Movie Super 30 Bersihkan Imej Anand Kumar?

Thursday 13 June 2019

Kalau sebelum ni Raju Hirani come up dengan movie Sanju untuk bersihkan imej kawan baik dia, Sanjay Dutt dengan bantuan lakonan Ranbir Kapoor. Kali ni Vikas Bahl pula jadi pengarah untuk biopic Anand Kumar dalam movie Super 30


Siapa Anand Kumar?

You guys must be wondering siapa Anand Kumar ni sampai Bollywood ni gigih nak buat movie biopic dia kan?


Anand Kumar ni antara mathematician yang famous dengan program Super 30 di India. As you guys know dekat India ada ujian kelayakan Indian Institutes of Technology yang diadakan oleh Kerajaan India untuk cari students dalam sektor sains, teknologi dan kejuruteraan. 

Dalam movie Why Cheat India ada paparkan macam mana bersungguhnya semua students nak lulus dalam ujian kelayakan ni. 

Modus Operandi Penipuan Anand Kumar


Program Super 30 ni bermula bila Anand Kumar decide untuk cari 30 orang pelajar yang miskin untuk dia ajar secara percuma dengan makanan dan tempat tinggal percuma pada tahun 2002. Tapi kelas tu bukan dia seorang je yang ajar sebab dia dapat bantuan sukarela dari Inspektor Abhyanand yang berkerja sebagai polis di sebelah siang dan mengajar pada sebelah malam.


Tapi sayangnya usaha Insp Abhyanand ni tak dihargai langsung bila kejayaan program Super 30 tak mention langsung nama Insp. Disebabkan hal ni, Insp Abhyanand tarik diri lepas berapa kali bertelagah dengan Anand tentang cara Anand conduct Ramanujan School of Mathematics (RSM). Salah satunya fasiliti di RSM agak teruk bila student terpaksa bertahan dengan kelas padat dan panas dengan suhu 42 d.c.

Asalnya bukan 30 orang pelajar yang dipilih tapi seramai 100 orang pelajar miskin. Lepas beberapa ujian baru Anand pilih seramai 30 orang. Jumlah 30 orang ni pun belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak sebab dalam dakwaan beberapa orang student, senarai nama yang berjaya masuk ke IIT melalui program Super 30 ni tak pernah didedahkan pun kepada public.


Dakwaan yang I mentioned earlier ialah dakwaan pihak mahkamah kepada Anand Kumar sebagai penyeleweng duit students yang join program Super 30. Sekarang ni kes Anand Kumar tengah disiasat oleh pihak polis. 

Di Quora ada yang pernah cuba untuk join program Super 30 tapi terpaksa batalkan hasrat tu disebabkan terlampau banyak duit yang keluar di peringkat awal je. Bayangkan beribu yang datang ke Patna untuk masuk RSM tapi tak terpilih. Daftar je dah kena bayar, masuk ujian pertama kena bayar, ujian kedua kena bayar lagi dan seterusnya.


Walaupun harga mendaftar tu murah sbab RM3 je tapi kalau dapat dari beribu pelajar, dah boleh tidur atas duit dah  tanpa provide apa-apa service.


Ada juga pelajar yang failkan kes penipuan bila Anand Kumar promote program Super 30 dengan kadar percuma tapi bila sampai ke Patna, diorang kena bayar Rs33,000 (RM2,000) untuk continue. 

Lagi teruk bila ada yang dah dapat join program Super 30 tapi Anand Kumar tak datang kelas pun sebab dia busy travel ke tempat lain. Bila balik ambil credit macam dia yang ajar dari awal program. Memang betul tak salah tapi tak profesional lah. 

Movie Super 30


Tak pasti sama ada movie Super 30 ni memang ceritakan sepenuhnya tentang program Super 30 ataupun lebih kepada hidup Anand Kumar sebagai guru tuisyen matematik tapi either way pun tetap bagi impak positif kepada Anand dan RSM. 

