Sunday, 27 October 2019

Tuaian Pertama Cendawan Shopee!


Dah lama nak beli bongkah cendawan ni dekat Shopee bila tengok kawan-kawan share cendawan memasing dekat FB. Lagi geram bila tengok makcik tanam cendawan dekat rumah dia. Happy betul makan cendawan celup tepung. 

Masa cendawan ni sampai blur jugak macam mana nak jaga. Nasib ada manual macam mana nak semai dan jaga sampai cendawan keluar. Since kitorang beli bongkah separuh matang, kena la tunggu lama sikit biar bongkah dia putih sepenuhnya. 

Punya lah lama tunggu sampai cendawan tu keluar ikut belakang bongkah hshshshs. Fail betul memasing. Dari kotak, pindahkan ke bawah sinki sebab nak tempat yang gelap. Itu pun tak berapa nak gelap sangat macam dalam kotak. 


So far ni cendawan paling besar dapat. Nak jugak tunggu yang lain besar macam ni tapi dah tergedik sangat nak merasa so petik je lah semua. Nanti lah kita tengok yang lain membesar dengan jayanya. 


Batch pertama buat sayur goreng je masak sekali dengan kailan yang dah membesar dekat pasu. Happy betul dapat makan dua tanaman dari garden sendiri walaupun tak besar mana tapi puas la makan 2 orang je. 

Hari ni nak petik semua cendawan, buat masak celup tepung fuhhh sedap mak aiii. Bila makan cendawan fresh ni yang bestnya tak berair macam kita beli dekat supermarket. Dia rasa crunchy bila goreng and rasa macam ayam. Memang sedap lah. Tak rugi langsung beli. 

Tapi lepas makan cendawan ni memang kena bertungku la jawabnya sebab angin weiiii sedap jugak buat perut sengkak. 

4 comments:

  1. Akak tunggu pindah rumah.. Nnt da siap semua baru ingat nak bela balik cendawan ni... Best sebab bila bela sdri mmg fresh n rasa sbijik mcm isi ayammm

    ReplyDelete
  2. wah..jimat duit belanja dapur..:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. memang puas hati menuai dan memasak hasil tanaman sendiri kan Farhana..

    ReplyDelete
  4. nak makan boleh main petik je..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.