Movie Review | Motif (2019)

Tuesday 8 October 2019


Pengarah:  Nadiah Hamzah
Penulis: Honey Ahmad, Muhammad Bahir, Nadiah Hamzah, Nadia Khan, Mamu Vies
Pelakon : Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Azhan Rani, Khalid Salleh, Sherie Merlis, Emma Tosh, Khayrani Kemal
Syarikat Produksi: Wayangworks
Pengedar: Ore Struck Media
Genre: Seram/Misteri
Masa Tayangan : 85 minit
Tarikh Tayangan : 28 April 2019 (Far East Film Festival), 26 September 2019
Trailer :


Since trailer dengan OST Takkan Merubah nyanyian Sufian Suhaimi & Amira Othman keluar, dah excited nak tengok movie MOTIF ni. Langkah kanan lah semalam dapat special invitation untuk tengok movie Motif bersama Sufian Suhaimi. Amira Othman tak dapat datang sebab pakcik dia baru meninggal pagi semalam.

Image

Image

Motif bermula dengan kehilangan Anna (Khayrani Kemal), anak sulung kepada Hussein (Datuk Rosyam Nor) dan Suri (Sherie Merlis), sebuah keluarga kaya di Tanah Merah. Disebabkan Insp Rizal (Taqim Zaki) tak mampu nak handle kes ni, Insp. Dewi dihantar dari Bukit Aman untuk lead tapi sayangnya Insp. Rizal tak nak bekerjasama dengan dia sebab cara mereka berdua berbeza. Bagi Dewi, Rizal terlampau jaga perasaan orang. Di mata Rizal pula Dewi jenis langgar dan tak hormat perasaan penduduk di situ.


Tak sia-sia lah Bukit Aman hantar Insp. Dewi sebab dalam masa beberapa hari sahaja dia dah jumpa mayat Anna dalam lubang dekat rumah banglo baru Hussein. Makin Insp. Dewi pelik bila Hussein ada masalah kewangan sampai hampir muflis tapi mampu bina banglo baru. Dalam rekod polis pun ada kes Hussein tampar Suri sampai jatuh tangga. 


Disebabkan Kamal (Azhan Rani) pecah masuk ke pejabat Hussein dan rosakkan semua barang yang ada akibat geram tak dibayar gaji untuk siapkan rumah banglo tu, Insp Rizal jadikan dia suspek utama pembunuhan Anna. Insp Dewi pulak jadikan Azlan (Fadhli Masoot), bekas kekasih Anna sebagai suspek yang bermotifkan cemburu. Bila Azlan bukanlah orangnya, Dewi beralih arah kemudian jadikan Hussein sebagai suspek utama. 

Kerana peralihan tersebut, Insp. Dewi dihalau keluar dari hotel, kereta disimbah pewarna merah, kereta dibakar, dipukul dan banyak lagi gangguan dia terima sepanjang menyiasat kes ni sampai dia yakin Hussein lah pembunuh sebenar Anna. Insp. Rizal cuba yakinkan Insp. Dewi yang Hussein bukan pembunuh. Mungkin Dewi terlampau tumpu pada satu suspek sampai terlepas perkara lain. 


Jalan cerita Motif for me agak menarik lah sebab ada elemen misteri dan thriller yang susah untuk diteka sehingga ke hujung cerita walaupun plot agak klise dengan genre thriller misteri yang lain. Watak Inspektor Dewi pula menggambarkan detektif polis yang bagus dan cekap buat kerja. Bukan senang nak bekerja bila ramai yang pandang rendah dengan kemampuan dia. 

Kelemahan naskhah Motif arahan Nadia Hamzah bila jalan cerita yang pendek kena stretch tanpa isi lain sampai jadi draggy dengan pace yang sangat slow dan momentum flat ya rabbi. Walaupun Nadia Hamzah dah pernah menang di Cannes tapi garapan movie Motif ada banyak tanda tanya yang tak terjawab. 