Boleh jadi Anand yang taja budget movie ni bila movie ni hampir shelved sebab kekurangan dana. Lama fans tunggu movie baru Hrithik, baru tahun ni dapat keluar itupun lepas clash dengan beberapa movie.


Since kes Anand Kumar dah naik ke mahkamah, tak mampu nak agak sambutan movie Super 30 nanti macam mana. So far, Hrithik dikecam bila tak mampu nak potray watak Anand sebagai lelaki Bihari. Jalan cerita nampak berat, lagu pun belum keluar lagi. 

Kalau music album hambar, dengan kontroversi dan kegagalan Hrithik melakonkan watak Anand, boleh jadi Super 30 ni tenggelamkan lagi nama Hrithik di Bollywood. 

15 comments

  1. Thanks for the review.
    Rawlins lama dah tak menonton filem Bollywood. Hrithik ke yang berlakon tu? Sian dia sebab tak mendapat sambutan ye.

    ReplyDelete
  2. Haha jadi kesimpulannya cte ni cam tak best la ek? Tp actually kte suka kalo cte berdasarkan kisah benar camni pulak2 kalo cte benar pasal kes bunuh hehe

    ReplyDelete
  3. Hai farhana, kita dah lama tak tengok cerita Bollywood ni. hehehe.. Apa2 pun terima kasih atas perkongsian. Saya pun kalau tengok cerita suka tonton yanh berdasarkan kisah benar.

    ReplyDelete
  4. Oh macam berat sungguh ceritanya ni. Moga sukses.

    ReplyDelete
  5. Banyak review sis dari filem tamil sahaja, minat ya. hehe. Terima kasih kerana memberi satu review yang padat informasi

    ReplyDelete
  6. Lama tak tengok Indian movie . Jalan cerita macam heavy but menarik perhatian I untuk tonton.I bet is not easy Dan pressure for the actor untuk bawa watak ni. You punya review buat I nak Tintin movie ni.

    ReplyDelete
  7. Lama tak tgk cerita bollywood ni. Kalau hitrik roshan berlakon confirm cite ni best. Jalan cerita pun nampak menarik. Nanti lah kalau ada masa nak tengok..

    ReplyDelete
  8. Lama Hrithik tak muncul dengan filem baru. Baru ni dengar. Bila baca kisah hiduo Anand tu macam best je nak tahu cerita sebenar tapi tuhlah takut pulak kot jalan ceritanya hambar kan. Jarang jarang tengok movie bollywood biography ni. Kali ni macam nak tengok.

    ReplyDelete
  9. Lama betul Hrithik tak buat kemunculan kan. Tapi dari review ni mcm tak berapa nak best je cite ni ya. Huhu

    ReplyDelete
  10. Nad jarang sikit tengok cerita Bollywood ni. Selalu tengok cerita English je hehe. Hero-hero yang mention dalam ni semua Nad tak kenal eheh.

    ReplyDelete
  11. Alamak... Heavy movie ehh? Kalau Bollywood kita suka yang santai love story sebab feel nya lebih asyik kalau naskah dari depa ni. Kalau yang berat gini risau kita lak stress nonton. Heheee

    ReplyDelete
  12. cerita bollywood selalu tgk pelkaon yang best dan jalan cerita yang menarik..tengok awak cerita macam menarik je..boleh tonton ni

    ReplyDelete
  13. Uish. Menariknya citer ni. Iza kalau citer-citer bollywood suka lagi tengok citer macam ni dari citer cliche cintan cintun tu. Cerita yang bawak banyak makna mcm ni lagi best.

    ReplyDelete
  14. Lagi kisah biopic ye Farhana.. yang sanju tu pun tak tengok lagi..

    ReplyDelete
  15. TAPI BILA TENGOK PLOT CERITA NI MACAM MENARIK KISAH DIA. HOPEFULLY WATAK-WATAK UTAMA DIA DAPAT BAWA CERITA INI DENGAN SEBAIKNYA. HRITIK KOT, KALAU TENGGELAM GAK TATAU LA.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.