Wednesday, 2 October 2019

Movie Review : Mr. Hurt


Director : Ittisak Eusunthornwattana
Writer : Ittisak Eusunthornwattana
Cast : Sunny Suwanmethanon, Marie Broenner, Pongsatorn Jongwilak
Production Company : Transformation Films
Genre : Comedy/Romance
Running Time : 129 minutes
Release Date : 6 April 2017 (Malaysia)
Trailer :


Pemain terkenal Thailand, Don Sri-Chang (Sunny Suwanmethanon) patah hati lepas lamaran dia ditolak oleh kekasih hati dia, Anna (Marie Broenner). Seminggu kemudian keluar berita Anna bercinta dengan Jimmy (Pongsatorn Jongwilak) vokalis band The Rocket walhal hubungan cinta dia dengan Anna dah menginjak 2 tahun lamanya. 


Akibat frust, Don selalu pergi ke bar minum arak. Kebetulan hari tu nasib dia malang sangat bila jumpa dengan fans yang biadap sampai bergaduh dan tangan kanan Don patah. Dia hilang semangat untuk main tenis. Lepas 6 bulan berkurung dalam rumah dan avoid untuk tengok muka Jimmy dalam TV, kawan-kawan Don pujuk untuk pergi bercuti di Pattaya. 


Don perlu buat comeback untuk Shanghai championship ataupun semua sponsor akan batalkan kontrak dan dia akan jatuh bankrap sebab ayah dia dah laburkan banyak duit dalam property investment. Bila nak jual, tak ada pulak yang nak membeli. Nak tak nak, Don kena jugak pergi ke Pattaya ambil mood balik untuk main tenis. 


Dekat sana dia berjumpa balik dengan kawan baik dia dari kecil yang dah terpisah selama 10 tahun, Dew (Linn Mashannoad) tapi Don macam tak nak percaya sebab ayah dia bagitahu yang Dew dah mati disebabkan barah otak. Satu je rahsia yang Dew ada untuk yakinkan Don, dia mampu gerakkan besi tanpa sentuh langsung.  


Dew nak bantu Don untuk tawan balik hati Anna sebab kebetulan Anna datang ke Pattaya untuk shooting selama 3 minggu ditemani Jimmy dan stay di hotel yang sama dengan Don. Sepanjang 3 minggu tu banyak lah yang jadi antara mereka berempat ni. 


Banyak scene kelakar bila Don berjumpa dengan Jimmy sebab karakter Jimmy ni nama je rock tapi sengal ubi. Anna ni serious orangnya, macam tak percaya dia boleh pilih Jimmy sebagai partner baru dia. Jalan cerita Mr. Hurt ni biasa je tapi disebabkan watak-watak utama yang buat scene kelakar dia menjadi.


Tapi ada jugak scene kelakar yang draggy macam scene Don nak bantai samseng dekat kawasan sampan tu dengan scene pakcik dekat VIP hotel. Ada certain scene yang boleh terjongket kening lah macam scene Dew buat surgery barah otak tapi still ada rambut. Kalau tengok scene Don sembang dengan ayah dia pasal Dew, you guys akan pening jugak dengan watak Dew ni. 


Kalau sebelum ni terhibur dengan lakonan Sunny dalam movie I Fine..Thank You..I Love You dan Brother Of The Year kali ni terhibur pula dengan Mr. Hurt. No wonder lah pelakon kacak Thailand ni ada fanbase yang kuat. Lakonan dia sebagai pemain tenis pun agak cantik lah onscreen. 


Bab cinematography movie ni memang cantik lah sebab bajet movie ni agak besar jugak so there’s no problem at all for team production untuk hasilkan visual yang menarik cuma sayangnya director tak tonjolkan sisi Pattaya yang cantik since kebanyakan scene berlaku dalam kawasan hotel je. Music score pun best dan hidupkan mood dalam movie ni. 


All in all, Mr. Hurt movie genre romantik komedi yang akan hiburkan you guys walaupun tema dia cliche dan jalan cerita agak predictable ke mana hala tuju dia but still fun to watch. Movie ni tak ada scene mencarut ataupun vulgar so sesuai lah untuk tontonan keluarga. Have fun!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10

5 comments:

  1. Dah tgookkkk heheh bestttt, sbb ada sunny kikiki

    ReplyDelete
  2. Alamak, tertinggal lak filem ni. Nanti nak usha

    ReplyDelete
  3. tengok banyak kali movie ni kat astro, astro memang rajin ulang tayang filem Sunny.

    ReplyDelete
  4. Sesekali layan romantik komedi pun syok juga.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Tengok movie ni sebab Sunny okay. Tapi serius, watak Jimmy tu kelakar, umi aku tengok pun sakit perut. Plus dengan part Don jahanamkan TV bilik hotel tu 😂😂😂

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.