Saturday, 8 June 2019

Highway WCE

Lepas bertahun construction, raya ni dapat jugak merasa rasmikan highway baru, highway WCE! Highway ni tak lah panjang mana sebab baru 19km dibuka untuk laluan dari Sabak Bernam menghala ke Teluk Intan. 
 


Cun jugak lah nak guna highway ni sebab tak perlu nak lalu jalan dekat Hutan Melintang depan kilang tu sebab jalan dekat situ banyak bonggol and jalan tak rata sebab lori selalu guna. Since kitorang gerak lepas subuh, gambar pun tak berapa nak cerah lagi. 

Masa guna highway ni, Waze pun tak detect lagi. Line telco pun tak ada. Tak pasti lah bab radio tu sebab guna MP3 je, malas nak dengar iklan dekat radio banyak sangat, bila menyembang pun buat sakit hati je. 


Balik dari kampung pun guna highway ni jugak, jimat masa sebab jalan dekat Teluk Intan sesak teruk. Sekarang ni bahagia la guna highway ni tapi dah start tol nanti mengeluh jugak lah kot sebab jarak waktu tak jauh beza pun kalau guna jalan lama. 


Highway WCE ke Ipoh tak buka lagi, maybe raya next year boleh rasmikan pulak. Makin cepat sampai la gamaknya. Highway ni straight je takde selekoh bagai, so kemungkinan besar ada speed trap bila dah habis raya nanti. 

Whatever it is, thanks for the team yang siapkan highway WCE ni sebab dah jimatkan masa untuk balik ke kampung. Yeay!

3 comments:

  1. ingatkan xde tol tapi lupa highway kat malaysia mana ada yg free..

    ReplyDelete
  2. Hati-hati tau kalau lalu Highway WCE ini.. Adik akak jaga highway ini, dia cakap baru buka je dah ada eksiden sebab sini angin lintang dia kuat.. Memang bahaya kalau laju..

    Yang penting dah tak bersesak kan Farhana..

    ReplyDelete
  3. wah.
    another route yg memudahkan rakyat.
    terbaik :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.