Sunday, 20 October 2019

Rumah Makan, Subang Bestari


Awal bulan dah nampak post pasal Rumah Makan ni dekat Community Subang Bestari. Sebelum ni pernah je nampak tapi tak rasa nak cuba pun sebab kedai dia agak penuh. Haritu lepas kerja saja try makan sini lagipun tak ramai orang sangat sebab baru lepas hujan.  


Kedai ni terletak dekat je dengan restoran Kerala dengan CANTEEN area HELP University. Keluasan kedai makan dia agak sempit lah sebab ruang belakang dia buat ruang santai dan mini playground untuk customer yang bekeluarga. 


Sembang bab menu I seriously tak tahu nak order apa sebab tak banyak choice pun dekat sini. Nak makan nasi kerabu tapi dah habis. Masa tu tinggal nasi kak wok dengan nasi dagang lauk ayam ataupun ikan. So I choose nasi kak wok je lah and my sister ordered nasi dagang ayam.



Yang bergoreng tu takde lah sebab kedai ni buka dari jam 8 pagi sampai 8 malam je. Bila kitorang sampai tu memang dah get ready nak tutup dah. 


Dekat sini ada air free tapi tak tahu lah setiap hari ataupun hari tertentu je. Nak jimat, minum je air free ni. Since makanan kitorang jenis yang tinggal taruk je dalam pinggan, tak payah tunggu lama pun la untuk sampai. 


Nasi kak wok dia tak ada yang special pun, sama je cuma dekat sini mahal sikit lah tapi sambal dia sedap lah jugak. Kari dia pun tak manis macam selalunya orang Pantai Timur selalu masak. 


Nasi dagang dia not bad lah cuma rasa dia macam tak ngam bila makan dengan kari ayam. Maybe sebab dah biasa kot makan dengan ikan tongkol. Nasi dia pun tak sticky sangat macam nasi dagang lain so kurang la kick dekat situ. 

Dekat belah depan ada jual pelbagai jenis desserts tapi tengah diet kan, kita makan guna mata je lah. Nasib baik tak ada brownies, kalau tak dah persetankan dah diet tu. Buat tak kenal je. 


Kalau makan bukan time peak hours selesa lah. Even meja dia ada plug untuk charge phone. Memang boleh lepak lama dekat sini. Even datang sorang pun dialukan sebab meja menghadap dinding disediakan dekat sini.


Bab deco biasa je rasanya, nothing much tapi bab bersih tu memang terjaga lah. Even the staff quite nice walaupun kedai dah nak tutup takde pun yang buat muka selagi belum pukul 8. 


Dekat sini boleh bayar guna QRPAY, special untuk gamers yang gila PUBG boleh dapat diskaun. I don't even know such persatuan existed. 


Tak silap untuk student ada special price jugak dekat sini. Pemurah sangat owner tempat ni. Jarang nak jumpa kedai yang mesra pelanggan macam ni. Lepas ni nak datang lagi sebab nak try Nasi Kerabu dia. 

2 comments:

  1. Wow.. banyak jenis diskaun dia bagi.. bagus ownernya..
    Kedai bersih dan pekerja nice memang syoklah nak datang..

    ReplyDelete
  2. kedai cantik..selesa..boleh letak dlm list kedai makan yg ptt dicuba klu k.fiezz & husband sesaja jalan-jalan cari makan..besa la kdg mood memasak, tak berapa nak rajin..dah tak rajin, mmg kena cari makan kat luar la jawabnya..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.