Lirik Lagu Ikhlas - Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah

Saturday 8 June 2019

Lagu nyanyian gabungan suara dari 3 negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura yang mengangkat tema “Kebersamaan” untuk dibawa pada Hari Raya ini. Lirik lagu simple je bagi advice tentang rasa bersyukur dan ikhlas dalam semua perbuatan kita. 


MV ni shoot dekat taman UPM, Serdang guna konsep ala bunian. Wardrobe semua cantik, visual MV pun nampak dreamy.

‘Ikhlas’ juga sebagai satu peringatan buat kita semua untuk sentiasa berterima kasih di atas segala kurniaan terutama pada bulan yang diberkati ini.” – Dato ‘Sri Siti Nurhaliza

“Sudah pasti amat menakjubkan untuk melihat tiga suara dan personaliti yang berbeza bergabung dalam lagu ini, Walaupun kesemuanya berasal dari negara yang berbeza dan mempunyai budaya yang berbeza, pada akhirnya, kita semua adalah manusia dan mempunyai banyak persamaan lebih daripada yang kita tahu.” – Taufik Batisah



Tajuk : Ikhlas
Penyanyi : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah
Komposer : John Jeevas, Ikhwan Fatanna & Omar K
Lirik : John Jeevas, Ikhwan Fatanna & Omar K
Label : Universal Music Malaysia

Sedingin salju
Selembut bayu
Menenangkan hatiku
Cahaya malam
Terangi alam
Memuji kebesaran

Prechorus 
Saat gembira
Hari bahagia
Nikmat disyukuri bersama
Tabah berdoa
Mohon afwahNya
Moga dirahmati semua

Chorus 
Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Verse 
Gema suara
Syahdu irama
mewarna suasana
Lautan rindu
Berombak pilu
Membawaku padamu

Prechorus 
Saat gembira
Hari bahagia
Nikmat disyukuri bersama
Tabah berdoa
Mohon afwahNya
Moga dirahmati semua

Chorus 
Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Bridge 
Ku yakin akan ada hikmah
Di sebalik segala resah
Ku besyukur atas nikmatMu Yang Esa

4 comments

  1. Saya tak pernah lagi lagu ni.

    ReplyDelete
  2. lom dengar sampai abis lg lagu ni 🎼🎼🎼 line internet kejam time raya ni 😂

    ReplyDelete
  3. Ada juga ternampak, cuma belum ditonton je..

    ReplyDelete
  4. video dia cantik, lagu pun sedap.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.