Sunday, 27 October 2019

Movie Review : Super 30


Director : Vikas Bahl
Writer : Sanjeev Dutta
Cast : Hrithik Roshan, Mrunal Thakur, Virendra Saxena, Pankaj Tripathi, Aditya Shrivastava
Production Company : Phantom Films, Nadiadwala Grandson Entertainment, Reliance Entertainment, HRX Films
Distributor : Reliance Entertainment, PVR Pictures
Genre : Biopic
Running Time : 155 minutes
Release Date : 12 July 2019
Trailer :


Movie biopic yang mengisahkan tentang genius mathematician di Bihar, India dibawa ke layar perak untuk mengenang jasa Anand Kumar dalam membantu pelajar yang miskin untuk pecahkan kasta dan darjat antara si miskin dan kaya dengan mengetengahkan ‘Pendidikan adalah hak semua’. 


Anand Kumar menang pingat emas untuk Math championship lepas Lallan Singh (Aditya Srivastava) dan diraikan oleh Menteri Pendidikan dan dijanjikan untuk datang sekiranya perlukan bantuan. Anand travel dari Patna ke Mumbai setiap minggu untuk curi-curi masuk ke perpustakaan universiti.


Tapi malangnya dia dihalau keluar oleh pustakawan sebab melanggar peraturan bilamana perpustakaan tu cuma untuk pelajar universiti sahaja. Penjaga perpustakaan bagitahu Anand yang dia boleh dapat life subscription kalau journal dia berjaya diterbitkan. And he did. Bukan setakat life subscription je tapi dijemput ke Cambridge University sebab Prof kagum dengan jawapan Anand. 


Siapa tak bangga dijemput ke Cambridge? Nak pula bila kasta rendah yang dapat peluang tu tapi masalah besar keluarga Anand mesti lah duit untuk hantar Anand ke sana sampai ayah dia, Ishwand Kumar (Virendra Saxena) meninggal risaukan hal kewangan.


Menteri Pendidikan yang janji nak bantu pun cuma setakat janji di mulut untuk nampak mulia di mata rakyat. Sudahnya Anand batalkan hasrat pergi ke Cambridge dan jual papadom. Nasib dia baik bila Lallan Singh jumpa dan ambil dia mengajar di coaching institute untuk IIT entrance exam.


Ramai parents yang datang bayar premium fees untuk masuk ke coaching class Anand Kumar. Hidup Anand berubah serta-merta bila dia ada banyak duit dan hidup mewah sampai lupa kesusahan pelajar miskin yang senasib dengan dia dulu tapi disebabkan kata-kata dari pemandu beca, Anand wujudkan coaching class free untuk 30 orang pelajar miskin.


Hostel, makanan, buku semuanya ditanggung oleh Anand dan keluarga. Awalnya adik dia, Pranav (Nandish Singh) membantah tapi dalam masa yang sama, dia tulang belakang abang dia dalam menjayakan program Super 30 ni. Banyak yang Anand korbankan untuk Program Super 30 ni especially terpaksa lepaskan Supriya (Mrunal Thakur) sebab duit dia dah dihabiskan untuk student dia.


Menteri Pendidikan dan Lallan Singh tak berhenti ganggu Anand sebab coaching class yang jadi sumber utama kemewahan diorang mampu diberi secara percuma. Bila Program Super 30 ni masuk dalam media bila Ragunath (Amit Sadh) buat liputan, makin sakit hati mereka berdua sebab imej tercalar.


First half movie ni lebih kepada flashback kisah personal Anand Kumar, bila masuk second half baru masuk kisah Super 30 ni itupun tak banyak sangat tentang cara Anand mengajar students dia which is kind of disappointing sebab tajuk movie ni Super 30.


Walaupun chemistry Hrithik-Mrunal nampak cantik onscreen dan Mrunal nampak menyerlah walaupun screentime dia singkat je tapi kisah cinta Anand-Supriya macam tak perlu diletakkan pun. Lakonan Hrithik sebagai Anand memang menjadi dengan accent Bihar dan physical trait sebagai golongan kasta rendah. Emosi tengok scene surat Cambridge dia jadi pembalut papadom lepastu kena bakar. Habis hancur impian dia dengan ayah dia.


Walaupun I dah tahu perjalanan hidup Anand Kumar dan kejayaan dia tapi disebabkan lakonan Hrithik, dia berjaya buat kita jadi happy dan emosi sama-sama dengan dia dari awal sampai habis movie even movie ni agak lama duration dia dengan melodrama yang sengaja ditambah. Cuma tergelak dekat certain scene sebab nampak bronze dia terhad dekat leher then badan dia kulit cerah melepak. Dah la mata warna hazel. Kalau badan touch up sampai gelap, kenapa mata tak letak contact lens warna hitam?


Bukan setakat leading star je bagus dalam lakonan tapi supporting cast pun memang membantu banyak setiap kali screentime diorang muncul especially Pankaj Tripathy, Amit Sadh, Virendra Saxena, Aditya Shrivastava, Nandish Singh dan students Super 30 dibantu dengan skrip yang bagus.


Visual effects movie Super 30 cantik especially dalam kelas sampai yang tengok pun enjoy join kelas Anand Kumar ni dibantu pula dengan music score for me quite good. Lagu Question Mark rasanya lagu ketiga Hrithik Roshan nyanyikan sendiri.


Movie ni memang menarik untuk ditonton untuk naikkan semangat tapi bab program Super 30 tu cuma rekaan je macam I pernah sembang dalam entri ni. Betul program Super 30 memang wujud tapi Anand Kumar bukan mula dari bawah tapi take over coaching class orang lain bukan beli property macam dalam movie ni. Dan dia bukan mengajar bersendirian tapi dengan bantuan inspektor polis di kawasan tu secara sukarela untuk bantu masyarakat.


Like I said in my previous entry, movie Super 30 berjaya bersihkan imej Anand Kumar macam movie Sanju bila movie ni dengan bajet Rs60 crore berjaya kutip Rs200 crore. Sementara dalam movie ni program Super 30 nampak tiada hala tuju bila Anand dah habiskan duit saving dia, Anand Kumar yang sebenar hidup dalam kemewahan dengan yuran yang diambil oleh orang miskin. Have fun watching. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

2 comments:

  1. filem kan.. memang banyaklah fantasi dari realitinya.. jus have fun watching kan Farhana..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.