Movie Review : Khandaani Shafakhana

Sunday 6 October 2019


Director : Shilpi Dasgupta
Writer : Gautam Mehra
Cast : Sonakshi Sinha, Varun Sharma, Annu Kapoor, Badshah, Nadira Babbar, Kulbhushan Kharbanda
Production Company : Sundial Productions, T-Series
Distributor : Panorama Studios
Genre : Comedy/Drama
Running Time :139 minutes
Release Date : 2 August 2019
Trailer :


Babita "Baby" Bedi (Sonakshi Sinha) bekerja sebagai sales girl di klinik swasta dan dalam masa yang sama cuba promote produk herba buatan dia untuk selamatkan keluarga dari dihalau keluar oleh tuan rumah. Kakak sulung dia berkahwin dengan anak orang kaya, abang dia Bhooshit Bedi (Varun Sharma) ditatang dan hidup sebagai anak raja tanpa sebarang life skill.


Stress dengan perangai mak dia (Nadira Babbar) yang nak dia langsaikan hutang dengan berkahwin, Baby ambil keputusan untuk jaga sex clinic peninggalan pakcik dia (Kulbhushan Kharbanda) selama 6 bulan kemudian jual untuk langsaikan hutang.


Ikut wasiat yang dibacakan Mr. Tagra (Annu Kapoor) Baby kena pastikan semua pesakit klinik tu dapat ubat yang mana pakcik dia dah tinggalkan dalam balang ikut keperluan masing-masing tapi sayangnya semua pesakit tak bayar pun untuk ubat. Ada yang bayar guna kacang, ghee dan benda lain.


Lagi sakit hati bila high profile client, Gabru Ghattack (Badshah) satu-satunya yang bayar harga ubat tu tak disediakan ubat. Baby dah mula give up tapi Lemon Hero (Priyanshu Jora) cuba tenangkan Baby sampai jumpa jalan.


Baby teringat buku nota pakcik dia untuk belajar cara-cara buat ubat untuk masalah mandul Gabru. Dia terpaksa gadai motorsikal untuk beli pressure cooker. Berat hati macam mana pun dia tetap kena buat sebab nak jual tempat tu nanti. Berjaya atau tak Baby hasilkan ubat tu, kena tengok sendiri lah movie ni.


Jalan cerita Khandaani Shafakhana yang bertemakan tentang sex education ni agak lemah dari segi jalan cerita dia berbanding movie Vicky Donor dan Shubh Mangal Shavdhan lakonan Ayushmann Khurrana. Slow pace dan hambar tak macam dalam trailer dan promo events yang letakkan imej sebagai movie komedi.


Ada certain part comedy scenes movie ni menjadi tapi ada part agak hambar. Kehadiran Varun Sharma pun tak membantu sangat dengan watak dia sebagai abang Baby yang useless walaupun idea dia kadang-kadang boleh juga digunapakai. Dialog untuk sex education mostly nicely written and delivered tapi untuk scene kelakar agak lemah.


Since Sonakshi dah lama tak tonjolkan bakat dia dalam movie sebab kebanyakan movie dia jadi supporting role dengan screen time yang agak pendek, kali ni movie ni terletak di bahu dia seorang but she didn’t fail to deliver. Suka tengok scene dia dengan Lemon Hero walaupun chemistry tak kuat mana.


Team KS did a great job in portraying suasana Punjab. Kecantikan senibina bangunan kedai Punjab, interior decoration, wardrobe dan accent semua nampak cantik onscreen. Cuma sayangnya music score agak hambar except lagu Koka di credit scene and quite disappointed jugak lah bila director tak masukkan lagu Sheher Ki Ladki.


Syukur lah movie ni tak letak lawak double meaning dan lawak bodoh macam Varun Sharma buat dalam Arjun Patiala. Movie ni okay lah nak layan sambil buat kerja lain or else end up tertidur sampai habis.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

3 comments

  1. Blogwalking baca review movie :D

    ReplyDelete
  2. Uiii ada juga customer klinik bayar guna barang yer. Macam sistem barter lak

    ReplyDelete
  3. Temanya agak menarik.. seksa juga dia nak handle klinik yang pesakit dia bermacam ragam tu.. dah settle baru boleh jual klinik.. adoi..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.