Tuesday, 25 June 2019

Bebo : The Bollywood Diva

Since ramai yang request sembang pasal Bebo ni, up dekat Twitter and dekat sini sekali.


1. Bebo

Dapat banyak soalan kenapa Kareena Kapoor digelar Bebo? Why Bebo? 
Nama Kareena tak ada makna tertentu pun. Babita suka dengan nama watak Anna Karenina dalam novel yang dia baca so dia letak nama Kareena untuk anak bongsu dia.


Sama jugak lah dengan nama Bebo tu pun sebab dia nak cari nama yang rhyme dengan Lolo. Lolo pun dia dapat sebab dia main petik dengan suami dia, Randhir out of boredom.

Berbeza dengan Lolo yang introvert, Bebo lebih direct dan honest. Dia tak kisah pasal orang lain atau benda lain. Dia enjoy buat apa yang dia suka. Dari kecil lagi dia dah berangan nak jadi pelakon.


2. Education Level

Bebo ambil kursus 3 bulan microcomputers dan IT dekat Harvard University  walaupun dia rasa computer ni something yang membosankan. Dia balik India ambil kos undang-undang di Mumbai. Separuh jalan je dia study sebab dia nak debut dekat Bollywood.


3. Career

Dilahirkan sebagai generasi ke-4 Prithviraj Kapoor, Bebo dah familiar dengan set lakonan, onscreen and offscreen characters, interviews, stardom etc. For her, life is drama and she is the heroine.


Sepatutnya Bebo debut dalam movie Kaho Naa..Pyar Hai tapi Babita rasa watak tu ada something yang kurang so dia advice Bebo berlakon dalam Refugee which more intense and performance-oriented role.


Bebo famous dengan watak Poo dalam K3G dan bakal buat web series untuk karakter Poo under Dharma Production. Nak kenal watak Bebo, tengok je Poo sebab KJo dapat inspirasi watak Poo bila dia nampak Bebo dan discuss dengan Manish untuk wardrobe.


Sepanjang career dia, Bebo dah berlakon sebanyak 60 movies termasuk cameo dan special appearance walaupun Bebo dilabel sebagai memilih director dan hero. Berbeza dengan actress lain, Bebo lebih suka ikut instinct dia dan paling tak suka rehearsal. Dia jenis yang spontan supaya nampak natural onscreen.

Bebo tercalon dalam 13 kategori award Filmfare dan menang 6 award antaranya Best Female Debut (Refugee), Best Actress (Jab We Met), Best Actress Critics (Omkara & Dev), Best Supporting Actress (We Are Family) & Special Award (Chameli).


Watak Geet dalam Jab We Met dan watak Chameli tersenarai sebagai Top 100 Iconic Characters in Bollywood of All Time.


4. Reject Movies

Bebo terkenal dengan bantu pelakon lain cari makan bila dia reject banyak movie hit dalam career dia. Ada yang dia terpaksa reject sebab masalah lain, ada yang dia menyesal & ada yang dia tak kisah pun hit dekat BO.


i - Kal Ho Na Ho

Bebo demand fees tapi KJo tak mampu nak bagi sebab lari budget. Bebo tak yakin dengan Nikhil sebagai pengarah and nak berlakon bawah KJo. Even Bebo dengan KJo dah berbaik tapi Bebo tak suka dengan Preity lepas watak Naina agak famous lepas movie KHNH hit.


ii - Hum Dil De Chuke Sanam
Watak Aishwarya dalam Hum Dil De Chuke Sanam untuk Bebo tapi Bebo reject sebab dia nak pergi ke Harvard.

iii – Devdas
Tahun 2002, Bebo keluar dari Devdas sebab Babita rasa Bebo terlalu muda untuk lakonkan watak Paro

iv - Ram Leela 

Reject watak Leela sebab watak tu tak meyakinkan so dia tarik diri 10 hari sebelum shooting.


