Tuesday, 15 October 2019

Lepak Di Gloria Jeans, Ara Damansara


Lepas lunch rasa bosan plus tekak rasa nak makan kek, menyinggah la lepak kejap sementara lunch time habis. Since Gloria Jean's ni baru buka dekat Oasis, saja nak try kek dengan kopi dekat sini. 

Owner dekat situ suruh try Boston Cheesecake sebab sedap dan best seller dekat situ. At first macam taknak yang tu sebab cheesecake kosong compared to others ada blueberry dengan strawberry tak silap tapi ambil jugak la sebab officemate nak yang tu. For drinks ambil Iced Mocha.


Deco Gloria Jean's dekat sini cantik. Sesuai la dengan pencahayaan yang maksimum. Franchise ni under building Sime Darby so staff Sime Darby dapat harga diskaun. Patutnya angguk je bila dia tanya staff ke tak hshshshshs


The service is great in here even peak hour. You can ask them to deliver you food at table or just self-pickup. I suka minum mocha sebab gabungan coklat dengan coffee tapiiiiiii dekat sini pahit sangat. I just can't.....


Earlier I said I ragu-ragu nak ambik cheesecake ni sebab kosong kan? Thank God diorang letak dark choc. Bila makan dengan dark choc memang rasa sedap lah. Pahit manis bergabung, memang kena dengan tekak lah. 


Even cheesecake dia lembut, gebu. Tak moist sangat, tak keras sangat, just perfect. Lepasni boleh lepak lagi tapi air tu kena fikir yang lain ataupun just mintak dia lebihkan chocolate. 

Owner dia ada kata nak buat lunch set - masak lemak dengan asam pedas kalau tak silap tapi tak tahu lah harga dia nak letak berapa. I nak tunggu dia buat mushroom soup je sebab fav appetizer hehe. 

I'm tak ingat lah harga semua ni berapa tapi bukan tempat yang I boleh visit frequently lah sebab total dua menu ni hangus RM32. 

7 comments:

  1. kita mmg suka cake gloria .. sedap .. better than starbucks punya

    ReplyDelete
  2. Gloria Jeans one of my favorite place untuk lepak juga Farhana, best kann..
    Boleh makan2 dan minuman pun sedap.. Iskhhh terliur laa..

    ReplyDelete
  3. Wowwww kegemaran Sis tu ais coklat kopi..sedap walaupun harga mahal hahahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya cheesecake. nampak lembut je..

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah lagi cuba makanan di Gloria ni.

    ReplyDelete
  6. Kek cheese dengan coklat memang bestlah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.