Sunday, 6 October 2019

Ayesha Kapur - Berjiwa Seni

Peminat Rani Mukherji mungkin kenal dengan gadis bertubuh kecil, Ayesha Kapur yang dahulunya pernah melakonkan watak Michelle McNally muda yang buta, pekak dan bisu dalam movie Black tahun 2005 di bawah arahan Sanjay Leela Bhansali. 

Disebabkan movie Black, Ayesha dapat banyak dapat award untuk performance dia sebagai supporting actor walaupun masih muda. Fun fact, Alia Bhatt pun datang untuk audition watak Michelle muda ni masa dia berumur 9 tahun tapi rezeki berpihak pada Ayesha. 


Lepas 14 tahun, Ayesha Kapur, anak kelahiran kacukan India-German kini berumur 24 tahun dan menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti dalam major Liberal Art di Columbia University, New York. Ayah Ayesha, Dilip Kapur merupakan seorang usahawan berjaya dalam menghasilkan barangan leather under label Hidesign yang mempunyai outlet di 24 buah negara dengan revenue mencecah billion ringgit setiap tahun. 


Mempunyai bakat yang sama dengan ayah dia, Ayesha juga buat bisnes sambilan dengan mereka cipta dan menjual barangan perhiasan untuk kanak-kanak, wanita dan juga lelaki dengan label AyeshaAcessories melalui Instagram yang mempunyai followers seramai 19.2k. AyeshaAccessories pun ada website khas, ayeshaaccessories.com untuk customer dapatkan latest update dan discount. 


Bukan setakat berniaga je, Ayesha sendiri yang jadi model untuk aksesori dia dengan bantuan dari mak dia, Jacqueline Kapur sebagai co-founder dan photographer. So you guys boleh tengok banyak gambar dia dekat both Instagram account. 


Bercerita tentang pengalaman berlakon dalam movie Black, watak Michelle of course agak mencabar but guess who made it looks easy? Ranbir Kapoor! Ranbir Kapoor dan Sonam Kapoor bekerja sebagai assistant director untuk movie Black untuk dapat experience dalam bidang film industry sebelum debut. That's why lah both of them debut under SLB dalam movie Saawariya tahun 2008. 

Ayesha tak familiar sangat dengan movie Bollywood so bila berjumpa dengan Amitabh Bachchan dekat set movie Black, Ayesha tanya Big B pun first time berlakon macam dia jugak ataupun tak. As warm gesture, Big B bagi satu copy autobiografi dia. 


Untuk hidupkan watak Michelle, Ayesha kena buat training especially eye movement as you guys can watch in Black. Bagi Ayesha part mata adalah part yang paling susah dan mencabar sepanjang berlakon dalam movie Black. 

Ayesha simpan hasrat untuk pursue career dalam lakonan since dia ada bakat besar dan pernah menang award untuk debut movie dia, Black tapi dia belum buat keputusan bila akan balik ke India since dia tengah bahagia in relationship dengan pemilik hotel, Adam Oberoi. 


Sebelum ni Ayesha pernah jugak keluar news bila dia selalu temankan Ishaan Khatter, adik tiri Shahid Kapoor pergi training class ataupun bercuti bersama-sama. Tapi Ishaan-Ayesha putus bila Ishaan ambil keputusan untuk debut dalam movie Beyond The Clouds. 


Tahun 2018 ada keluar rumours yang Ayesha akan gantikan Emma Watson dan digandingkan bersama Sushant Singh Rajput dalam movie Paani under YRF tapi disebabkan movie tu shelved, tak dapat la nak tengok Ayesha debut sebagai leading actress di Btown.

Whatever decision Ayesha will take on her career, wishing her all the best for her journey. Even better kalau dia nak debut dalam Bollywood nanti. Bukan senang nak jumpa muka cantik dan berbakat macam Ayesha. 

8 comments:

  1. Bila tgok gmabr 1st tu bru teringat cerit tu. Mcm nk cri tgok balik je sbb dah lupa jalan cerita dia mcm mna. Tapi watak budak tu mmg smpai skrg igt. See impak lakonan yg best org igt even dah bertahun2.

    ReplyDelete
  2. Walaupun kita rasa macam penah tak penah tengok cerita black ni, Tapi Ayesha ni memang berbakat. ^^

    ReplyDelete
  3. Ayesha ni muda dan sangat berbakat...

    ReplyDelete
  4. This is exactly what I was looking for. Thanks for sharing this great article! Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...

    ReplyDelete
  5. rambut dia tu cantik betul.... kerinting halus je

    dari kecil sampai besar tetap lawa

    ReplyDelete
  6. Tak berjaya lagi tengok Black sampai habis.. Tengok separuh separuh je..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.