Saturday, 19 October 2019

Register RFID Di Tesco Extra Shah Alam

Dah lama sangat dah nak siapkan benda alah RFID ni and finally lepas berkurun lamanya siap jugak! 

Tadaa!!!! 


Sebelum ni banyak kali je jumpa kaunter RFID bila pergi Tesco several branches jugak lah tapi disebabkan tak bawa salinan geran kereta, tak dapat lah nak register. 

Since harini memang nak renew roadtax dekat Giant Shah Alam, alang-alang dah sampai, singgah la kejap ke Tesco Shah Alam untuk register RFID sebab dah bawa salinan geran kereta. 

Bila sampai dekat kaunter RFID rupanya tak perlu bawa salinan geran dah. Grrrr sabar je lah dengan RFID ni! 

Register online je dekat rfidregister.touchngo.com.my ni lepas tu sign je personal details yang person in charge dekat kaunter tu print. 

Tapi sebelum register dekat website rfidregister tu kena install apps E-wallet T&G dulu. Dah register sana baru masuk dekat website ni sebab pin kena sama. Kalau lupa pin 6 digit kena uninstall dan register balik. Agak renyah la sebab dekat e-wallet tu tak boleh register terus. 

Dah settle semua, tak sampai 5 minit pun register tu then pergi dekat car park RFID ni untuk dia tampal sticker RFID. 


Dia akan tampal dekat lampu kereta sebab RFID paling kuat detect dekat area tu. Tak perlu tunjuk apa pun sebab dia dah ada register form yang kita sign tadi.


Dia tampal sekejap je, lepastu dia test guna sensor tag dia untuk make sure sticker tu ngam dengan position sensor RFID dekat tol nanti. Dah ngam, dah boleh balik dah. Dia kata lepas 20 hari baru boleh guna. So nanti balik Sabak lalu LATAR boleh la test.

Lepas ni tak payah serabut mana nak tambah nilai ke apa sebab boleh check balance dekat E-wallet apps. Masa lalu dekat tol pun tak perlu online sebab automatic deduct dari system T&G tapi kena ada duit la. Hopefully tak sangkut lah dekat tol lepas ni. Thanks staff RFID!

4 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.