Movie Review : Soni

Saturday 12 October 2019


Director : Ivan Ayr
Writer : Ivan Ayr, Kislay
Cast : Geetika Vidya Ohlyan, Saloni Batra, Mohit Chauhan, Vikas Shukla, Mohinder Gujral
Production Company : Jabberwockee Talkies, The Film Cafe Production
Distributor : Netflix
Genre : Crime/Drama
Running Time : 97 minutes
Release Date : 8 September 2018 (Venice), 18 January 2019 (Netflix)
Trailer :



Movie Soni yang bertemakan gangguan seksual terhadap wanita ditayangkan di seksyen Orrizonti (Horizons) di 75th Venice International Film Festival, BFI London Film Festival, MAMI Film Festival 2018, Pingyao International Film Festival, Asia Pacific Screen Awards dan dinobatkan sebagai  Best Film dan hadiah wang tunai sebanyak 10,000 dolar.


Soni (Geetika Vidya Ohlyan) merupakan pegawai polis di bawah seliaan Insp. Kalpana (Saloni Batra) dan antara pegawai terbaik di daerah tu tapi disebabkan perangai panas baran Soni yang terpaksa hadap perangai lelaki miang yang suka harassed Soni, dia ditukarkan ke department lain.

Selain masalah di tempat kerja, Soni kena hadap perangai ex dia Naveen (Vikas Shukla) yang takut dengan komitmen. Walaupun dah lama kenal, Naveen tak mampu nak bawa hubungan mereka ke next stage. Jangan kata relationship, even karier dia pun entah ke mana. Walaupun diasak dengan mak cik Huma, jiran Soni, tentang hal kahwin, Soni tetap dengan pendirian dia untuk hidup bersendirian.


Tak jauh beza pun hidup Soni dengan Insp. Kalpana bila dia diasak dengan soalan mak mertua (Mohinder Gujral) perihal anak bila umur dia dah mencecah 32 tahun. Suami Insp. Kalpana pun polis juga, berjawatan lebih tinggi dari dia tapi jarang berjumpa walaupun serumah disebabkan Insp. Kalpana bekerja shif malam meanwhile Komisioner Sandeep (Mohit Chauhan) sebelah siang.


Jalan cerita Soni diinspirasikan dari movie Iran, Offside tahun 2006 menceritakan tentang macam mana perempuan struggle dengan daily life dan harassment yang terpaksa diorang hadap untuk selamat. Movie soni tak ada teknik visual atau editing yang cantik pun disebabkan budget kecil.


Tapi kalau tengok small details yang dipaparkan dalam movie ni kita boleh nampak betapa kuatnya mesej dari team Soni ni. Tinggi mana pun pangkat perempuan tu, bila dia tak mampu mengandung dan lahirkan anak, dia tetap dianggap lemah dalam masyarakat macam scene Insp. Kalpana.

Macam mana kuat pun Soni mampu belasah lelaki yang kacau dia, dia tetap kena transfer pergi department lain sebab dia belasah anak Menteri Perlancongan ataupun pegawai tentera laut lelaki yang mabuk masa memandu. Sama jugak personal life dia. Macam mana bagus pun dia dalam karier dia, masyarakat tetap paksa dia kahwin dengan Naveen yang useless supaya tak diganggu dengan lelaki lain.


Dalam satu scene, director tunjuk Soni pasang radio dengar berita hal isu semasa tentang usaha kerajaan asingkan coach wanita dekat trend an bagi perlindungan kepada wanita tapi hakikatnya lelaki yang bermasalah. Sampai bila perempuan kena ambil langkah keselamatan untuk hidup dengan selamat tanpa diganggu? 


Brilliant script dan juga lakonan bermutu dari dua pelakon utama sampai rasa connected dengan dua karakter ni walaupun dilakonkan oleh pelakon baru. Dari body language pun dah boleh rasa apa yang karakter berdua ni rasa sebab benda yang sama juga kebanyakan perempuan kena hadap tak kira apa juga bidang pekerjaan.


Though storyline quite strong tapi pace dia agak slow lah. Terpaksa ubah speed kepada 1.6x supaya tak mengelakkan daripada tertidur. Ada scene yang tak draggy and tak menambahkan emosi kepada jalan cerita pun especially scene Soni berjalan dekat area Delhi Metro.


Not recommended to watch untuk yang tak suka slow pace ataupun fancy visuals and music score sebab momentum dia agak flat lah. It just a one-go movie though it is great choice director stick dengan realism untuk ending movie Soni.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 9/10

3 comments

  1. Macam pernah tengok sebelum ni. Hurm..

    ReplyDelete
  2. dilema bagi perempuan dalam cerita ni buat kita geram pulak..

    ReplyDelete
  3. Baru cadang nak tengok tapi kalau slow sangat kena tengok gaya Farhana lah.. cepatkan.. hehehe.. isu yang dibawakan itu memamg terpaksa dihadap oleh semua perempuan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.