Shahid Kapoor - Vidya Balan Toxic Relationship

Saturday 15 June 2019

Sooo I got an ask dekat curiouscat today nak tahu pasal relationship Shahid Kapoor dengan Vidya Balan which come out of nowhere. Tak ramai pun yang aware dengan relationship ni sebab Vidya tak famous dan relationship diorang pun sekejap sangat.


Of course actors ada bercinta tapi apa yang buat orang ingat dengan relationship ni 
1) Its so toxic
2) Proven to public which Shahid is not a great partner or person as he portrays to be. 

Kalau tak silap movie Kismat Konnection pernah tayang dekat TV3, movie ni yang pertama dan yang terakhir Shahid-Vidya berlakon sekali. 

Vidya jatuh cinta dengan Shahid disebabkan imej sopan, mommy boy, pemalu and of course he is single lepas putus dengan Priyanka Chopra. 


Tahun awal dalam career Vidya, dia selalu kena bash sebab berat badan dia so dia turunkan berat especially untuk role dalam Kismat Konnection. Shahid tak suka dengan penampilan Vidya and selalu mention yang Vidya ni macam mak dia. Tak cukup dengan tu, dia suka bandingkan Vidya dengan ex-girlfriends dia - Amrita, Bebo & PC. 

Image result for vidya balan shahid haider

Dalam movie Kismat Konnection, stylist team lead by Shabina Khan tak mampu nak create wardrobe yang sesuai dengan Vidya sampai dia kena kritik teruk dengan penampilan dia dalam movie tu. Bukan setakat Shahid je, even dengan Shabina pun Vidya dah taknak bekerjasama dah. 

Image result for vidya balan shahid

Bab kerja pun Shahid yang selalu arah Vidya berlakon macam ni macam tu tapi Vidya anggap Shahid just being nice ajar dia untuk improve. Padahal lakonan Shahid kena kritik jugak sebab expression dia over. 

Sad thing is movie KK tak boleh pergi jauh and some of critics tak suka pairing Vidya-Shahid dan kritik style Vidya. Bila movie ni flop, Shahid mengamuk sangat dan salahkan Vidya. Bila Vidya jumpa dengan Shahid untuk confront, Shahid kena ceramah pasal lakonan and putuskan hubungan diorang. 

Image result for vidya balan shahid

Boleh kata moment yang agak down untuk Vidya sebab kutuk dan troll dari media dan netizen tambah dengan breakup sampai Vidya menangis dan keluar dengan mata bengkak. Then her mom advice untuk move on sebab even Vidya kurus tapi dia tak happy. Dia bukan diri dia sebab tersekat dengan judgement orang lain.

Dalam interview dengan Times Of India, Vidya Balan bagitahu yang Shahid layan dia macam lapik kaki je. Dia bagi funny advice, kalau boyfriend suruh kurangkan berat badan then dump the boyfriend sebab dia hilang 80kg lepas breakup. 

Tak lama lepas KK, Vidya dapat tawaran berlakon dalam Paa, No One Killed Jessica, The Dirty Picture, Kahaani dan menang Padma Shri Award disebabkan contribution dan talent dia dalam dunia lakonan. 

Image result for vidya balan padmashree

For her personal life pulak Vidya bercinta dan berkahwin dengan Siddharth Roy Kapoor. Fun fact, Vidya ada huge crush dengan Shah Rukh Khan so she got her own SRK walaupun jauh beza but still cute kan?

Image result for vidya balan siddharth roy kapur

Meanwhile Shahid tak mampu deliver di box office. Pernah Shahid komen 'fat and atricious' untuk penampilan Vidya dalam movie The Dirty Picture. Rumours had it Shahid sakit hati dengan achievement Vidya tapi Vidya tak ambil pusing. 

Pernah jugak Vidya masuk hospital disebabkan demam denggi berpunca dari pembiakan nyamuk aedes di kolam renang di rumah apartment Shahid. Shahid tinggal dua tingkat bawah apartment Vidya didenda Rs 10,000 sebab gagal jaga kawasan rumah. 

For now Vidya dengan Shahid dah berbaik bila Vidya datang ke tayangan perdana movie Haider tahun 2015 tapi tak pasti kalau Vidya akan bekerja lagi dengan Shahid. 

6 comments

  1. dah lama tak dengar kisah artis bollywood. apa yang bole kata... kekurangan perempuan nampak je di mata lelaki.. mcm lelaki tu sempurna je ;)
    Jemput singgah https://www.adnifatem.com/

    ReplyDelete
  2. suka tengok Shahid ni...comel jer

    ReplyDelete
  3. Muka nampak baik si Shahid nie tapi perangai.. ish.. ish.. Mujurlah vidya ini dah bahagia..

    ReplyDelete
  4. In any case, they accept they are in every case right. It is forever their way or the parkway, no doubt in the world. Signs That Shows You Are In A Toxic Relationship

    ReplyDelete
  5. dah lama tak dengar kisah artis bollywood. apa yang bole kata... kekurangan perempuan nampak je di mata lelaki. Shruti Haasan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.