Syarikat Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Tayangan : TV3 Istimewa Aidilfitri

Tak tengok sebenarnya drama Pia ni tapi dua episod akhir tu tengok macam tu je lah sebab dekat rumah mak ada TV lepastu family layan so kita sangkut sekali. Masa Derita Pia ni tayang pun tengah lipat baju haaa terlayan sekali lah.


Derita Pia ni sambungan kepada drama Pia tapi macam tiba-tiba je cerita dia dah start dengan Zafran kahwin dengan Qis padahal masa dalam drama beria Qis menangis depan Zafran kabo diorang dah tak ada jodoh dan dia redho.

Zafran pulak kemain eh haritu minta peluang kedua dekat Pia sampai mabuk, accident lepastu buta tiba-tiba nak Qis jadi bini kedua. Lelaki jenis tak bersyukur ni memang kecacatan tu bukan penghalang pun. Paling menyampah bila dia sembang pasal adil padahal keluar rumah pun tak mampu nak bagitahu isteri. Nak jaga hati isteri pun tak pandai ada hati sembang adil.


Menyampah gila dengan Pia sebab bagi peluang kedua dekat Zafran padahal dia jugak yang sakit. Baik dia bawa Budi tinggal je dekat Dubai sana. Sembang sedih tapi bila Zafran minta maaf terhegeh jugak dia maafkan. Yihhh sakit hati!

Qis taknak gaduh tapi bila Makngah hasut tak ada pulak dia nak melawan. Menyampah tengok watak dia tak sudah-sudah call Zafran suruh balik rumah bila ada masalah jadi suruh Zafran settlekan. Kau settle lah sendiri bukannya susah sangat pun.


Budi pun satu hal jugak makin naik kepala suka hati sepahkan rumah. Dah tahu Makngah tu jahat, dia pun nak jugak cari pasal. Memang patut lah kena marah tapi part mendera tu melampau jugak lah.


Tak tahu kenapa pengarah drama Melayu ni suka beno watak terlebih baik macam lah rakyat Malaysia ni dikurniakan kesabaran setinggi Pia ni. Beria lah tunggu balasan dekat Makngah yang jahat tapi sudahnya elok je dia bahagia dapat kemaafan.


Cerita ni kalau ada yang interpret mesej pengajaran ‘tak ada masalah jadi jahat sebab orang baik akan sentiasa maafkan’ tu memang tak heran tau. 

'Kekurangan organ Pia melengkapkan kebahagiaan Zafran dan Qis'

'Kekurangan Budi melengkapkan kebahagiaan Mak Ngah sebagai OKU pembuli'


Lepas tengok telefilem Derita Pia ni memang tak lah nak tengok drama Pia, buat bazir masa je. Dah tahu ending satu hal. Siapa entah come up dengan idea untuk telefilem ni sudahnya caca marba je. Yihhh!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought 0 = 4/10

7 comments

  1. Hmm sakit hati dengan semua watak tu
    Pia - mudah betul memaafkan kesalahan Zafran
    Zafran - tak reti nak bersyukur dapat isteri yang baik macam Pia. Suka buat keputusan melulu tanpa usul periksa
    Budi - kesian sangat dengan dia. Kematiannya tak terbela
    Makngah - Sebelum ni dah mintak maaf dah dengan semua orang. Ni buat hal lagi, tak serik-serik
    Qis - dah tau Zafran tu suami orang nak jugak dengan Zafran tu. Aritu kata Redha tak de jodoh

    Kesimpulannya, hidup Pia menderita hingga akhir hayatnya.

    ReplyDelete
  2. Saya tengok sekejap sebab ada orang yang tengok cerita ni. Tapi disebabkan rasa stress dengan watak-wataknya, terus tak tengok dah😅.

    ReplyDelete
  3. Mentang2 tajuk derita, mmg derita je... dhla budi mati, pia mati... makngah yg jht tu xjd apa... zhafran pun sama... mmg sakir ati nengok, kebetulan tgk yg ep last tu

    ReplyDelete
  4. tak best ending nya.patut nya mak ngah je yg mati

    ReplyDelete
  5. Part Pia yang terlalu baik tu memang tak setuju sangat-sangat.. Walaupun tak tengok tapi tak berkenanlah jadinya nak tengok..

    ReplyDelete
  6. anak ayu suka tul layan cita Pia ni. siap nangis2 la plak.
    Ayu memang tak la..dgr2 mcm tu je, dia cerita.
    klishe sgt

    ReplyDelete
  7. citer ni ada drama nyer kan?
    aida tak tgk. terus tgk telefilem ni.
    sedih!
    ending nyer sayu. tapi tu la, what happen to mak ngah, tak plak dipaparkan.
    tergantung di situ.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.