Movie lain, Kaho Naa..Pyaar Hai, Fashion watak Meghna, Page 3, Black, Chennai Express, Queen, Dil Dhadakne Do watak Ayesha, Bajirao Mastani watak Mastani.

5. Controversies

- Catfight dengan Bips


Tahun 2000, Bebo pernah bergaduh dengan Bips disebabkan berebut dress Vikram Phadnis. Sepanjang interview untuk promo events Ajnabee, penuh dengan kutuk dan perli. Sampai satu tahap Bips sembang panjang dalam interview lepas Bebo label dia kucing hitam. Lepas interview tu Bebo kata Bips tak confident dengan talent sendiri bila sembang pasal dia sampai 4 page.

- Bebo-John Abraham

This one mungkin relate dengan Bips. Dalam KWK Bebo kata John tak ada expression. Bips balas Bebo terlampau banyak expression bila berlakon. Sampai sekarang Bebo tak berlakon dengan John.


- Catfight dengan Priyanka


Bebo reject movie Fashion thence director bagi kepada Priyanka. Bebo keluar statement movie Heroine dia lagi bagus dari movie Fashion Priyanka. Priyanka balas balik dengan show off National Award dia menang untuk movie Fashion.

Dalam Koffee With Karan, Bebo ada tanya PC mana dia dapat English accent and PC replied "The same place where Saif got his from”. After years throwing shade, both actress dah berbaik.

- Bebo-Aish

Image result for kareena aishwarya

Lepas watak Nandini dalam HDDCS, tahun 2002 Bebo keluar dari Devdas dan watak tu diberikan kepada Aish. Bebo pernah reject movie Bride & Prejudice then director offer kepada Aish. 

Tahun 2012 pulak Aish keluar dari movie Heroine sebab pregnant dan digantikan oleh Bebo. Geram bila media selalu compare Bebo dan Aish, dia keluar statement 

"There is no point in comparing me to Aishwarya, we're from two different generations."

Padahal tak jauh beza pun waktu debut diorang. Aish tahun 1997, Bebo tahun 2000. Aish start naik pun sebab movie HDDCS.

- Bebo-Deepika


Tahun 2009, Bebo geram watak dalam Love Aaj Kal dapat dekat Deepika. Tapi Deepika keluar statement puji Bebo tak buat hal jumpa Imtiaz ataupun Saif minta tukar heroin. Lepas LAK, Deepika berlakon dalam Aarakshan, Cocktail, Race 2 sampai Bebo rasa insecure.

Bila media tanya pasal ni, Deepika keluar statement dia tak mampu nak kawal insecurities Bebo.

Lepas kes Ram Leela, Deepika dengan Bebo berebut watak dalam Heroine.


Dalam KWK, KJo tanya Bebo kalau dia bangun sebagai Deepika, apa dia akan buat? Bebo replied 

"I dont think I can wake up as Deepika as I can't relate to her."

Episod dan season seterusnya pun ada sesi perli memerli between both of them but now both dah berbaik.


- Bebo-Sonakshi


Dalam KWK Bebo pernah cakap Sonakshi patut jadi housewife je kalau dia tak join Btown. Sonakshi replied, Bebo akan jadi gossip columnist sebab kuat bergosip. Shahid defends Sona bila dia kata Sona boleh jadi lebih dari seorang housewife.

- Bebo-Mira Rajput


Out of every statement, this one nampak bersebab dan bijak. Mira keluar statement dia enjoy motherhood so dia tak nak keluar bekerja dan tinggalkan anak dia sebab Misha bukan anak anjing. Of course Bebo terkesan dengan statement Mira sebab dia working mother.


6. Marriage


Sebelum kahwin dengan Saif, Bebo dah live-in relationship selama 5 tahun and this one not a secret pun. Tak ramai dekat Btown yang kahwin berbeza agama ni. Didaftarkan di bawah akta Perkahwinan Khas di India, Bebo kukuhkan surname Kapoor dengan Khan.

