Monday, 28 October 2019

Movie Review : Sangkar


Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis Skrip : Mira Mustaffa
Pelakon : Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Ray (Era), James McSweeney, Nik Adam Mika, Carliff Carleel, Niezam Zaidi
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 112 minit
Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei)
Syarikat Produksi : Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold, MM2 Entertainment
Pengedar : Astro Shaw
Trailer :


Adam (Zul Ariffin) dan Johan (Remy Ishak) selalu bersaing di arena MMA dan Adam menang lepas main taktik kotor dengan cucuk mata Johan untuk menang. Johan relaks je sebab dia nak menang bermaruah sementara Adam sakit hati dengan ayat Johan sampai belasah Johan sehingga lumpuh satu badan.

Disebabkan rasa bersalah dengan dosa dia mencederakan Johan sampai keluarga hilang punca pendapatan, Adam ambil keputusan untuk jaga Johan sampai Johan maafkan perbuatan dia. Reza (Nik Adam Mika) bantu Adam untuk berubah menjadi manusia lebih baik dengan dekatkan diri kepada Tuhan.


Liya (Mira Filzah) yang awalnya benci dengan Adam mula jatuh sayang dengan tindakan Adam yang ikhlas jaga abang long dia tapi tak lama pun bila Jai (Niezam Zaidi) bagitahu yang Adam sebenarnya punca Johan lumpuh. Adam terima cemuhan dari Lia sebab dia pun tak mampu maafkan diri dia lepas apa yang dia buat kepada Johan malam tu.


Disebabkan ubat jantung Reza dah habis dan hutang Adam dengan Farid (Carliff Carleel), Adam ambil keputusan untuk bertarung dengan James, best fighter MMA dalam NASA Warrior Championship. Dengan guidance dari Johan dan Bob (Ray ERA), Adam yakin dapat kalahkan James dan menang RM50,000 untuk bantu keluarga Johan.


Jalan cerita Sangkar tak berat macam movie melodrama Kabir Bhatia yang lain dan mesej dia pun agak jelas untuk bertaubat andai manusia tersilap langkah dengan melakukan maksiat. Kekeluargaan, persahabatan, life semua cukup rencah mesej dalam movie ni dengan skrip bagus.


Semua pelakon menyerlah dalam movie ni walaupun screentime masing-masing agak terhad lagipun masing-masing dah pernah melakonkan watak yang sama sebelum ni macam Mika dah pernah berlakon sebagai budak sakit, Mira pun pernah berlakon watak pemarah dalam drama Aku Lelakimu, Zul dengan watak aksi dan dalam masa yang sama kelakar and same goes to Remy Ishak. Nothing new pun cuma impressed dengan Ray ERA la sebab first time berlakon dan tak nampak kekok. Scene kelakar pun menjadi.


Tak pasti kalau Mira dengan zul pernah berlakon dalam drama sebelum ni sebab I tak layan sangat drama Melayu tapi chemistry Zul dengan Mira memang cantik sangat. Kalau belum pernah, memang elok sangat dua pelakon ni berganding bersama dalam genre romantik. Suka tengok pelakon Niezam Zaidi sebagai watak yang cool. I wish he had more screentime in this movie.


Since highlight utama movie ni bukan lah pertarungan MMA tapi pasal dosa lampau dan kemaafan, boleh dimaafkan lah bila tengok NASA Warrior Championship tu cuma MMA stunt biasa walaupun James tu best fighter MMA. For me action stunt dalam J Revolusi lagi cantik berbanding Sangkar walhal dua-dua movie ada kemunculan Peter Davis dengan Saiful Merican.


Jalan cerita movie Sangkar ni ada lebih kurang sama dengan movie Sultan cuma diubah scene melodrama dengan cerita lain but Sultan lagi best lah sebab feel dekat dalam sangkar tu lagi real, emosi pun lagi terasa berbanding Sangkar. 

Kalau movie under production Astro Shaw memang enjoy tengok sebab visual effects dia memang cantik, shot masa pertarungan pun beautifully captured diiring dengan music score yang bagus. No wonder lah movie ni boleh kutip RM10 juta keuntungan dengan bermodalkan bajet pembikinan sebanyak RM2 juta. Congrats to the whole team. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.7 = 8.4/10

13 comments:

  1. wow..mcm best..kna tunggu kluar kat tv la..:)

    ReplyDelete
  2. gandingan yaang menarik.. Remy Ishak dan Zul Ariffin..

    ReplyDelete
  3. Wahh dh keluar astro first. Boleh la tgk

    ReplyDelete
  4. mcm best je ni.. bila la nk layan ni..

    ReplyDelete
  5. baran punya pasal habis nak belasah orang. mesej yg menarik dan pelakon semua pun best.

    ReplyDelete
  6. cuma mampu tgok on9 je. nak pi cineplex x ada plak di Kelate.

    ReplyDelete
  7. akak tak pernah tengok lagi, tak kesempatan lagi nk layan... tapi kalau movie sultan tu akak pernah tengok n memang best

    ReplyDelete
  8. Movie melayu byk lagi kena improve tapi ok la Dari xde

    ReplyDelete
  9. ingat cerita baru kat wayang td

    ReplyDelete
  10. Mcm best.. bnyk nilai kekeluargaan ;)

    ReplyDelete
  11. baca ulasan rasa nak tengok pula movie ni..
    tak minat Julripin sebenarnya tapi nak tengokla nanti..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.