Movie Review | Batla House (2019)

Sunday 13 October 2019


Director : Nikhil Advani
Writer : Ritesh Shah
Cast : John Abraham, Ravi Kishan, Mrunal Thakur, Alok Pandey, Nora Fatehi, Rajesh Sharma
Production Company : T-Series, Emmay Entertainment, John Abraham Entertainment, Bake My Cake Films
Distributor : Panorama Studios, Anand Pandit Motion Pictures
Genre : Action/Drama
Running Time :145 minutes
Release Date : 15 August 2019
Trailer :


Movie yang diadaptasikan dari kes serangan hendap di Batla House pada tahun 2008 ditayangkan pada Ogos lepas sempena Hari Kemerdekaan India. 

Batla House mengisahkan tentang ACP Sanjay (John Abraham) yang mengalami trauma selepas Insp. KK Verma (Ravi Kishan) mati ditembak oleh terrorist dalam Operasi Batla House. Komuniti Muslim menyalahkan Special Cell dan Polis Delhi dalam operasi ni sebab membunuh 2 orang innocent students dari Okhla University.


Operasi Batla House bermula seminggu selepas 5 letupan berani mati di Delhi yang mengorbankan 30 orang awam dan lebih dari 100 orang cedera. Dalam movie India Most Wanted ada kronologi serangan letupan berani mati ni. Bezanya dalam movie Batla House ni director lebih fokus dengan pergelutan antara tanggungjawab polis dan tuduhan palsu pihak media yang disemarakkan oleh pihak aktivis dan politician.


Macam mana team ACP Sanjay ni terpaksa hadap cemuhan akibat daripada sentimen anti-minoriti yang dibawa oleh pihak media dan politician sedangkan siasatan dah lama pun dijalankan dengan teliti sampai team dalam Operasi Batla House ni dah betul-betul confirm sasaran dan terrorist yang terlibat, baru arahan untuk serang dikeluarkan.


Watak ACP Sanjay diambil dari watak ACP Sanjeev Kumar Yadav dan  watak Insp. KK Verma yang diinspirasikan dari Insp. Mohan Sharma dalam Operasi Batla House sebenar yang ditembak mati dalam operasi tersebut. Gambar terakhir yang sempat dirakam sebelum Insp Mohan Sharma dihantar ke hospital.

Image result for batla house encounter

Movie Batla House ni mungkin tak banyak action macam movie John Abraham yang lain tapi still rasa melekat nak tengok macam mana ACP Sanjay dengan team dia nak jawab semua spekulasi liar dan tuduhan pihak aktivis dan media. Lagi parah bila kes ni dibawa ke mahkamah dan bagi imej buruk kepada anggota polis. The way John portray the trauma and emotional scene looks great onscreen.


Bila tengok storyline dan skrip movie Batla House, boleh nampak yang memang Ritesh Shah dah buat research mendalam untuk movie ni. Yang paling best sekali bila team BH masukkan scene soal siasat dengan Tufail (Alok Pandey) bila dia sungguh-sungguh claim yang dia buat letupan berani mati untuk dapat ganjaran di Hari Akhirat nanti tapi ACP Sanjay sanggah dengan ayat dalam kitab Al-Quran.


Kalau sebelum ni bila movie bertemakan terrorism je mesti ada isu sengaja nak burukkan imej kaum Muslim tapi dalam movie ni team BH berjaya sangkal tuduhan tu. Bukan terrorist je yang baca Al-Quran tapi Muslim yang terbunuh sebab letupan berani mati pun baca tapi tak ada pun diorang bunuh orang sesuka hati hanya sebab nak masuk syurga. Terrorist ni dah kena brainwashed, period.


Thanks to this movie, sedikit sebanyak mampu bersihkan nama ACP Sanjeev dan Insp. Manish Sharma yang dianggap sengaja buat fake encounters terhadap Muslim innocent students di Batla House. Dekat hujung movie ada klip asal pengakuan dari terrorist yang berjaya larikan diri dari Batla House pada hari kejadian dan join ISIS. 


First half movie ni agak flat ditambah pula dengan scene Nandita, isteri Sanjay lakonan Mrunal Thakur agak kekok even chemistry dia dengan John tak berapa menjadi or looks convinving as husband and wife. Even lagu Rula Diya pun tak mampu nak hidupkan suasana sedih tu. Nasib baik lirik dia best.


Kalau dalam movie Sayatme Jayate, Nora Fatehi muncul dengan lagu Dilbar, dalam BH Nora Fatehi curi perhatian audience dengan lagu O Saki Saki. Effort dia main api dengan belly dance nampak cantik sangat. Watak sebagai Veronica pun nampak hidup onscreen especially scene dia marah geng lelaki dekat kedai tu. Worth to watch!


Overall this movie memang wajib tonton tapi tak sesuai lah untuk tontonan keluarga sebab ada scene yang agak ganas especially masa special cell ni serang group terrorist di Batla House. Thanks to Rajesh Sharma yang berlakon sebagai peguam Shailesh Arya dan hidupkan scene dalam court. A great scene to watch in Batla House.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.9, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

5 comments

  1. Macam best. Nanti nak try dunload la.. ^^

    ReplyDelete
  2. Macam best juga ya cerita nie..

    ReplyDelete
  3. wow.. 9/10 tu kira hebat tu. akak baca storyline macam heavy sket.
    hihi..

    ReplyDelete
  4. Lagu o Saki saki tu best.. Tak tahu pula dari filem ini.. Jumpa pun sebab ada yang buat cover dance guna lagu tu.. suka muzik dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.