March 2016 Bebo announce yang dia pregnant but unlike other actress, Bebo still aktif bekerja and join ramp walk. Her fashion diaries inspires pregnant mommy to be stylish just like her.


December 2016, Taimur dilahirkan dan jadi kegilaan ramai sampai Bebo, Saif dan Ranbir terpaksa keluar statement supaya fans and media control and behave. Bebo and family takut overexposure ni akan bagi kesan buruk kepada tumbesaran Taimur.


Apart from that, nama Taimur pun selalu jadi isu bila dikaitkan dengan penjajah India yang ganas dan berkait dengan askar Mongolia. Bebo clarified dia ambil nama Taimur sebab maknanya besi dalam bahasa Arab. Tak ada kaitan pun dengan sejarah lepas dan yang dah mati.

Selain Taimur, Bebo rapat dengan Sara dan Ibrahim, anak-anak Saif dengan Amrita. Since Sara adore dengan Bebo, dia banyak bagi advice untuk style and career di Btown kepada Sara.


Bebo pinjamkan stylist dia kepada Sara dalam movie Kedarnath and advice supaya jangan bercinta dengan first co-star. Equation dia dengan Sara & Ibrahim more like friends and dia selesa dengan equation diorang sekarang.


7. Writer


Kalau Saif suka membaca, Bebo pula ada minat menulis. Dia ada autobiografi -  ‘The Style Diary of a Bollywood Diva’, co-authored dengan Rochelle Pinto. Ada juga dia jadi co-author untuk ‘Don’t Lose Your Mind, Lose Your Weight’ dengan nutritionist.

Akan datang, Bebo akan share experience dia masa pregnancy and post pregnancy dalam buku terbaru. Sekali lagi Bebo akan bekerjasama dengan Rujuta.

8. Fitness Routine


Bebo actress Btown yang start trend 'size zero' tahun 2007 untuk watak dia dalam movie Tashan lepas Aditya Chopra minta dia betul2 fit. Dari 68kg dia turun sampai 48kg dengan bantuan Rujuta Diwekar (nutritionist) & Namrata Purohit (trainer).

Asalnya Adi ragu2 Bebo mampu buat ataupun tak sebab Bebo ni keturunan Punjabi yang terkenal dengan gila makan. Tapi dengan yoga dan diet plan, Bebo berjaya achieve size zero.


Ramai yang troll bila tengok perubahan Bebo & kata dia set out bad example dan turunkan berat dengan berlapar tapi Bebo eat healthy. Dia still makan Pratha dengan ghee tapi in right amount. 

'Eat local and think global' - Rujuta

Bila perut kosong dan perut berasid, dia tak makan ubat tapi minum susu sejuk dengan gulkand (a sweet preserve of rose petals) ataupun mineral water dengan safran.


Bukan masa size-zero je, lepas pregnancy pun Bebo akan letak sepenuh kepercayaan kepada dua orang ni untuk turunkan berat. Bebo pergi gym dan pilates tapi takkan habiskan masa lebih dari sejam sebab dia ada banyak lagi benda lain nak buat.


Untuk yoga, Bebo akan buat setiap pagi dengan bantuan yoga instructor dia sejak tahun 2009, Anshuka Parwani. Lepas bersalin, Anshuka advice Bebo supaya buat yoga untuk cantikkan balik hormon dengan cara sihat.

That's all for now for this entry. Hope some of the lifestyle tips boleh diambil and apply dalam lifestyle seharian. Be bold, Be Bebo!

3 comments:

  1. baru mama tahu bebo ni hihi

    ReplyDelete
  2. suka tengok movie kareena walaupun dia ni jenis yg diva dan selalu ada isu dengan co-star.

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Penuh drama si Bebo nie.. Tapi respeklah dia punya klik dengan anak-anak tiri dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.