Movie Review : Pengabdi Setan (2017)

Saturday 29 June 2019


Pengarah : Joko Anwar
Penulis Skrip : Joko Anwar
Pelakon : Tara Basro, Dimas Aditya, Bront Palarae, Endy Arfian, Ayu Laksmi, Elly D. Luthan, Nasar Annuz, Arswendi Nasution, Egi Fedly, Muhammad Adhiyat, Fachri Albar, Asmara Abigail
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 107 minit
Tarikh Tayangan : 28 September 2017 (Indonesia), 23 November 2017 (Malaysia, Singapura)
Syarikat Produksi : Rapi Films
Pengedar : Rapi Films, CJ Entertainment, Paramount Pictures
Trailer :


Finally I can watch this movie! Sebelum ni nak tengok tapi takut, 2 tahun terperap dalam laptop. Sudahnya ajak adik-adik tengok sekali. Well, the more the merrier. Orang kata bila kita tengok movie seram dengan kawan2, dia tak jadi movie hantu, dia jadi movie kelakar. But nahhh this one got that eerie vibe!

Pengabdi Setan mengisahkan tentang satu keluarga yang tinggal di tanah perkuburan dan ada masalah kewangan bila Mawarni Suwono (Ayu Laksmi) sakit misteri dan terlantar selama 3 tahun. Anak perempuan dia, Rini (Tara Basro) dah cuba ke pekan untuk minta royalty hasil jualan album ibu dia. Sejak ibu dia sakit, Rini yang uruskan family dan buat kerja rumah.


Lepas ibu dia mati, ayahnya (Bront Palarae) ke bandar cari duit untuk tebus rumah. I still tak boleh nak faham kenapa nak tebus rumah padahal rumah tu rumah nenek (Elly D. Luthan) dan yang matinya si ibu bukan nenek. Safe to say, banyak loopholes jalan cerita movie ni walaupun bikin merinding amat ya.


Bila ayah dia ke bandar, banyak perkara seram yang jadi sampai nenek dia mati dan mereka berempat – Rini, Tony (Endy Arfian), Bondy (Nasar Annuz) dan Ian (Muhammad Adhiyat) lari minta perlindungan di rumah Ustaz (Arswendi Nasution). Ustaz ni ada anak tunggal, Hendra (Dimas Aditya) yang banyak bantu Rini selesaikan misteri keluarga Rini bila dia ternampak perempuan di tanah kubur Mawarni dan di bilik Mawarni sendiri.


I must say scene jumpscare memang menjadi sebab dah tahu dah akan jadi tapi still seram & terkejut. Tak perlu buat hantu muka ngeri pun dah mampu buat rasa takut tu datang tapi eh geram betul bila Ustaz suruh solat untuk elak gangguan, Rini kena kacau teruk lepas habis solat. Husnudzon je lah, mungkin solatnya pincang. Dah nama pun tak pernah solat, even ayah dia tak reti sebut La Ila Ha Illallah masa tahlil.


The most questionable plot bila Ian ikut hantu ibu dia sedangkan none of them merelakan Ian pergi since dari awal movie dah ditekankan yang diorang akan selamat selagi diorang tak benarkan hantu ambil Ian tapi dekat second half lain pula jadi.


Takkan sebab ayah dia terkejut Ian mampu bercakap dan join geng mayat hidup, patah balik masuk dalam rumah sebab takut maknanya merelakan Ian pergi. Well since Budiman tak bagitau pun merelakan tu diterima dalam bentuk perbuatan ataupun ungkapan. Oh ya, Mawarni ada perjanjian dengan geng cult dan Ian cagarannya bila bertahun tak dapat anak. Kenapa Ian? Sebab Ian anak terakhir. Geng cult akan datang untuk ambil Ian bila cukup usia 7 tahun.


Scene Rini dengar suara lelaki masa dia play piring hitam lagu popular mak dia, Kelam Malam tu masih tak boleh tahu apa misterinya. Sama jugak masa Budiman bisik dekat Hendra tentang geng cult yang ganggu keluarga ni. I still tak faham kenapa perjanjian dengan setan sedangkan Mawarni boleh curang dengan manusia biasa since suami dia merelakan. Well I said rela sebab suami dia macam tahu misteri anak-anak. Mungkin ada dekat sequel Pengabdi Setan nanti since Joko Anwar dah kata dia nak buat 2 movie hasil reboot Pengabdi Setan tahun 1980.


Tak pasti bandar yang Rini pergi sama dengan bandar ayah dia pergi sebab Rini boleh balik hari tapi ayah dia ambil masa seminggu tanpa khabar berita. Either ayah dia pergi deal dengan geng cult supaya stop ganggu anak-anak dia ataupun merelakan Ian pergi sebab masa dia balik dia tak sempat hadam lagi apa jadi dengan anak-anak dia sampai berlindung di rumah Ustaz.

Boleh jadi dia tak panggil pun pemandu van datang sebab none of them rasa nak keluar sangat dari rumah tu since hari terakhir tu satu hari sebelum birthday Ian. Eh sanggup tau angkut beg jalan kaki keluar dari rumah tu daripada tunggu sampai malam kena kacau dengan hantu.


First half movie ni ada scene kelakar macam Bondy stuck dekat langkah ke-39 bila terbaca langkah ke-40 boleh bangunkan mayat hidup. Scene Hendra mengayat Rini. Scene Bondy dengan Ian tengok hantu bawa lampu suluh dekat kubur. Scene Toni dengar loceng mak dia minta sikatkan rambut. Second half dah mula jadi thriller sebab geng cult dah munculkan diri.

Hopefully sequel nanti team Pengabdi Setan boleh kekalkan momentum sama dari segi editing, visual, penata bunyi, wardrobe dan set decoration. Semua ni buat movie Pengabdi Setan nampak real yang bersandarkan pada tema 80-an.


Bab lakonan, semua jalankan tugas dengan baik pelakon utama mahupun sampingan. Even Nasar Annus dan M. Adhiyat mampu hidupkan rasa seram melalui body language diorang. Since dah tengok yang pertama, mesti lah curious nak tengok yang kedua. Congrats for the team mampu rangkul banyak award dan peroleh recognition & untung besar sampai sekarang.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.7 = 8/10

1 comment

  1. Tengok wayang dengan suami...tpi banyak tutup muka... sbb mmg penakut.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.