Mungkin pengarah boleh take note yang tak semua audience seronok untuk berfikir bila layan movie. Letak misteri dekat siapa pembunuh tu sudah lah, kalau semua benda nak kena fikir pun tak seronok jugak. Ada yang tak boleh nak faham pun kenapa Inspektor Dewi tak lalu nak makan nasi goreng dekat warung Faisal (Iedil Dzuhrie Alaudin) tu. Status dia sebagai isteri kedua pun barangkali ada yang tak mampu nak pickup. 


Scene intense pun tak ditonjolkan dengan menarik, mungkin sebab beberapa watak tak diberikan ruang untuk berkembang supaya boleh bina pertalian dengan penonton. Lebih baik kalau letak lebih banyak emosi dalam movie ni sebab director highlight antara emosi dan logik which carried by Insp. Dewi & Insp. Rizal respectively. 

Mungkin lebih mantap kalau team Motif kembangkan lagi karakter Suri sebab dia pegang banyak rahsia keluarga walaupun Hussein layan dia macam sampah. Buat flashback keluarga Hussein untuk timbulkan lagi banyak misteri. Watak-watak perempuan dalam keluarga Hussein ni mungkin pasif tapi bila  keluarga tergugat, senyap saja mereka menyerang. Boleh nampak lah penulis banyak tekankan feminism dalam filem Motif selain dari watak Inspektor Dewi. 


Dekat hujung movie dah boleh nampak yang dua karakter malap dalam movie ni rupanya kunci misteri cuma garapannya tak cantik untuk director tinggalkan movie ni sebagai open ending. Tak rasa macam nak minta sequel ataupun rasa wow sebab agak lemah bila karakter tu show off benda yang tak perlu depan Insp. Dewi. Sia-sia je masuk penjara.

Tak boleh deny yang visual filem Motif ni memang cantik dan beberapa transformasi bilik kecil untuk dijadikan shooting location dalam beberapa babak penting. Kawasan Tanah Merah pun nampak cantik especially scene Insp. Dewi dengan Insp. Rizal jogging awal pagi sembang hal kes. Sayang lah OST sedap tapi tak letak banyak pun dalam movie. Ada la sikit lepastu sepenuhnya di credit scene. 


Another minus point bila skrip gandingan 5 penulis tak membuahkan hasil yang cantik. Kecewa juga sebab my fav scriptwriter, kak Neddo ada dalam Motif tapi scene yang sepatutnya boleh deliver skrip padu tersia macam tu je. Sayang lah ramai pelakon bagus masuk cuma untuk masa yang singkat. Wasted. 


I'm not sure movie ni dekat Tanah Merah, Kelantan ataupun Perak tapi rasanya Kelantan sebab dekat dengan sempadan Siam but wherever the location is, none of them yang mampu bercakap Kelantan/Perak. Mungkin benda ni remeh tapi no point lah director tunjuk signboard kawasan. 

Overall its a brave attempt to do such movie with this genre tapi banyak lagi aspek kena perbaiki especially momentum and pace. Tak semestinya movie slow pace lebih terserlah penghayatan cerita dan impak seni dia. Dekat film festival dengan Cannes dah ada movie dari beberapa negara yang tak guna slow pace tapi menarik dan menghiburkan. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.9/10

7 comments

  1. aritu ade dgr kat radio psl movie ni.. mcm menarik..
    mcm nk tgk je... hehe

    ReplyDelete
  2. suka lakonan sharifah amani, teringin jugak la nak tengok la filem nih... pelakon nya pun best2 nampaknya

    ReplyDelete
  3. first time tengok trailer dia memang rasa menarik sngat movie ni.. tapi based on your review, banyak pulak minus point yang dikomen.. maybe one day akan tengok jugak hehe

    ReplyDelete
  4. tu dia..paduuu seketul fj beri review...memula nengok macam lawanya cinematografi dia atas tu...lepas tu alamak, tak berapa ek ceritanya...sayang pulekkk

    ReplyDelete
  5. own ini movie baru yg rosyam nor promote tu

    ReplyDelete
  6. Cerita nampak menarik tap bila baca review farhana rasa flat pula.. nantilah tengok.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Great post. Deskgram - sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.