Monday, 28 October 2019

Thai Express, The Curve


Jumaat lepas try dinner dekat Thai Express di The Curve sebab bau tomyam dia sedap sangat. Hujan lebat masa tu kalau pekena sup tomyam panas memang umpphh la cerita dia. 

Ngam timing sebab tak ramai orang masa tu so boleh pilih duduk dekat seat yang selesa sikit. Menu dia tak la banyak sangat tapi not bad lah sebab banyak makanan Thai yang lain dari kebiasaan boleh jumpa. Agak kecewa la drinks dengan desserts tak banyak sangat untuk pilih.

Terliur tengok Green Curry Soft Shell Crab dia so order yang tu dengan sup oyster mushroom. Adik order Chicken Cashew dengan Ice Lemon Tea. 

 Tak lama pun nak tunggu makanan sampai maybe sebab tak ramai. Okay lah sebab tengah lapar kan tapi jadi nak marah bila order oyster mushroom soup tapi yang sampainya shitake mushroom soup.

I checked balik kot la salah tengok masa dalam menu ataupun ada dia tulis tertakluk kepada sebarang perubahan ke apa tapi tak ada pun. So I asked the waitress kenapa bagi sup cendawan shitake.


Walaupun tengah marah tapi tak la nak main sembur. I asked her nicely kenapa bagi cendawan lain dari menu yang I ordered tapi dia boleh buat muka ya ampunnn. Dia kata oyster mushroom habis stok. Kenapa tak inform dulu sebelum pandai-pandai tukar mushroom? Rasa dua mushroom ni berbeza and I tak suka cendawan ni. 


Biadap tau waitress yang jawab tu. Bukannya kita marah-marah pun, tanya elok-elok dia pulak yang panas padahal pihak dia buat silap at the first place. Memang tak lah nak datang lepas ni. Dia ingat dia sorang je yang penat kerja? 


Green curry soft shell crab dia masin ya ampunnnnnn. Nasib ada sup cendawan tu boleh la bagi kurang sikit dia punya masin tapi tak mampu sangat pun nak telan. Nasib baik kuantiti makanan dia sikit je per plate so tak seksa lah nak habiskan. 


Chicken Cashew dia je la yang sedap. Thank God ada jugak menu yang sedap tapi sikit je lah. Spoil gila mood malam tu. Dah la hujan lebat, makan pula tak sedap, jumpa pula manusia biadap. Bila tengok rating dekat Google memang rendah pun 1.8 je. Ada jugak yang komen pasal staff memang biadap. 


Lepasni memang tak pergi dah dekat restoran ni lepas experience pengalaman buruk macamni. 

6 comments:

  1. bila servis out memang spoil mood nak makan tambah pula lapar.. cakap elok2 dia nak hangin pula.. memang tak akak dikunjungilah..

    ReplyDelete
  2. memang spoil bila jumpa waiter yg macam tu sepatutnya inform dulu ini memandai je tukar menu sendiri

    ReplyDelete
  3. Chicken cashews mmg nampak sedap tu

    ReplyDelete
  4. huuurmmm service teruk ni yang tak sukaaa ni..

    ReplyDelete
  5. Teruknya perangai waitress 😣😣😣

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.