Thursday, 24 October 2019

Cheese Bomb

I know I'm already super late to the party sebab tengok IG famous buat review untuk cheese bomb ni dah bertahun rasanya. Masa tu Migha yang makan tak semenggah tu tengah famous buat review. 

Dalam banyak review tak semenggah tu, ada satu buat terliur sampai sekarang. Lepas tengok terus order tau tapi masa tu memang kebanyakan ejen dah habis stok sampai dah give up.  

Masa isi minyak dekat Petronas Ara Damansara ternampak Cheese Bomb ni terus grab sebab kempunan entah dah berapa tahun dah sampai Migha tu pun dah tak buat review dah. Entah you guys ataupun tak sebab lepas dia hilang nama Baby Tora pulak naik. 


Anyway harga sebotol 280g ni RM20 tau. I tak tahu lah dari supplier yang sama ataupun tak tapi sos keju pedas jugak lah kejadiannya. Rasa dia memang sedap lah cuma tak terasa sangat keju dia sebab lidah dah menanggung pedas dah. 


Tapi memang berselera lah makan kalau letak cheese bomb ni sekali. Since tengah berdiet kononnya kan, bila makan ayam tawar ni pun rasa sedap bila letak cheese bomb ni. Bila makan dengan brokoli grill pun sedap. 

Kadang tu breakfast buat sandwich sardin. Tangan laju je masukkan cheese bomb ni sekali gaul sampai sebati. Memang umpphh lah breakfast, bahagia betul. Kalau dia pekatkan lagi keju tu pergghhhh k lah buat terliur je memalam cenggini. Nanti nak beli lagi lah lepas stok ni habis. Terima kasih sebab wujud :')

3 comments:

  1. Boleh try ni.. Sedapnya brokoli grill.. °_^

    ReplyDelete
  2. baru tahu kewujudan cheese bomb ni. macam best je tapi kalau pedas semata-mata tak rasa cheese sangat boleh potong selera juga tu.

    ReplyDelete
  3. Ada jumpa juga.. tapi sebab ada perkataan pedas, memang tak beranilah nak cuba..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.