Monday, 24 June 2019

Drama Review : Kamar Kamariah (2019)



Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Penulis Skrip : Sharifah Abdul Salem
Pelakon : Nabila Huda, Fizz Fairuz, Ku Faridah, Tasha Shilla, Syafie Naswip, Riena Diana, Aidil Aziz, Shuhanty Hanafiah
Genre : Drama
Jumlah Episod : 16 Episod
Tarikh Tayangan : 17 April 2019 – 3 Mei 2019
Syarikat Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran : TV3
OST : Aku Bukan Malaikat – Siti Nurhaliza

Drama ni dah lama tengok tapi baru sekarang rasa nak buat review sebab sakit jiwa tengok 16 episod.
Drama ni agak kecoh dekat Twitter sebab jalan cerita yang berbeza dengan drama Maghrib yang biasa tapi terlampau draggy jadi lemau nak tengok sampai habis.

Kamariah (Nabila Huda) pernah dirogol masa pergi ke parti kawan dia. Malang nasib dia bila kawan busuk hati masukkan dadah sampai dia tak sedar apa pun malam tu. Walaupun kawan dia deny something did happened that night, Kamariah tahu dia dirogol. I mean pffttt look at her condition lah.


Dia berhenti kerja dan balik kampung lepas tahu dia mengandung. Disebabkan muka cantik dan pandai berniaga kuih, makcik Hafsah (Ku Faridah) minta Kamariah jadi isteri kepada anak tunggal dia, Murad (Fizz Fairuz).

Kamariah happy sebab Murad terima dia sebagai isteri sebab Murad antara orang yang disegani dekat kampung tu sebab rajin ke surau dan bersedekah. Hakikatnya, Murad owner kelab malam di KL dan tinggal dengan awek dia, Sally (Tasha Shila) merangkap manager kelab malam Murad. Duit untung dari situ dia belanja mak dan orang kampung. Dekat awal episod pun dah tunjuk yang Kamariah kena rogol dengan Murad so its not a secret lah.


Yang menyampahnya dengan drama ni, Kamariah dan Murad duduk satu rumah dengan makcik Hafsah tapi bila Kamariah beranak pagi buta tu, tak terjaga pulak orang tua tu. Bila Murad dera anak dia, makcik Hafsah tak dengar pulak si Qhalif terjerit sakit.

Tak tahu plot masa drama ni zaman bila sebab satu kampung tak tahu langsung kerja sebenar Murad dekat KL. Handphone pun tak ada. Bila Qhalif dah masuk tahfiz baru wujud handphone itupun brand Nokia. So I assume around 2004 ke bawah?


Drama ni banyak loopholes but its better kalau Kamariah mengaku je dekat makcik Hafsah yang dia kena rogol dan mengandungkan anak orang lain daripada simpan rahsia sampai kena bantai dengan Murad macam tu. Sebab makcik Hafsah nampak baik, boleh terima keburukan orang lain. Kalau dia boleh terima Qhalif anak luar nikah, takkan la dia tak boleh terima Qhalif anak Kamariah?

Image result for kamar kamariah

Silap Kamariah bila dia kena soal dengan Murad nak hidup berjauhan dengan suami tapi jarang kena bantai ataupun Murad selalu balik kampung tapi kena dera. Facepalm bila dia pilih Murad selalu balik dan rela kena dera.

Kalau dia biar je Murad dekat KL, tak payah dia nak berjauhan dengan Qhalif sampai besar. Tengok perangai Kamariah, dia sengaja nak sakitkan hati Murad pun ye jugak. Dah tahu Murad tak suka dengan Qhalif, lagi dia tanya pasal Qhalif dekat Murad.


Watak paling kesian dalam drama ni si Sarah (Shuhanty Hanafiah) lah. Disebabkan Murad dengan Kamariah, tak memasal Sarah kena halau keluar dari rumah, jadi pelacur lepastu tanggung malu sebab orang kampung syak Qhalif tu anak dia. 


Kalau director cari pelakon kanak-kanak muka yang sama dengan Murad, boleh jugak makcik Hafsah mention macam anak kau ni Murad/Kamariah sebab memang anak diorang pun. Tapi dalam drama ni, muka tak sama, perangai pun jauh berbeza.

Dari Qhalif kecil sampai ke besar memang Murad tak pernah jatuh sayang langsung. Agak geram jugak lah sebab tu anak diorang berdua. Walaupun sakit hati, tetap kena layan sampai habis sebab dah separuh jalan tengok.


Tengok drama ni terfikir jugak orang kampung ni macam mana boleh angkat Murad jadi imam padahal tak ada pun scene dia mengaji al-quran ataupun imamkan solat. Khutbah jauh sekali. That’s why earlier I said, terlampau banyak loopholes sampai hilang minat nak tengok.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.5/10

7 comments:

  1. rimas tengok watak yg terlampau baik macam kamariah ni

    ReplyDelete
  2. Saya tak tengok pun cerita ni. Biasanya memang stress kalau tengok satu watak yang baik sangat dan satu lagi jahat sangat.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik tak layan drama ni, kalau tak mmg stress kak pip...

    ReplyDelete
  4. Best cite nie . Dah lama x layan drama melayu. Gigih duk tengok full episod dekat youtube haha

    ReplyDelete
  5. tgk episod mula2 dengan last je, sbb sakit ati... kdg2 tgk jgk la tp tgk laju2... geram ngn pangai kamariah jugak murad

    ReplyDelete
  6. mungkin boleh improve lagi dari segi loopholes tu tapi jalan cerita mmg menarik

    ReplyDelete
  7. tak tengok pun.. hehehe.. tapi memang trandinglah masa ditayangkan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.